BAB 2

Romance Completed 353

Di hadapan mukaku, walau tidak dapat kulihat adalah papan lahad yang
diletak perlahan-lahan oleh manusia terakhir yang menemaniku di liang
lahad tadi. Manusia terakhir yang aku jerit-jeritkan, minta pertolongan
di dalam hati supaya jangan meninggalkan aku di dalam pusara ini.
Manusia terakhir yang mampu menyelamatkan aku dari kecelakaan ini.

Sumpah aku takut. Aku mahu meronta, tapi tubuhku tidak terdaya. Celaka!
Celaka! Begitu sumpahku dalam hati. Aku masih sedar, masih mampu
berfikir. Itu menjadikanku masih mempunyai ketakutan. Aku fobia
kesempitan ruang. Aku klaustrofobia.Aku juga takut ditanam hidup-hidup.

Aku tafofobia. Dan untuk manusia sepertiku, liang lahad yang sempit dan
gelap adalah tempat terdahsyat untuk kami. Dan tahukah kalian, mati itu
seribu kali lebih indah daripada dikurung di tempat sempit sebegini? Aku
cuba menggerakkan tanganku, tapi gagal. Celaka apakah?

Seperti mana-mana kisah yang berakhir, atau untuk aku, yang bakal
berakhir, semuanya ada titik bermula.Isteriku yang budiman baru sahaja
membunuhku. Ya, dia berbisik ke telingaku ketika memandikan ‘jenazahku’,
baru beberapa jam yang lalu.

“Abang, saya rasa abang sepatutnya sudah lama tahu. Saya tidak pernah
cintakan abang.” Perlahan-lahan dia bersuara dengan tenang. “ Saya pun
nak abang tahu sesuatu. Saya sebenarnya adik Naziman.” Berderau darahku
ketika mendengar. Husaini anak haram!

“Saya tahu abang mendengar. Saya tahu abang masih bernyawa. Saya tahu
kerana saya tahu jenis racun apa yang abang sudah telan.” Isteriku yang
budiman berbisik ketika membasuh-basuh rambutku. Kelembutan tangannya
begitu terasa. Dan dua perasaan yang saling berlawanan muncul dalam
sanubariku. Aku merasa sedikit selesa; dan gementar.

Tetapi lebih kuat daripada dua perasaan itu, barangkali ialah perasaan
marah.Ketika ini berlaku, bayangkan malam-malamnya kau terjaga dari
tidur tetapi tubuh badan tidak mampu bergerak, walau seinci. Walau
setengah inci. Kau melihat alam, kau melihat segala-galanya; tetapi kau
tiada daya untuk beranjak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience