BAB 1

Romance Completed 4796

“Untuk memujuk hatimu, Mencintai aku kerna semua yang ada. Hanyalah untukmu, Secebis perasaan ku hamparkan membawa sejuta harapan menagih cinta teragung darimu.’’ Asyik dia melalak memecah suasana menyanyi lagu ‘Cinta Teragung’ nyanyian Hazama menggunakan mikrofon mudah alih yang baru dibelinya di Low Yat minggu lepas.

Buk!

“Adoi!, woi apa ni main baling-baling bantal pulak ni” Adel pandang muka tak bersalah Zek yang sedang berada diatas katil dengan buku rujukan tebal dia tu.

Zek tayang sengih sinis.

“Kau kalau nak menyanyi, nak berkaraoke ke, apa ke, bukan kat bilik ni! Nak pecah gegendang telinga aku la dengar kau menyanyi.” Zek buat luahan perasaan yang dia tahan selama ni. Nak pecah gegendang telinga dia dengar si Adel ni menyanyi. Lepas satu lagu, sambung lagi satu lagu. Adoi dah macam kat pusat karaoke je gayanya. Dia nak study pun payah.

Adel bangun dari kerusi dimeja belajarnya. Buku clinical anatomy ditutup sebelum duduk dengan selambanya dikatil Zek.

“Kau tahu, muzik ni menenangkan jiwa tahu. Orang stress pun kalau dengar lagu hilang stressnya.” Adel berkata penuh semangat sambil menepuk bahu Zek. Zek mencebik. Hilang stress la sangat! Aku makin stress je dengar dia menyanyi.

“Eh, kau jangan nak kutuk aku dalam hati kau ek. Aku tak boleh ar belajar tak dengar lagu. Nanti aku mengantuk. Kau tahu la kan aku macam mana” Adel buat muka comel harap sangat Zek faham.

Zek mendengus geram “Cara belajar kita memang berbeza! So, kau pergilah bilik study ke, library ke, mana-mana tempat ke selain bilik kita ni. Sebab aku nak study pun payah gila kau tahu!”

Adel terdiam. Sampai hati Zek buat aku macam ni. Selama ni study dengan dia okey je. Alih-alih semester last ni baru dia nak halau aku suruh study tempat lain. Sampai hati!

“Selama ni okey je asal sem ni tak boleh pulak?” Adel bersuara perlahan. Dia tahan perasaan untuk menangis. Sentap bila kawan sendiri dah tak nak study sama-sama.

Zek mengeluh perlahan. Alahai, touching la pulak minah ni. “Bukan la, aku gurau je. Tapi, slowkan sikit volume suara kau tu ek. Harap je pakai earphone tak nak ganggu orang la konon. Tapi suara kau tu yang menganggu. Kalau dengar je tak menyanyi sekali tak boleh ke?”

Adel senggih. Hahaha. Saja buat-buat touching terlebih. Kepala digeleng-gelengkan. Tanda tak boleh. Dia nak jugak menyanyi sekali!. Zek tepuk dahi. Alahai! Suka hati kau la Adel.

Zek menyambung pembacaannya yang tergendala tadi. Adel yang masih berada disisi dia sedang termenung.

“Zek, kau minat tak lelaki yang pandai main piano? Mesti smartkan!” kat dalam otak Adel dah terbayang-bayang lelaki kacak sedang main piano yang ditujukan khas untuk dia. Wah! So sweet!

Zek diam. Dia pun duk bayang benda yang sama. “ memang ar smart. Tapi Khalif aku tu mana reti main piano.”

Khalif, tunang Zek sejak dua bulan lepas. Adel tergelak. Hahaha. “Kalau kau paksa dia belajar boleh ke?” Zek terlopong. “kau gila! Mahu dia tinggalkan aku. Diakan mana suka main benda-benda muzik ni.” Zek berkata sambil tutup buku dia. Kalau Adel dah ajak berborak mana boleh berhenti.

Adel gelak beria lagi. “A’ah la. Khalif tu kan nerd! Asyik dengan buku engineering dia je”

Zek ketuk kepala Adel sambil buat muka marah. Amboi sedapnya mengata tunang orang.

“Sorry..sorry” Adel senggih bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience