SINOPSIS IKATAN TANPA CINTA

Romance Series 45750

Kerana pernah kecewa Hasya Imarah menutup pintu hatinya. Dia gadis yang mempunyai segalanya. Namun siapa sangka nasib tidak menyebelahinya. Tunangnya pergi meninggalkannya demi mengahwini wanita yang di katakan sempurna. Melihat bekas tunangnya bahagia. Muncul idea gila gadis itu dia juga akan tunjukkan kebahagiannya. Dan peluang yang ada, dia akan gunakan untuk mempunyai darah dagingnya sendiri. Namun siapa yang sanggup menjadi suaminya? Dan rela untuk di pergunakannya?

Tak kan kau nak tengok dia je bahagia. Ini masanya kau buktikan dekat dia yang kau pun boleh bahagia.- Hasya Imarah.

Dengan idea bodoh kau ni? Jangan tunjuk diri tu murah sangat.- Isa Liyyan.

Touch me.Hold me and Then kau akan tahu betapa berharganya aku. - Hasya Imarah.

Di tinggalkan kerana tidak mampu memberikan kemewahan kepada kekasih hatinya, Isa Liyyan redha. Mungkin wanita itu bukan Jodoh yang terbaik untuknya. Namun datang seorang gadis ' Meminangnya' Dengan 'Hantaran' membuat Isa Liyyan naik Gila.

Siapa sangka selepas mengetahui sesuatu tentang Hasya Imarah akhirnya Isa Liyyan bersetuju.

Jangan gunakan alasan anak dalam perut ni Isa Liyyan! Lepaskan aku.- Hasya Imarah

Kau isteri aku Hasya Imarah dan selamanya akan jadi isteri aku. - Isa Liyyan

Bahagiakah Hasya Imarah jika segalanya yang di rancang berjaya dan Bagaimana pula sebuah perkahwinan itu di lalui dalam ikatan tanpa cinta?

Kepada yang cukup umur dan berfikiran terbuka sahaja.

Please only 18+ readers 18

Author: Missdiendra

© All Rights Reserved

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience