Cinta dan Sayang, nampak sama tapi hakikatnya kedua-dua perkataan dan sifat ini memberikan dua definisi yang berbeza. Cinta sering diiringi dengan perasaan sayang, namun andai hanya Sayang yang hadir, belum tentu kita boleh mencintai. Apakah itu Cinta? Apabila kita mencintai seseorang, kita akan menyayanginya dengan seikhlas hati dan sudah tentu menerima pasangan seadanya. Cinta hadir apabila dua hati rasa saling melengkapi antara satu sama lain. Cinta itu menyerahkan sepenuh jiwa dan raga. Cinta sukar untuk pudar, kerana ia terpahat kuat di dalam hati tetapi ia memerlukan kesetiaan. Namun cinta juga mampu membutakan, kerana ia bersifat ingin memiliki. Bagaimana pula dengan sayang? Pernahkah anda rasa ingin melidungi seseorang dan tidak mahu melepaskannya pergi? Sayang merupakan sebuah perasaan yang tulus dari sanubari dan sifatnya abadi. Andai kita menyayangi seseorang, kita tidak sanggup untuk melukai sehingga sanggup mengorbankan hati dan perasaan sendiri demi insan yang disayangi. Kita akan sentiasa lakukan yang terbaik untuk mereka. Jadi, apa yang buatkan Cinta dan Sayang ini menjadi dua perkara yang berbeza? Tidak semua orang dapat merealisasikan dongeng cinta mereka. Andai takdir berpihak kepada mereka, beruntunglah mereka ini dapat mencintai dan menyayangi orang yang sama. Namun, Jika tidak mampukah mereka terikat dengan ikatan tanpa cinta? Kepada yang cukup umur dan berfikiran terbuka sahaja. Please only 18+ readers 18 Author: Missdiendra © All Rights Reserved
Update 06 December 2024
2024-01-20
bila nk updateeee...rindu kat Isa ni hasya
2023-05-24
tq update
2023-03-09
update terus best cerita nii