BAB 6

Romance Completed 14741

Dadaku berdebar kencang selepas tengok kelibat di depan mata aku. Laju sangat debaran yang aku rasa saat ini. Demi tak mahu terserempak dengan dia. aku bergegas masuk ke sebuah kedai runcit. Mujurlah Ika awal-awal lagi dah balik ke rumah.

Aku pandang skrin telefon. Aku rasa nak telefon dia. Tapi niatku terbantut saat melihat dia bersama dengan seorang perempuan. Hatiku berdebar lagi. Tambahan pula mereka baru keluar daripada butik pengantin.

Siapa tu? kakak dia? adik dia? or kawan dia? Arh! Apa aku mengarut ni. Apa kata aku pergi tanya dia? Tapi aku tak berani. Haish! Or dia nak berkahwin? Arh!

Belum sempat aku nak beredar, telefon bimbitku berbunyi. Tak mahu dia perasan aku pantas menjawab panggilan tersebut. Tetapi mata aku tetap terpaku pada pasangan itu.

“ Helo.”

“ Kau kat mana? Aku ingat kau dah balik. aku ada dekat rumah kau ni.”

Aku tersenyum tawar. Ya Allah. Jangan benarkan aku bersangka buruk. Maybe tu adik-beradik dia or kawan dia. Tak baik aku menuduh melulu tanpa tanya dahulu. Baik aku tanya dia nanti. Sabar ok hati. Jangan gara-gara ini hubungan yang mula baik ni terputus balik.

“ Aku on the way. Bye.”

Terus aku meletakkan panggilan. Dan gara-gara rasa ingin tahu membuak-buak, aku bergegas ke arah mereka. Arh! Nak buat macam dalam drama lah. Lari-lari dan buat-buat terlanggar. Haha. Poyo!

“ Ouch!”

“ Oh! Sorry. Saya tak sengaja.”

Aku buat-buat rasa bersalah dan tunduk memandang lantai. aku tak ingin nak langgar dia tapi aku teringin nak langgar perempuan tu. arh! Biarlah orang nak kata apa.

“ Lain kali jalan tengok depan.” Okay. Suara tu kedengaran lembut pada pendengaran aku.

Malas asyik tunduk, aku akhirnya mendongakkan kepala melihat dua insan tersebut. Yes! Seperti yang aku jangka, dia terkejut tengok aku tapi aku tidak. Aku siap berikan senyuman manis lagi.

“ Maaf sekali lagi. Saya Aisyah.”

“ Tak apa. Saya Syafinaz. Lain kali hati-hati tau.”

Aku hanya mengangguk dan tanpa berlengah aku terus berlalu. Arh! Aku terasa hati pula dengan tindakan dia. dia langsung tak berbuat apa-apa malah memanggil namaku pun tidak. Arh! Maybe benar perempuan tu buah hati dia or bakal isteri? Arh! Sabarlah hati. Kau bukannya girlfriend dia kan? kawan je. lainlah kau bakal isteri dia. so sakit ke tak ke sabar je kay.

“ Aisyah!”

Langkahku terhenti serta-merta. Suara itu suara dia. Tapi langkahku terhenti sebab kelibat di depan aku ni.

“ Lokman?”

“ Aisyah?”

Dan dadaku semakin berdebar-debar melihat dia yang mula melangkah ke arah kami berdua. Ya Allah. Apa ni? Apa yang sedang berlaku ni?

“ Apa khabar? Sihat?”

“ Alhamdulillah sihat. Maaflah. Saya terburu-buru ni. Harap lepas ni kita dapat jumpa lagi. Saya pergi dulu.”

“ InsyaAllah.”

Tanpa berlengah, aku terus berlalu pergi. Aku toleh seketika ke belakang. Dan dua-dua insan itu sedang melihat aku. Arh Amie! Kalau benar kau sayang aku kau akan kejar aku. Tapi ternyata tak. Aku tak nak salah sangka. Tapi dengan sikap kau dan perempuan tu. Arh! Kau tipu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience