BAB 4

Crime Completed 2597

BEBERAPA HARI KEMUDIAN...

Ain memulakan pengajian seperti pelajar-pelajar lain dan pada awalnya semua berjalan lancar seperti biasa namun setiap kali dia tinggal bersendirian di dalam bilik asramanya, dia merasakan sesuatu. Tidur dan mimpinya turun diganggu bagai ada sesuatu yang cuba mendampinginya.
Ain seringkali terjaga di tengah malam, lenanya tersentak bagai ada yang cuba mengejutnya dan malam ini perkara yang sama terjadi lagi.

Ain menoleh jam di sisi katilnya. Jam tepat menunjukkan pukul 3.30pagi. Seluruh asrama itu senyap dan sunyi tanpa suara kerana semuanya sedang asyik dibuai mimpi.

Ain berasa gelisah dan untuk menenangkan dirinya Ain keluar dari biliknya dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Gerak gerinya bagai diperhati dan langkahnya bagai diekori oleh sesuatu yang Ain sendiri tidak pasti.

Setibanya Ain di bilik air, bulu romanya tegak berdiri dan rasa dingin yang teramat sangat menyelubungi dirinya. Ain berasa resah dan tidak sedap hati, dia menuju ke arah singki dan mengambil wuduk.

Sebaik sahaja selesai Ain mengangkat kepalanya, Ain bagai terpaku kerana dia terlihat kelibat satu lembaga yang terpantul dari cermin yang ada di depannya. Ain yang dalam ketakutan tidak berani untuk menoleh namun kakinya bagai terpaku dan dia tidak mampu melangkah.

Ain memejam rapat matanya dan bermohon dalam hati moga-moga Allah membantu dan melindunginya. Selepas menarik nafas dengan perlahan-lahan Ain membuka matanya dan dia melihat kelibat itu tiada. Ain memberanikan diri untuk menoleh dan setelah memastikan tiada apa-apa di situ, Ain bergegas pulang ke biliknya dalam ketakutan.

Ain mencapai Al-Quran kecil yang dibawanya dan Surah YaSinn di baca perlahan gadis itu bagi menenangkan dirinya. Ain bagai tidak percaya dengan apa yang baru sahaja di lihatnya sebentar tadi. Kelibat yang seakan-akan roh berupa wanita dan berambut panjang itu kelihatan bagai sedang menangis sewaktu Ain melihatnya dari pantulan cermin tadi.

Ain percaya akan kewujudan jin dan juga makhluk halus namun dia tertanya-tanya mengapa lembaga itu muncul dihadapannya. Kenapa dan mengapa? Akhirnya Ain terlena sambil memeluk Al-Quran kecil di dadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience