BAB 9

Crime Completed 2597

Dia merebahkan badannya ke atas tilam katilnya, sungguhpun tilam itu tidak seempuk tilam dirumahnya tapi itu sudah lebih daripada cukup untuk merehatkan sejenak keletihan dan kelesuannya. Ain membuka kecil matanya dan melihat jam di tangan.

“Oh.. masih awal lagi, baru pukul 6.30 petang. Nak rehat la sekejap, penat sangat rasanya ni...hmm” helah gadis kecil molek itu. Ain melelapkan matanya seketika sambil merehatkan badannya yang keletihan.

Sebaik sahaja Ain terjaga dari tidurnya, dia melihat waktu berlalu begitu pantas. Jam menunjukkan pukul 8.40 malam dan dia telah terlepas untuk menunaikan solat Maghribnya. Ya Allah, lalainya hambaMu ini... Ain meraut wajahnya. Ain mencapai kain tualanya lalu membuka pintu biliknya.

Dari jauh dia melihat Thalia berjalan sendirian. Ain cuba memanggil tapi langsung tidak dihiraukan. Kerana risaukan rakan sebiliknya itu Ain mengunci pintu bilik dan mengikut Thalia dari belakang. Thalia berjalan senyap bersendirian, meskipun berkali-kali dipanggil oleh Ain namun dia langsung tidak menyahut.

Ain terus mengekori Thalia sehinggalah ke belakang blok asrama. Kain tuala yang diletak di sisi bahu kirinya tiba-tiba jatuh. Ain tunduk dan mengambil semula tuala itu dan apabila dia melihat ke hadapan, Thalia terus hilang dari pandangannya. Di hadapannya hanya terdapat sebuah pokok besar dan sekeliling kawasan itu sangat gelap dan sunyi. Bulu roma Ain tegak berdiri kerana dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Tiba-tiba Ain disapa oleh satu suara garau yang mengejutkannya

”Kau buat apa dekat sini sorang-sorang dengan keadaan yang gelap dan sunyi macam ni?” Sergah suara itu. Ain menoleh... Dia melihat tukang kebun kolej dengan rupa paras yang sungguh misteri dan menakutkan

”Pergi masuk bilik kau. Jangan duduk dekat sini sorang-sorang. Bahaya tidak kenal masa, bila-bila bahaya boleh datang. Pergi sekarang.” Jerkah suara tukang kebun itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience