BAB 5

Romance Completed 353

“Selama 5 tahun kita berkahwin, semua harta kemewahan yang abang berikan
kepada saya saya salurkan kepada abang Naziman. Sedikit demi sedikit,
kami menjalankan perancangan untuk membunuh abang.”Aku tersentak.

“Abang, kami sudah berpakat dengan Doktor Lufthi . Ubat antidepressant
yang abang telan semalam setelah menampar saya telah saya tukar dengan
dadah tetrodotoxin dan tropane alkaloid. Tugas Doktor Lufthi hari ini
hanya untuk berpura-pura menyatakan bahawa abang telah mati kerana
serangan jantung, dan dia akan meyediakan segala dokumennya untuk
insurans. Terima kasih abang.”

“Mulanya saya rancang untuk membunuh abang terus. Tikam dengan pisau,
racun tikus. Tetapi itu terlalu baik. Abang perlu merasai penderitaan
yang abang beri kepada saya, abang Husaini dan keluarga saya.”Abang tahu
siapa yang menyediakan dadah itu untuk abang? Ya, tidak lain tidak bukan
Doktor Lufthi yang abang percayai dengan nyawa abang sendiri. Abang
ingat abang pernah katakan padanya, abang fobia pada tempat sempit dan
fobia ditanam hidup-hidup? Kami hanya menjalankan peranan kami, abang
yang membocorkan rahsia abang sendiri.

Abang tahu apa kesannya tetrodotoxin? Ya, abang akan berada dalam
keadaan separa mati, sedar tetapi tidak bernyawa. Tubuh abang sudah
menderhaka, tetapi kepala abang masih bertenaga.
Celaka kau Haeyra ! Lepaskan aku Haeyra ! Kau isteri nusyuz! Tempat kau
di neraka! - Aku masih menjerit sepi. Malam tadi, sewaktu kami
bertengkar kerana aku enggan makan masakannya, aku menampar Haeyra
sekuat hati. Lalu aku berlari ke bilik bacaanku, mengambil ubat
antidepressant yang selalu ku telan setelah bertengkar dengan Haeyra .

Terus, kepalaku melayang. Sedikit demi sedikit, anggota badanku terkujur
kaku. Mataku sedikit terbuka, hanya cukup untuk menyaksikan pembohongan
yang berlaku di sekitarku. Aku cuba bergerak, tetapi langsung tidak
berdaya. Ketika itu, aku sudah tiada indera masa. Alam kurasa berputar
berjam-jam lamanya sebelum Haeyra masuk ke bilik bacaanku. Dengan diam,
dia merasa nadiku di leher. Tangan. Kemudian dia menghubungi seseorang.

Doktor Lufthi datang kemudiannya. Dia memeriksa nadi dan anak mataku.
Lalu tersenyum. “Dia sudah pergi Haeyra . Dia sudah tiada untuk menyeksa
kau.”

Haeyra gelak kecil. “Tapi dia masih melihat.” Kata Doktor Lufthi . Aku
kaget ketika itu. Aku tidak pasti apa yang mereka bualkan, tetapi aku
tahu pergerakanku yang terhad dan perkataan-perkataan yang dituturkan
Doktor Lufthi membawa maksud yang malang.

“Biarkan dia melihat sayang. Aku ingin dia menyaksikan semuanya.” Kata
Haeyra sambil merangkul leher Doktor Lufthi . Lalu mencium pipinya.
Haeyra merenung tajam ke mataku. “Mati kau lelaki jahanam!” Dengan
tumit kasut tingginya, Haeyra menakik-nakik pipiku sehingga berdarah.

Celaka! Aku hanya mampu menyumpah. Namun aku sedar apa yang akan berlaku
selepasnya bakal menjadi lebih dahsyat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience