BAB 10

Crime Completed 2597

Ain yang terkedu kerana terkejut terus memanjangkan langkahnya tanpa menoleh ke belakang dan berlalu pulang ke asramanya semua dengan penuh tanda tanya dan ketakutan. DUA MINGGU KEMUDIAN...

Ikan yang digoreng Ain mula hangit dikuali. Fikirannya bercelaru memikirkan masalah yang terus mengganggu dan menghantui dirinya. Dia sungguh letih dan tidak kuat lagi untuk menghadapi semua ini. Sepanjang berada di kampus dia langsung tidak dapat memberikan fokus kerana gangguan-gangguan ini dan dia sentiasa memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan semua tanda tanya dan persoalan ini

”Ain.... Ya Ailah Ain....” Jerit ibunya

”Ain!” Ibunya menepuk Ain dari belakang lantas Ain tersentak dari lamunannya.

”Ye mak...” Jawab Ain

”Tengok ikan tu! Dah rentung digoreng kau nak. Ya Allah Ain, kau mengelamun kemana dah ni? Soal ibunya. Ain pantas mematikan api dapur gasnya dan mengangkat ikan yang telah hangit digorengnya ke dalam pinggan.”Maaf mak. Ain tak sengaja tadi.” Jawab Ain dengan rasa bersalah

”Dah-dah, pergi duduk luar je la. Biar mak je siapkan semua ni.” Ujar ibunya. Ain yang patuh dengan arahan ibunya itu menghayun lemah kakinya menuju ke ruang tamu.

Fikiran Ain masih bercelaru dan dia percaya selagi dia tidak memberanikan diri untuk menyelesaikan masalah ini, selagi itulah gangguan-gangguan itu terus menghantui dirinya.

Ain pantas mencapai telefon bimbitnya. Dalam fikirannya hanya ada Shazwan sahaja yang mampu membantunya dalam hal ini. Ain menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada Shazwan dan dia mengajak Shazwan untuk kembali ke kampus.

Niatnya hanyalah satu, dia ingin menyiasat apakah kaitan kehilangan Chloe dengan misteri pokok besar yang ada di sebalik blok asramanya itu. Sambil menunggu Shazwan membalas mesejnya, telefon Ain berdering dan nombor yang menelefonnya adalah nombor yang tidak dikenali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience