BAB 12

Crime Completed 2597

SAAT YANG DINANTI TELAH TIBA...

Shazwan meneliti jam ditangannya tepat pukul 12.00 tengah malam. Ain dan Shazwan telah arif dengan rutin guard kolej mereka. Waktu sebegini pastinya guard akan meninggalkan pos pengawal dan membuat rondaan di sekeliling kolej siswi, dan waktu inilah yang dinanti-nantikan oleh mereka kerana mereka boleh melepas pos pengawal dengan mudah.

Ain dan Shazwan menyusup masuk dan menyelinap di celah-celah blok bangunan siswi. Pergerakan mereka bagai sedang diperhatikan. Debaran terus dirasai oleh kedua-dua mereka dan bahaya bila-bila masa sahaja boleh menjengah dihadapan mereka. Ain melangkah perlahan dan tiba-tiba Shazwan pantas menyentap tangan Ain

”Pak guard tu...tunggu dulu..” Bisik Shazwan

”Ok-ok.,” Ain tersentap, jantungnya bagai terhenti seketika.Mereka menunggu sehingga pengawal itu berlalu pergi dan mereka perlahan-lahan kembali menyusuri sisi blok dan menuju ke arah belakang blok asrama yang pernah Ain pergi sebelum ini.

Mereka percaya semua jawapan pasti ada di pokok misteri di balik blok asrama itu. Setibanya mereka di situ, Ain dan Shazwan mula menggali di kawasan pokok besar itu. Sungguh pun dalam ketakutan, mereka tetap memberanikan diri untuk menyelesaikan misi mereka.

Sesekali mereka ditiup dingin angin malam, rasa sejuknya hingga ketulang. Pergerakan mereka juga bagai sedang diperhati dan sesekali mereka menoleh melihat keadaan sekeliling

”Aku dah agak korang pasti akan ke mari!” Tiba-tiba ada suara perempuan yang menjerkah dari belakang. Ain dan Shazwan bagai tersentap dan mereka sangat kenal dengan suara yang menjerkah mereka itu. Mereka serentak menoleh dan betullah sangkaan mereka, Thalia tegak berdiri di belakang mereka sambil memegang sebilah pisau sambil merenung tajam ke arah mereka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience