ITC 3
TEPAT Jam 6 pagi Isa dan Johan selamat tiba dia Bandaraya Kuala Lumpur. Bertolak dengan menaiki Kereta Kelisa milik Johan seawal 2 pagi setelah segala urusan Dayanah di selesaikan.
Syukur Alhamdulilah seminggu yang lalu adiknya selamat dalam menjalani pembedahan. Setelah berbincang dengan rakan baiknya itu akhirnya Isa membuat keputusan untuk menerima tawaran kerja yang pernah di berikan.
Mereka berhenti di sebuah masjid. Menumpang untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipan. Rancang mereka. Selepas menghantar Isa ke syarikat di mana Isa perlu melaporkan. Johan harus segera pulang ke Ipoh kerana dia bekerja di waktu malam.
Walaupun Isa menolak untuk di hantar ke sini namum Johan melarang keras. Dan rela membantu sahabatnya itu.
Isa mengalas satu beg berwarna biru gelap besar penuh dengan pakaian dan beberapa barangan peribadi miliknya. Cukuplah. Lagipun di kampung dia hanya mempunyai beberapa helai kemeja sahaja. Boleh diulang pakai. Duit gaji yang diterima setiap bulan selepas ini, Isa bercadang akan membeli sehelai dua pakaian sebagai menambahan dan selebihnya di buat belanja harian dan di berikan kepada Dayanah untuk keperluan harian adiknya di kampung kelak.
"Awal lagi ni Yan. Kita singah makan dulu la lapo ni" Sepanjang perjalanan perut hanya diisi dengan air. Dan sekarang perut pedih minta diisi makan Lagipun, masih awal lagi sementara menanti jam 8.00 pagi. Waktu temuduga yang ditetapkan. Sempatlah mereka isi perut dulu. Setelah itu boleh la dia terus menghantar Isa ke L&H Group.
"Boleh juga."Jawab Isa mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam perut kereta.
"Aku perasan ada warung depan sana, Kita makan dekat situ je Yan."
Isa mengangguk mengikut sahaja. Tak kisah la asalkan perutnya di isi.
Mata Isa meliar memandang sekeliling memerhatikan manusia-manusia yang seawal pagi sudah keluar mencari rezeki. Fikirannya sudah terfikir bagaimana nanti bila dia sudah mula bekerja. Dengan kesesakkan lalu lintas dan kepadatan penguna yang mengunakan kemudahan pengangkutan awam.
"Kau termenung apa Yan?" Soal Johan.
Bahu Isa di tepuk perlahan.
"Jangan cakap kau tetiba nak ubah fikiran aku lepuk kau nanti."
"Tak ada lah. Gila kau kita dah sampai kot. Cuma risau dekat adik aku tu. Aku terhutang budi dengan keluarga kau Jo. Nanti kalau yana dah sihat sikit, aku bawa Yana duduk dengan aku dekat sini. Malu nak menyusahkan kau sekeluarga."
Johan mengelengkan kepalanya.
"Tak apa kau selesaikan urusan kau dekat sini dulu. Fasal Yana jangan risau mak dan adik aku boleh tengok-tengokkan dia."
.......
HASYA berselera menyuap Pancake ke dalam mulutnya. Semestinya kerana berita yang baru di terima awal pagi ini menaikkan mood 'Gembira'.
Pada mulanya hampir dia ingin memaki hamum pada pemanggil yang menganggu lenanya seawal pagi. Tetapi apabila mendengar bicara di hujung talian Hasya tersenyum senang.
Terasa seakan di tenung pelik seorang lelaki tua yang dari tadi merenungnya penuh hairan. Hasya biarkan sahaja. Walaupum rasa tidak selesa bila ditenung seperti.
Datuk Thaqeef diam bersandar di kerusinya. Namun mata tak lepas memandang Hasya Pelik. Secawan kopi panas di hadapannya capai namun matanya masih memandang cucu tunggalnya itu.
Something wrong.
"Kenyang ke minum Secawan kopi je Aki?" Tanya Hasya tanpa memandang ke arah Datuk Thaqeef.
"Kamu okey ke? Lain macam berselera pagi ni."
"Oh Pasal ni ke Aki tenung Sha macam nak telan?" Mata Hasya memandang Datuk Thaqeef. Dan sebelah kening Datuk Thaqeef terjongket sedikit ke arahnya.
"Jarang kamu duduk semeja dengan Aki pagi ni."
Mendengar bicara tua itu Hasya tersenyum.
"Aki tak suka ke?" Tanya Hasya lagi. Masih tenang.
"Bukan tak suka tapi lagak kamu ni macam orang kena lottery tahu."
Hasya diam.Bibirnya tersenyum nipis. Bahu diangkat tanda malas mendengar usikkan Datuknya itu. Sebelum dia menyisip kopi panasnya.
"Mungkin la kot semalam mimpi Nombor jap lagi nak pergi tikam mana tahu kena bertambah kaya raya kita Tok."
"Allahukhbar main-main kamu ni Sha." Kata Datuk Thaqeef lalu sudu kecil di tepi piring itu di balingkan ke arah Hasya.
"Auch. Orang gurau la Aki ni.."
"Nasib sudu yang mendarat kalau Kopi hangat ni Aki simbah biar mengelur mulut tu."
Hasya mencebik. Terus di kunci bibirnya. Apabila wajah garang Datuk Thaqeef serius memandangnya.
.....
Kereta yang di pandu Johan berhenti betul-betul di hadapan sebuah bangunan tinggi berwarna kelabu. Di bajagian atas sekali bangunan itu megah papan tandanya bertulisan besar L&H Grop.
"Sampai dah Yan. Good Luck." Johan tersenyum. Namun wajah Isa mengeruh.
Johan mendonggak memandang bangunan itu hadapannya. Di matanya kini Sahabat baiknya itu akan bekerja di syarikat ini dengan ganjaran upah yang lumayan setiap bulan. Rezeki Isa, Selepas ini, legalah sikit soal kewangan sahabatnya itu. Mampu menampung kos rawatan adik perempuannya.
"Thanks Jo Kau sudi hantar aku sampai sini. Doakan aku Yan." Ujar Isa lalu dia melangkah turun dari perut kereta. Beg pakaiannya juga di bawa bersama.
Johan menurunkan cermin keretanya di bahagian penumpang.
"Jaga diri baik-baik. Apa-apa Hallo aku." Beritahu Johan.
"Aku gerak dulu Bro."
Isa mengangguk. Nafasnya di tarik dalam dan di lepaskannya perlahan. Kakinya di atur masuk ke dalam bangunan itu.
Masuk sahaja di dalam lif Isa menelan nombor 18 Aras yang paling tinggi di bangunan itu. Melihat skrin yang mempamer nombor silih berganti Isa semakin berdebar.
Pintu dibuka sebaik sahaja tiba di aras 18. Isa melangkah keluar dan terus tuju ke arah penyambut tetamu di aras itu.
"Assalamualaikum, Saya ada temuduga pagi ni." Beritahu Isa.
"Oh Encik Isa Liyyan ya?"Soal Penyambut tetamu itu.
Isa hanya mengangguk.
"Mari saya tunjukkan bilik menunggu."
Gia berjalan dan terus membuka satu pintu berdekatan dengan meja penyambut tetamu.
Pintu di buka luas agar memudahkan Isa membawa beg galas besarnya bersama.
"Duduk dulu ya. Saya maklumkan dekat Bos kejap ye, yang awak dah sampai."
Isa tersenyum. Matanya hanya memerhatikan Gia berlalu sehingga hilang figura gadis itu dari pandangan.
Entah mengapa Isa rasakan ada mata yang memerhati.Walaupun tiada sesiapa di situ. Dia cuba mengawal perasaannya.
"Kenapa rasa tak sedap hati ni." Omelnya sendiri.
"Maaf Encik Isa..."
Terjongket sedikit bahu Isa. Entah sejak bila gadis itu terpacak di muka pintu masuk itu.
"Errr..CEO panggil masuk ke bilik dia sekarang." Bertindak mengikut arahan, Isa terus berdiri.
Mendengarkan pangkat sahaja sudah cukup membuatkan jiwa lelakinya gementar. Entah mengapa tubuh terasa keras dan berat. Sukar untuk dia berganjak dari tempat di mana dia berdiri
"Encik Isa?" Gia menggamit lagi.
"Boleh kita pergi sekarang?"
Tiada pilihan, Isa melangkah mengikuti Langkah Gia. Kemeja di tubuhnya di betulkan sedikit. Beg pakaiannya di jinjit dan memeluk kemas Fail yang terkandung sijil-sijilnya. Meninggalkan bilik menunggu itu.
"Miss Hasya..." seru Gia saat pintu bilik pejabat yang tertera nama Hasya Bani Khafid itu terkuak luas.
Seorang wanita kemas berkemeja putih berlengan lengan baju yang dilipat sehingga ke siku dan skrit pencil yang terletak cantik di tubuh itu pantas berpaling. Dan matanya tepat ke mata lelaki yang sedang berdiri di pintu biliknya.
Lama renungannya hinggap di mata redup milik Isa sehinggalah Gia bersuara.
"Miss Sha.."
"Thanks Gia." Jawab Hasya dan matanya masih memang lelaki itu.
"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu ya?"
Diam tiada apa yang berlaku setelah Gia meningalkan mereka. Hasya masih begitu. merenung Isa yang sudah berdiri di depannya.
How lucky I am.
Full package.
.......
MATA wanita dihadapannya yang senang merenung membuat Isa berasa tidak selesa. Dan jika di ikutkan hati ini mahu sahaja Isa keluar dari bilik itu.
Tapi minda menegah. Lagi-lagi bila teringatkan wajah Dayanah & Johan sahabatnya yang sentiasa menyokong dan mahukan dia kerja dengan sijil kelayakkannya.
"Silakan.." Dengan pandangan sukar di ungkap Hasya senyum memandang Isa. Wanita itu menunjukkan kerusi yang terletak betul-betul berhadapan dengan kerusinya.
Patuh Isa melabuhkan punggung, Dan duduk di kerusi itu. Kini giliran Hasya duduk kaki di silangkan. Namun matanya belum puas meneliti wajah tampan Isa.
Segala apa yang terpamer di luaran lelaki ini. Tak boleh dipertikaikan, Tinggi, Badan yang tegap dan wajah yang sangat sempurna. Cuma satu yang meganggu mata Hasya ketika ini. Rambut Isa yang sedikit panjang.
"Ehem." Sengaja Isa sengaja berdeham.
Memberi isyarat agar wanita di hadapannya kembali ke alam nyata.
Hasya tersenyum bila tersedar akan keterlanjurannya.
"Isa Liyyan Bin Abdull..."
Lancar nama Isa di sebut. Entah kali yang berapa nama itu di ulang hari ini. Hingga nama itu mampu di hafal. Melekat, terpahat kukuh dalam di kepalanya.
"Ya, saya," sahut Isa. Dia membalas tatapan mata Hasya dengan yakin.
"So... You dah ready nak kerja dekat Company ni?"
"Ya..."Jawab Isa tanpa teragak-agak. Namun di sudut hatinya bersediakah dia? Ikut hati dan perasaan ini memang tak bersedia langsung. Tapi apakan daya demi masa depannya dan Adiknya Dayanah dia harus kuat.
Dan fail yang sedang tanganya dihulurkan.
"Cuma... sebenarnya saya masih tertanya-tanya macam mana saya boleh dapat kerja disini. Dan jawatan yang ditawarkan..."
"You pernah kerja dekat hotel kenalan i, Jadi tak salahkan kalau kawan i recommend you untuk kerja di sini dengan kelayakkan yang you ada." Jawab Hasya tanpa sempat Isa menghabiskan soalannya.
Isa meletakkan fail miliknya diatas meja betul-betul di hadapan Hasya. Namun fail itu langsung tidak disentuh wanita itu. Malah Hasya masih ralit memandangnya.
Melihat Isa tak mula tidak selesa, Hasya tertawa.
"I rasa tak perlu kot untuk semak sijil-sijil you.. Lagipun you salah satu staff best dekat tempat lama you kerja. So i percaya 100 peratus."
File milik Isa ditolak ke tepi.
"So hari ni you boleh mula bekerja. I akan maklum pada Gia."
Hati Hasya berasa tenang saat ini. Mungkin kerana kehadiran Isa di hadapannya dan sedikit masa lagi lelaki ini akan berada dalam hidupnya. Cuma dia perlu menyusun langkah agar dia tidak nampak terlalu terdesak.
"Apa maksud Miss?"
"Welcome to L&H Group." Hasya menghulurkan tangan. Sebagai menjawab soalan yang di ajurkan Isa. Huluran itu dia di sambut Isa demgan teragak-agak.
"So Petang nanti i akan arrange someone untuk hantar you dekat rumah yang company dah sediakan."
Share this novel
aduhhhh.... xsabar nk tggu bab seterusnya.jng lama sangat