"WEI lama lagi nak bersiapnya kalah perempuan kau ni." Suara Johan memanggil Isa Liyyan yang berada di dalam bilik persalinan pekerja.
"Cepat sikit oi."Panggilnya lagi.
"Nak siap la ni sabar la." Sahut Isa.
"Lambat la kau, Aku keluar dulu lah."
Isa merapikan pakaian yang berwarna biru muda, kemudian rambutnya dirapikan sedikit dengan terburu-buru. Dia yakin pasti dia akan kena marah dengan pengurusnya sebab sampai lambat.
"Jo tunggu aku."
Setelah memastikan penampilannya, dia pun berlari menyusul Johan ke tempat berkumpulnya para pekerja hotel untuk melakukan briefing pagi.
Pengurus di bahagian Housekeeping department Isa bekerja memandang tajam Isa tidak suka melihat Isa yang selalu sahaja lambat sampai.
Namun bagaimanapun dia suka dengan hasil kerja Isa. Satu sahaja masalah, Isa membuatkan dirinya selalu sakit kepala. Lambat.
"Kau lambat lagi?"
"Maaf bos. Saya kena uruskan adik saya dulu. Makan pakai dia, saya sebelum masuk kerja. Sebab saya tinggalkan dia sorang-sorang dekat rumah," Jawab Isa perlahan.
Dia sebenarnya tidak sampai hati tinggalkan adik perempuannya seorang diri. Tapi demi tanggungjawab yang harus di pikul sejak kematian kedua ibu bapanya. Dia terpaksa.
Semua rakan sekerjanya di situ tahu Isa hanya tinggal berdua dengan adik perempuannya yang sakit.
Puan Katijah hanya menghela nafasnya. Dia juga mengerti pengobanan Isa. Dan dia juga menyayangi keluarga. Oleh kerani itu, dia akan masih bertolenransi jika itu berkaitan dengan masalah keluarga.
"Dah, Kita mula briefing sekarang."
Isa tersenyum mengucapkan terima kasih. Dan mendengar segala arahan dan jadual pagi ini yang harus dia lakukan.
Isa pemuda berusia 28 tahun, sangat bertenaga dan murah dengan senyuman. Dia adalah seorang lelaki yang kuat bekerja demi menampung kehidupan dan kos rawatan adik perempuannya.
Walaupun selalu keletihan karena banyak kerja yang dia lakukan, namun lelaki itu masih tersenyum untuk menutupi kepenatannya itu.
Namun, tiada siapa yang tahu disebalik senyuman itu sebenarnya mempunyai penuh cerita yang dapat diungkapkan.
Kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan kereta semasa dia masih di bangku sekolah. Tiada harta atau kemewahan yang ditinggalkan oleh ibu bapanya, hanya sebuah tempat berteduh yang sekarang Isa dan Adik perempuan duduk bersama. Itulah satu-satunya keluarga yang dia miliki.
Disebabkan itu Isa berfikir dia harus bekerja kuat untuk menyara dirinya dan adik perempuannya.
Oleh itu, Setelah tamatnya pelajaran. Isa membuat keputusan untuk bekerja mereka, Demi menampung segala keperluan harian. Dia tidak sanggup mengunakan wang ehsan daripada sesetengah pihak walaupun dia tahu mereka ikhlas membantunya.
"Hoi Yan, Laju kau tolak troli. Pelan-pelan la alu ada cerita baik punya ni."
Isa yang sedang menolak Troli peralatan kebersihan ketika itu menghentikan langkahnya.
"Cerita apa pula kau ni?" tanya Isa
"Abang Kerol kata ada awek cun baru check in dekat floor ni.. Tip top wei aku harap-harap dapat la terserempak dengan dia pagi ni."
Isa menarik nafasnya. Kepala di gelengkan. Troli peralatan itu kembali di tolak.
"Kau nak kerja ke kau nak usha awek sekarang ni? Silap-silap dia pandang kau sebelah mata je."
"Aku sedar diri lah. Saja nak cuci mata" jawab Johan.
"Baguslah tu."
"Kau ni memang tak ada hati dan perasaan kan. Relaks je aku cakap pasal perempuan."
"Hmmm." Jawab Isa sambil lewa. Sesekali matanya melirik pada nota di atas troli itu.
Ketika Troli yang di tolak Isa berhenti. Pintu Bilik di hadapanya terbuka. Isa tersenyum kepada pasangan itu.
"Selamat pagi," sapanya ramah.
"Pagi.." Lelaki itu tersenyum. Dan terus berlalu pergi
Mata Isa melirik Johan yang saat itu sedang asyik memandangi pasangan itu. Kaki Johan di tendang perlahan dan memberi isyarat supaya berhenti melihat tetamu mereka seperti itu.
"Kau tengok orang macam nak telan apasal."
"Tak ada la, Aku tengok dengan mata kasar aku tadi Couple tu tak macam suami isteri. One night stand kot."
"Aaduhai la Jo. Kau ni boleh tak jangan judge orang. Biar la diaorang nak one night stand ke two night stand ke. Kita buat kerja kau dah la."
"Haish mula dah membebel pakcik ni." Jawab Johan sambil sengaja dia mengibas-gibas tepi telinganya.
Isa tersenyum. Segala Rutin rutin hariannya berjalan seperti biasanya. Hampir 3 tahun dia bekerja di hotel ini, Sebagai Housekeepinh yang ditugaskan untuk membersikan bilik-bilik tetamu hotel ini.
Isa sangat bersyukur walaupun bekerja seperti ini. Sekurang-kurangnya dia dapat menampung kos sara hidup dia dan adik perempuannya.
....
TUBUH dihempaskan ke atas katil. Fizikal dan mentalnya memang penat. Demi Tuhan, hanya mahu tidur sahaja. Mahu melupakan sejenak segala kekusutan.
Sambil berbaring Hasya merenung kosong ke arah siling dalam kelam malam. Terbayang di fikiran satu per satu gambar yang di lihatnya.
Di kotak fikirannya sudah merancang segalanya rancangan untuk memilik lelaki itu. Anak mata merenung kosong ke arah dinding namun sesaat terukir senyuman di bibir mungil itu.
Manis.
Hasya sudah terbayang di dalam rahimnya mempunyai penghuni kecil. Perutnya membesar hari demi hari. Dan Akhirnya lahir seorang insan yang selamanya akan bersamanya.
Disebabkan melihat kebahagian yang di tunjuk bekas tunangnya hidup Hasya sedikit tertekan. Walaupun dia luar dia nampak seperti tidak mengambil tahu, Tetapi di hati gadis itu sangat terluka. Semuanya kerana lelaki itu telah menjumpai wanita yang sempurna.
Memikirkan hal itu, Hasya mengeluh perlahan.
Hasya bangun dari katil. Mata tertumpu pada Suraya yang sedang nyenyak tidur di atas katil di sebelahnya.
Hasya bersandar pada kepala katil. Kaki yang tadinya terlunjur lurus, perlahan-lahan di rapatkan ke badannya. Kedua-dua tangan memaut betis.
"Tidurlah Sha, ." Suara serak basah itu menyentakkan lamunan Hasya.
"Iya nak tidurlah." Jawabnya perlahan.
Tubuhnya kembali di rebahkan. Matanya di pejam rapat. Semoga apa yang di rancangnya selepas ini akan berjalan lancar.
.........
"PIHAK atasan minta untuk pecat dia?" Membulatkan mata Puan Katijah terkejut mendengar berita yang baru saja diucapkan oleh Ketua bahagian yang jawatan lebih tinggi darinya itu.
"Iya pihak atas dengar banyak aduan."
"Saya tak pernah dengar lagi aduan dari pekerja bawahan saya. Lagipun kerja dia bagus. Siapa yang buat aduan tu boleh saya tahu" tanya Puan Khatijah hairan.
"Kami telah berbincang dan ini arahan langsung daripada Pihak atasan kita. Kita akan mengambil beberapa pekerja baru yang lebih berkualiti dan ada displin yang tinggi"
Puan Khatijah terdiam seketika, itu ertinya..
dia terpaksa. Dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya patuh mendengarkannya, dia tidak tahu harus bagaimana ingin menjelaskan nanti tentang pemberhentian ini.
Dia tahu, pekerja yang akan diberhentikan ini adalah tulang belakang keluarga, mereka semua bekerja keras dan sudah bekerja bertahun-tahun di Hotel ini. Dia pasti pekerja bawahannya tidak boleh terima kalau diberhentikan begitu saja.
Puan Khatijah melepaskan keluhan berat.
.....
"Kenapa tiba-tiba saya dipecat?"Perlahan suara Isa menyoal. Dia minta lelaki itu untuk berjumpa dengannya membuatkan Puan Khatijah semakin merasa bersalah.
"Maafkan Isa. Ini arahan langsung dari pihak pengurusan hotel."
Isa terdiam lama memandang Puan Khadijah mendengar berita itu tadi, dia melangkah mendekati wanita itu.
"Boleh tak kalau saya ke bahagian lain saja? Asalkan saya tidak dipecat. Saya merayu sangat."
Menitik air mata Puan Khadijah ketika itu. Kepalanya di gelengkan. Dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi, Arahan sudah di keluarkan jika dia tidak berbuat demikian, Dia juga akan menanggung semua kemarahan dan risiko dari pihak atasan. Matanya melirik Isa dengan pandangan meminta maaf.
"Maafkan saya Yan, Saya dah cuba tapi arahan sudah di keluarkan. Tapi.."
Surat yang ada di tangan Puan Khadijah Lantas menghulurkan kepada Isa
"Surat ni untuk kamu. Bacalah mungkin ada pampasan dari pihak atasan."
Dengan dahi berkerut, teragak-agak Isa mencapainya. Tanpa lengah, terus sahaja dibaca. Dan semakin dibaca, semakin berkerut dahi lelaki itu
Selesai sudah dibaca, diulang lagi. Lagi dan lagi. Cuba memastikan bahawa dia tak silap. Setelah yakin bahawa surat itu memang untuk dirinya, barulah Isa mengangkat wajah mencari wajah Puan Khadijah yang masih menanti.
Surat itu dihulurkan semula kepada Puan Khadijah. Giliran Puan Khadijah pula kerut dahi. perbagai rasa memenuhi fikiran. Namun rasa syukur di hatinya walaupun Isa di berhentikan lelaki itu menerima tawaran kerja yang layak dengan sijil pelajarannya.
"Alhamdulillah. Jadi macam mana nak pergi tak?"
"Tak tahu lagi."Jawab Isa. Kepalanya di gelengkan.
Terdetik juga di fikiran Puan Khadijah bagaimana pula Pihak pengurusan hotel mendapat tahu tentang sijil yang di miliki Isa. Atau mungkin Isa pernah membuat permohonan dengan kelayakkannya.
"Maksud kamu? Kamu tak tau nak pergi ke? Ini masa depan kamu dan adik kamu Yan."
Laju Isa memandang. Menidakkan. Sumpah Mana mungkin. Ini adalah rezekinya yang minta selama ini. Isa Sedar dirinya bukan berpengalaman untuk bekerja di syarikat-syarikat besar. Apatah lagi nama syarikat yang tertera itu adalah syarikat terkemuka. Dan Syarikat itu pula letaknya di ibu kota Kuala Lumpur.
Seumur hidup, Isa tak pernah pijak bumi Kuala Lumpur. Lagi pula, Isa tidak mahu berpisah dengan adiknya. Tanggungjawabnya di sini.
Dia tak punya sesiapa lagi.
"Pergilah Yan. Kalau di lihat pada offer letter itu Pihak Syarikat menyediakan rumah untuk Kamu. Bawalah adik kamu berubah angin di sana. Lagipun, kalau tengok pada gaji yang ditawarkan tu, agak lumayan juga. Bagus untuk Kamu."
Puan Khatijah yakin Isa sedikit keberatan.
Dia juga yakin Isa akan berjaya di sana. Isa pekerja yang paling setia, paling boleh diharap dan paling ringan tulang. Walaupun lelaki muda itu selalu lewat tetapi Isa tidak lekok mengantikan masa kerjanya.
Isa di pecat adalah satu kehilangan baginya. Namun, siapa sangka tuhan telah merancang sebaik baiknya. Masa hadapan yang lebih baik untuk anak muda itu.
Isa tunduk. Entahlah. Tak tahu apa yang perlu dia jawab. Dalam kepala, tanda soal berlaga laga.
Share this novel