"ABANG YAN dah fikirkan?."soal Dayanah lembut.
"Entah la."
"Terima saja lah." Dayanah cuba untuk memujuk Isa membuat keputusan muktamad sebaik sahaja memikirkan masa depan Isa. Abang kandungnya.
"Terima? Tapi Yana..."
Tidak ke ia terlalu mendadak. Lagipun, macam mana Dayanah nak hidup sendirian di ibu kota nanti. Sekurang-kurangnya di sini ada juga jiran tertangga yang sudi menjenguk keadaan adiknya ketika dia sedang bekerja.
Isa bimbang.
"Abang, Ini masa depan abang. Peluang yang ada abang kena ambil. Sampai bila abang nak simpan sijil-sijil abang? Yana minta maaf kalau di sebab Yana abang terpaksa tangung semua ni." Ujar Dayanah perlahan.
Isa bersandar di dinding ruang tamu rumah kampunh itu.
Kalau ikutkan dia ingat menolak pekerjaan itu. Tetapi jika dia menolak macam mana kalau dia tidak pekerjaan dalam masa terdekat?.
Wang simpanannya sudah semakin susut. Masalah kesihatan Dayanah pula semakin memburuk dan Adiknya kerap juga dibawa ke hospital. Mana dia nak cari duit nanti?.
Bayaran perubatann Dayanah tidaklah murah dan dia harus cepat untuk mendapatkan pekerjaan tetap.
Fikiram Isa teringat pada coretan kertas yang tertampal di tiang lampu berhampiran tempat dia meletakkan motorsikal sebelum pulang ke rumah. Isa mengelengkan kepalanya.
Tidak mungkin dia akan membuat pinjaman dari lintah darat.
"Abang?" Panggil Dayanah lagi.
"Rehat dulu ya. Yanna ada masak sikit malam ni mari kita makan."
"Ya Allah Yana kenapa susahkan diri Abang boleh masak."
Dayanah tersenyum. Memang pantang kalau dia masuk dapur atau melakukan kerja di dalam rumah ini. Tapi dia faham, Isa sangat bimbang dengan kesihatan. Badannya pun bukan larat sangat nak buat. Dayanah mengidap Kanser tahap akhir. Tapi kalau setakat ingin membantu serba sedikit insyaallah dia cuba untuk meringankan beban Abangnya.
"Harini Yana rasa sihat sikit.." ucap Yana setelah dia duduk di tepi Isa.
"Tak boleh Yana. Kamu tanggungjawab Abang.." ujar Isa berseloroh.
Yana mencapai tangan Isa digenggam kedua duanya perlahan.
"Yana dah banyak susahkan Abang.Yana minta maaf. Tak terbalas jasa dan pengobanan Abang untuk Yana. Yana sayang Abang." Dikucup lembut tangan Isa.
"Halalkan semuanya ya Abang."
......
Keesokann paginya, Selepas subuh Isa singah di kedai runcit membeli senafkah surat khabar. Dengan penuh tekun Isa menyelak setiap helaian surat khabar yang dia beli. Rata-rata syarikat mahukan pekerja yang mahukan pekerja semuanya di ibu kota.
Isa melepaskan keluhan.
"hmmm"
Isa membaringkan dirinya di atas pankin yang terletak di halaman rumahnya. Di sinilah tempat dia melepaskan lelah seharian bekerja dulu. Isa memandang langit biru yang tepat berada di atasnya.
"Tak baik mengeluh pagi hari macam ni." Suara Dayanah menegur Isa. Dulang di tatang Dayanah mendekati Isa yang masih terbaring di Pankin itu.
Terkejut Isa mendengarnya. Isa yang tadinya berbaring segera bangun dan duduk bersila menghadap ke arah adiknya.
"Orang tua-tua kata rezeki tak masuk tau pagi-pagi hari dah mengeluh macam tadi. Apa yang di keluhkan tu Abang?" Mendengar bebelan lembut Dayanah, Isa menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Malas menyoal dengan lebih lanjut. Dayanah perlahan-lahan duduk di depan Isa dulang di letakkan di atas pankin. Secawan tea panas di tuang lalu di berikan kepada Isa.
"Dah lama kan kita tak lepak pagi macam ni, Rasa angin sempoi macam ni. Rindunya.
Nanti kalau Yana pergi jauh ke mesti Abang rindu."
"Yana nak pergi mana?"soal Isa berkerut dahinya.
"Mana lah tahu jodoh Yana sampai awal."
"Amboi..Gatal eh nak kahwin dengan sapa? Si Jo tu esok Abang suruh dia masuk minang. Tak payah cari orang jauh. Tak kesian ke tinggal abang sorang." Ujar Isa Sambil ketawa.
"Eh tak nak lah dia. Cari la yang elok sikit apalah Abang ni. Jodoh dan Maut semua dekat tangan maha esa. Kalau kata esok lusa Yana pergi dulu sama juga Abang sorang juga kan?" Jawab Yana sambil ketawa.
Riuh pagi itu dengan gurau senda Isa dan Dayanah. Isa tersenyum melihat wajah ceria Dayanah. Jarang dia mendapat peluang meluangkan masanya bersama. Fokusnya hanya ingin mencari wang untuk memperbaiki kehidupan mereka.
.....
"Ada apa Bos panggil Aku."
"Nah."
Hasya melempar sampul surat bersaiz A4 dan berwarna coklat tua kepada Waiz. Dengan senyuman Waiz mencapai sampul surat yang kembung berisi helaian yang bernilai.
"Wowow Cantik la Bossku thank you!" Tanpa lengah sampul itu di cium dan terus di selak sedikit ingin melihat isi di dalam sampul itu.Wajah yang tadinya ceria berubah keruh. Kepingan kepingan wang kertas berwarna ungu itu keluarkan.
"Seratus, Dua ratus....Tiga ratus....." Setiap helaian unggu itu di kira berulang kali. Sebelum wajahnya diangkat mencari wajah Hasya.
"Macam tak cukup je ni Boss." Waiz mendengus perlahan. Tak puas hati.
Hasya menjeling mata tajam memandang tepat ke mata Waiz.
"Memanglah half. Hasil kerja kau pun baru half, bodoh. Perempuan tu baru call cakap terima kerja tu. Tapi dia belum datang lapor diri lagi. Kalau dia dah datang, dah lapor diri, dah ada depan mata aku, then baru kerja kau dianggap selesai. Faham?"
"Kau baru jalan satu kerja dah minta full payment. Hallo Brother, Cukup bagus la aku ni berbudi bahasa nak bagi extra bonus untuk kau hari ni. Selagi dia tak ada depan mata aku selagi itu kerja kau belum selesai ada faham?"
Wajah berubah keruh. Namun dia tetap mengangguk juga.
"Okey la bos. Aku blah dulu. Apa-apa aku roger." Waiz mula berdiri. Sampul itu dimasukkan ke dalam pouch bag yang disilang ke dada. Senyum lebar kembali menghias wajahnya.
"Perhatikan dia. Anything infom aku."beritahu Hasya sebelum Waiz sempat berlalu pergi.
.....
TEPAT jam 6 petang Isa menerima panggilan dari Jirannya mengatakan Dayanah tidak sedarkan diri dan sekarang adiknya sudah di hantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Isa menunggu di ruang menunggu dengan perasaan yang bercampur aduk. Semoga Adiknya tidak apa-apa.
Petang itu Isa keluar mahu mencari pekerjaan sekitar Bandar kuantan. Namun setelah menerima panggilan itu dia bergegas ke Hospital.
Air matanya megalir tanpa henti. Dia takut memikirkan kehilangan adiknya. Satu-satu keluarga yang masih setia berada bersamanya. Dia sudah tidak ada sesiapa lagi.
"Waris Dayanah binti Ghazali." Isa berdiri dari duduknya lalu melangkah menghampiri doktor yang baru saja keluar dari ruangan pemeriksaan Adiknya.
"Macam mana keadaan adik saya doktor?"
"Keadaan adik awak kritikal. Dia akan di masuk kan ke dalam CCU. Kita kena lakukan pembedahan secepat mungkin kalau tak bila-bila masa saja adik awak akan... fahamkan maksud saya?"
Isa mengangguk lemah. Air mata mengalir lagi.
"Kanser Dayanah merebak dengan sangat cepat, kalau tidak segera dibuang saya tak boleh buat apa. Maafkan saya."
"Dokter... Saya.. Perlukan masa untuk kumpulkan duit. Boleh tak doktor bagi saya masa sikit aje lagi." rayu Isa. Air mata jatuh di tubir mata. Sungguh dia rasakan dirinyaseperti seorang abang yang tidak berguna.
"Saya faham maksud awak, tapi kita tak tahu apa yang akan terjadi kalau kita tetap lengahkan masa." Doktor perempuan memandang Isa penuh simpati. itu
Nafas di tarik dalam Kepala di anggukkan. Apa yang harus dia lakukan sekarang ini. Dia masih tidak mempunyai pekerjaan lagi. Simpanannya belum mencukupi untuk membayar pembedahan adiknya. Ya Tuhan. Kali ini ujian yang kau berikan terlalu berat untuk aku tempuhi.
Dia terduduk seketika, Air matanya tidak berhenti mengalir.
......
"YAN."
Terdengar suara seseorang yang memanggilnya laju Isa menoleh. Langkah laju Johan dengan Suara yang agak kuat memangil Isa, membuat semua orang di situ memandang ke arah Johan.
Isa melihat Johan meghembuskan nafasnya yang termengah-mengah.
"Ni Kawan-kawan kita dan Orang kampung sama-sama kumpul duit untuk Yana.."
Johan meghulurkan sampul itu kepada Isa. Dia cuba mengatur nafasnya kembali. Mana tidaknya mendengar berita mengenai Yana adik sahabat baiknya tadi terus dia bergegas ke hospital.
Isa menundukkan kepalanya. Air matanya masih mengalir.Banyak perkara yang berlegar di fikirannya sekarang ini.Sampul di ambil lalu Isa mengira.
"Terima kasih Jo,Masih tak cukup ..." Teresak-esak Isa menangis. Dia langsung tidak peduli dengan orang di sekelilingnya.
"Allah aku lupa." Johan menyeluk poket seluarnya lalu sampul berukuran A5 yang di lipat separuh itu di serahkan kepada Isa.
"Ini dari Pihak pengurusan hotel. Sebelum aku balik Kak Ketty bagi." Ujar Johan. Sampul berukuran A5 itu bertukar tangan.
"Allahukhbar Siapa Miss Imarah? Dia bagi terlalu banyak." Isa sudah kembali menagis.
Ya Allah kau hantarkan seseorang yang sudi membantuku. Syukur Alhamdulilah masih ada yang baik hati membantunya.
"Alhamdulilah. Allah permudah urusan Kau dan Yana kau kena kuat."Johan memeluk tubuh Isa sambil mengosok perlahan belakang tubuh itu.
"Terima kasih Jo. Tanpa Kau orang semua aku tak mampu nak selamatkan adik aku."
Share this novel