BAB 3

Crime Completed 2597

Tanpa berlengah Ain membuka kunci pintu bilik tersebut namun usahanya gagal apabila kunci tersebut terlekat dilubang kunci. Ain telah mencuba lagi untuk beberapa kali tetapi hasilnya tetap sama.

Akhirnya Ain dengan lafaz bismillah cuba membuka pintu tersebut sekali lagi dan mujurlah kali ini usahanya berjaya... Hmm...baru aku ingat, mak pernah pesan tanpa lafaz bismillah maka terputuslah keberkatan dalam membuat sesuatu perkara itu. Ain tersenyum kecil.

Ain membiarkan pintu biliknya itu terbuka kerana dia ingin mengemas dan menyapu habuk yang ada dalam bilik tersebut tetapi sebaik sahaja Ain membelakangkan pintu bilik itu, dengan tidak semena-mena pintu bilik itu tertutup dengan sendirinya.

Ain berdebar seketika dan mulutnya terkumat-kamit beristirghfar. Ain cuba positifkan dirinya dan berfikir pintu itu tertutup kerana ditiup angin. Ain menyambung kerja-kerja mengemas katil dan biliknya seperti biasa dan tiba-tiba pintu biliknya dibuka pantas.

Ain terduduk di atas katil kerana terkejut dan matanya tertumpu tepat ke arah pintu. Ain mula mengusap dadanya dan menarik nafas lega apabila melihat seorang perempuan berdiri di hadapan pintu bilik tersebut

”Kau ni siapa? Kenapa muka kau pucat macam nampak hantu je.”tanya perempuan tersebut kepada Ain.Ain dengan perlahan menjawab..

”Emm..saya Nur Ain. Freshie..saya baru masuk hari ni..”

“Ooo..terkejut saya... ingatkan siapa tadi. So awak roomate baru saya la ye? Nama saya Thalia, panggil Sya saja.” Balas perempuan itu

”Ooo..huhu panggil saya Ain je, saya ambil course IT.” Jawab Ain

”Junior saya laaa ni ye..hmm tapi xde la junior sangat cuma beza satu sem je, huhu..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience