BAB 15

Crime Completed 2597

Tukang kebun yang turut berada di situ kelihatan membuat beberapa panggilan dan sejurus tidak lama dari itu pihak polis dan juga ambulans sampai di tempat kejadian. Thalia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang parah dibahagian otak dan selepas pihak polis menggali di sekeliling kawasan pokok besar di belakang asrama itu, mereka menemui mayat Chloe yang telah mula mereput dan busuk.

Chloe dipercayai telah mati akibat kehilangan darah yang banyak setelah ditikam berkali-kali oleh objek yang tajam dan jasadnya telah diserahkan kepada pihak keluarga Chloe untuk disemadikan.

Tukang kebun yang sebelum ini menjadi misteri kepada Ain rupa-rupanya adalah seorang anggota polis yang ditugaskan untuk membuat intipan dan risikan untuk menyelesaikan kes ini. Sarjan Iqbal telah mendapat kebenaran daripada pihak kolej dan beliau telah lama memerhatikan gerak geri Thalia yang mencurigakan sebaik sahaja berberapa minggu Chloe dilaporkan hilang.

Mereka percaya Chloe mati dibunuh cuma mereka memerlukan bukti yang kukuh untuk menangkap dalang dalam kes pembunuhan itu. Ain kini mampu menarik nafas lega kerana semua misteri yang menghantuinya kini telah selesai. Ain juga telah meminta kebenaran untuk berpindah ke bilik lain kerana dia cukup trauma setelah dihantui oleh berbagai-bagai dugaan dan kini bilik 1444 tinggalkan kosong tanpa berpenghuni.

Shazwan juga turut akur dengan apa yang telah terjadi kepada kekasihnya dan dia tidak mahu memilih untuk berpasangan dengan sesiapa dan dia hanya mahu fokus pada pelajarannya.

Kini Ain dan Shazwan bersama-sama hidup tanpa sebarang gangguan dan mereka lebih selesa untuk meneruskan perhubungan hanya sebagai seorang kawan dan moga-moga misteri bilik 1444 akan terkubur dengan selesainya dendam kes pembunuhan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience