BAB 4

Romance Completed 353

Tok imam mengingatkan orang kampung bahawa duit yang tidak berkat bukan
saja akan memberi bala kepada kami, tetapi kepada seluruh kampung.
Bayangkan, ketika Mak ke pasar, dia dihalau oleh peniaga. Seorang mak
cik yang sejak kecil mengenali Mak mengugut akan menetak Mak dengan
parang kalau Mak mahu membeli di kedainya.

Rumah banglo kami yang sebelumnya permai menjadi tidak aman. Rumah kami
selalu dipecah masuk. Di sekolah, saya diejek. Dihina. Darah daging saya
dari duit haram, kata mereka. Hanya kerana fitnah seorang lelaki keji.

Abang Husaini tidak sanggup tinggal di rumah kerana risau akan
keselamatan dirinya. Sehinggalah suatu hari Ayah jatuh dari motor ketika
dikejar sekumpulan lelaki muda kampung. Akibat terlalu terkejut, Ayah
terkena serangan jantung dan mati serta-merta.

Setelah kematian Ayah, Mak pula menjadi tertekan. Selang sebulan, Mak
membunuh diri dengan memakan racun serangga. Saya melarikan diri ke
Kuala Lumpur, tanpa sempat menghabiskan persekolahan. Saya bertemu abang
Husaini yang bekerja menjadi tukang cuci di pasaraya setelah difitnah
menyeleweng duit. Kami dua beradik berpelukan; menangisi nasib kami yang
malang. Semua kerana abang.”Kata Haeyra , ketika ini sambil membasuh
kakiku. Suaranya sungguh tenang, bagaikan keperitan yang diceritakannya
tidak berbekas dalam sangkar hatinya.

“Kami berdua merencana pembalasan dendam kepada abang. Berminggu-minggu
saya mengintip pergerakan abang, mencari detik yang sesuai untuk
menghampiri. Sehingga petang itu saya berjaya melanggar kereta abang.”

Setelah petang itu, kami berkenalan, dan akhirnya aku jatuh cinta. Ah
bedebah. Jika aku tahu Haeyra itu adik Naziman, masakan aku akan jatuh
hati! Sungguh Haeyra pandai berahsia. Katanya anak yatim piatu.
Sebatang kara.

“Setelah kita berkahwin, ada masanya saya merasa bakal mencintai abang.
Tetapi sikap abang yang panas baran dan cepat tangan membuatkan dendam
saya selalu membara.”

Ya, sikap cepat tangan aku menyebabkan kami tidak pernah mesra. Malah
kehilangan anak kami di dalam rahim Haeyra . Dan Haeyra tidak boleh
mengandung lagi. Ini mungkin satu-satunya dosaku yang sebenar kepadanya
yang menyumbang kebenciannya kepadaku. Dan mungkin, jika aku tidak
mengasarinya, mungkin benar dia akan mencintai aku. Dan tidak akan
menyeksaku begini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience