"Hoi Perempuan!" Jerkah Suraya sebaik sahaja menguak daun pintu bilik Hasya Imarah.
Terjerit kecil Hasya saat itu dek terkejut. Dress yang dipegang sudah jatuh ke atas lantai. Dia mengetap gigi. Jelingan tajam di berikan pada Suraya.
Selamba saja masuk bilik orang tanpa mengetuk. Inilah jadinya kalau dia terlupa nak kunci pintu. Sahabatnya ini suka betul sergah dan masuk ke dalam biliknya. Tak beragak langsung.
Terbuntang Suraya melihat gadis itu sedang
mengemaskan pakaian. Beg besar beroda sudah penuh dengan barangan gadis itu.
"Hoi Sha nak lari dari rumah ke?"
Hasya berpeluk tubuh dengan mata mencerlung
tajam kearah Suraya.
"Tahu takpe. Serabut aku duduk serumah dengan kau. Tak ada privasi langsung!"
Suraya ketawa kecil. Dia menyandarkan badannya ke muka pintu sambil berpeluk tubuh.
"Eleh sentap.Sorry Okey."
"Lain kali ketuk dulu. Kalau aku tengah bogel ke kau jugak yang sawan nanti."
Suraya menepuk dahi.
"Kau dengan aku sama jenis je Sha, Lain la kalau tetiba kau berubah ada belalai. Ni nak ke mana pula? Dengan bagasi besar ni?"
"Lari rumah lah, Kan dah cakap tadi."
"Main-main la perempuan ni."Marah Suraya.
"Aku ada misi yang perlu dilaksanakan."
"Serious bebeno bunyinya. Misi bunuh bunuh diri di tinggalkan tunang ke." Usik Suraya dia tahu Hasya tidakkan kecil hati sememangnya beku hati seorang Hasya Imarah seperti kutub utara.
Mana tidaknya tunang gadis itu pergi meninggalkannya demi mengahwini wanita yang di katakan cukup sempurna.
Majlis nikah yang bakal berlangsung sudah di batalkan oleh pihak lelaki dengan cara baik. Ya sahabatnya ini terima dengan rela hati jika lelaki itu sudah jumpa wanita yang sempurna.
Siapalah dia ingin menentang takdir. Hasya tidak mahu memaksa bekas tunangnya itu untuk teruskan atau memujuk merayu. Walaupun gadis itu bukan orang ketiga dalam perhubungan itu tetapi jika hati sang lelaki bukan lagi untuknya tetap tiada guna.
Hasya menarik nafas dalam dan di hembuskan perlahan-lahan. Sakit di hatinya masih kekal terasa walaupun peristiwa itu juga sudah enam bulan berlalu. Melihat bekas tunangnya bahagia dia juga turut gembira walaupun terpaksa menyembunyikan luka dihatinya.
"Misi apa Sha?" tanya Suraya.
"Misi mencari suami."
"Apa?" Naik senoktah tinggi suara Suraya.
Tanpa memperdulikan Suraya. Hasya keluarkan pakaiannya dari dalam almari lalu susun kemas ke dalam bagasi.
"Sha aku tanya ni."
"Kau dengar kan apa aku kata tadi?"
Suraya mendecit.
"Wei perempuan kau jangan main-main boleh tak? Serious sikit."
"Kan aku dah cakap... Nak pergi Misi mencari suami."
Suraya berjalan mendekati Hasya lalu kedua tangannya naik memegang kepala sahabatnya itu. Sekejap di tolehkan ke kanan dan ke kiri. Cuba untuk memeriksa kepala sahabatnya itu. Mana tahu kalau gadis itu terhantuk di mana-mana dan mengalami kecederaan otak.
Pelik!
"Sha kau ada terhantuk dekat mana-mana ke? Kau tak gilakan?"
"Ada yang makan penampar aku kejap lagi. Yang gila tu bukan aku tapi kau.. Dah tepi sikit."
"Yelah, Pelik sangat misi kau kali ni grisau mak nyah..Mana tahu wayer dalam otak kau putus ke."Gelak Suraya.
"HAHAHA." Hasya pura-pura gelak sebelum ketawanya mati. Dia memandang Suraya kepala di gelengkan kemudian mengeluh.
"Dah mengeluh pula." Tanya Suraya.
"Tak ada mood nak melawak."
Suraya berjalan mendekati Hasya yang sudah duduk di hujung katil. Punggungnya di labuhkan di sebelah sahabatnya itu.
"Pasal apa sebenarnya ni Sha?"
"Aku teringin nak ada family la Yaya."
Suraya jongket kening.
"Tiber!"
Tangan menyentuh dahi Hasya. Sengaja!
"Yaya! See, Bila aku serious kau main-main!"jerit Hasya geram.
"Yalah..Yalah.. Tapi kenapa tiba-tiba?"
"Aku terjumpa Mika dengan Wife dia.. Diaorang dah ada baby cute sangat." Perlahan suara Hasya berbicara.
"Oh My! Sebab tu je Sha?"
"Kenapa? Tak boleh ke?" tanya Hasya bingung.
"Sha kau jangan buat kerja gila boleh tak? Aku rasa kau stress ni. Kau bukan macam ni.. Kau rehat la Okey.."
"Yaaaa. Aku serious ni."
Suraua menghelakan nafasnya.
"Atuk kau tahu hal ni?."
Hasya mengelengkan kepalanya.
"Demam pulak orang tua tu nanti Hasya."
"Aku cakaplah aku nak pergi bercuti lama dah kot aku bertapa kat office tu."
"Ooh bercuti eh? Habis kerja kau kat pejabat siapa nak buat?"
"Kau kan ada. Cucu angkat kesayangan Atuk aku."
Hasya ketawa geli hati. Suka dia melihat wajah cemberut Suraya.
"Kau serius ke ni?" tanya Suraya bertukar nada. Intonasi suaranya mula serius.
"Iyalah kan dah siap mengemas ni." Hasya mengangguk.
"Aku berani jamin la, seminggu je Misi kau ni...Bercuti jangan lama-lama nanti masuk office balik aku bukan macai nak buat kerja kau."
Hasya ketawa. Dia kembali ke almari pakaian. Beberapa helai gambar dan salin bertulis bersaiz A4 didalam sampul dikeluarkan.
"Misi aku kali ni."
Jatuh rahang Suraya. Lagi terperanjat gadis itu apabila membaca segala maklumat yang terkandung didalam kertas A4 itu.
"Hasya Imarah kau tak gila kan?"
Hasya senyum sambil menjongket-jongket keningnya.
"Mungkin ya. Dan mungkin tidak."
Share this novel