BAB 1

Romance Completed 353

Mereka kata yang pergi tidak akan kembali. Mereka kata 7 langkah manusia
meninggalkan kuburan, Munkar Nakir dengan cemeti berbisa bakal datang,
dan bertanya persoalan demi persoalan tentang keimanan dengan suara bak
guruh kepada si mati.

Yang gagal menjawab bakal dilibas tanpa ihsan. Setiap satu libasan,
tulang-tulang rusuk bersilang, jenazah kau mendalam ke perut bumi. Lalu
diangkat kembali jenazah kau, dan diulang soalan dan seksaan yang sama.
Tiada henti.

Mereka kata yang meninggalkan solat sewaktu hidupnya, bakal disinggahi
ular sebesar 2 pemeluk, lalu bergelumang; dibelit dan diratah; menjadi
makanan ular itu sehingga hari kiamat.

Aku masih menanti Munkar Nakir. Malah aku sebenarnya menanti ajalku
sendiri. Jika aku khabarkan pada kalian; bahawasanya aku sedang 6 kaki
di bawah bumi dan masih bernafas, mahukah kalian percaya?Ah, seperti
manusia lainnya, aku punya cerita. Aku punya tinta. Aku punya suara. Dan
seperti manusia yang lainnya, aku tidak pernah bermimpi bahawa ceritaku
bakal berakhir dengan tragis. Aku malah tidak percaya akan peri
malangnya nasibku.

Dan kini; aku masih 6 kaki di bawah bumi. Gelap gelita semuanya. Jika
aku mampu menangis, sumpah aku mahu menangis. Aku ketakutan. Aku merasa
kelemasan. Oksigen semakin tipis di sini. Dan kepanasan. Kain kapan yang
membalut ketat tubuhku, walau sudah dibuka pengikatnya terasa begitu
mencengkam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience