BAB 9

Romance Completed 14741

“ Yes. Saya nak kahwin.”

Aku memandang dia dengan perasaan sedih. Ya Allah. Jadi betul tekaan aku selama ini?

“ But why you?”

Aku dah tak mampu untuk terus bertanya. Hati aku sakit. Aku terus toleh ke arah lain.

“ Because I love that girl.”

Aku menggigit bibir.

“ Puas hati awak? Tipu saya selama ni? kalau betul nak kahwin kenapa tipu perasaan saya? Awak dah hancurkan hati saya. Puas hati awak?”

Aku terus turun daripada katil dan berdiri sebelah dia. tapi tak pula aku toleh ke arah dia. sakit hati.

“ Lepas ni. jangan cari saya lagi. Saya benci awak.”

Tanpa berlengah, aku terus keluar daripada bilik tersebut. Aku tersentak sebaik sahaja melihat kelibat Ika dan Lokman.

“ Eh? Kau nak ke mana? Kau belum boleh keluar la?” Ika menahan aku.

“ Biar aku mati je Ika. Biar aku mati!”

Air mataku laju mengalir. Ika terus memeluk aku.

“ Ya Allah. Istighfar Aisyah. Kau ni kenapa?”

Aku terus hamburkan tangis aku dalam pelukan dia.

“ Dia tipu aku. dia nak kahwin dengan perempuan lain. Kalau betul dia sayangkan perempuan tu kenapa mesti tipu aku dengan cakap cintakan aku? kenapa?”

Ika meleraikan pelukan.

“ Serius dia cakap macam tu?”

“ Dahlah. Aku nak pergi. Jangan cari aku.”

“ Tapi kau belum sembuh.”

Aku tersenyum hambar.

“ Semua dah tak peduli fasal aku. aku sakit ke sihat ke. Tak ada maknanya lagi. Tolong biar aku pergi. Aku nak bertenang.”

Tanpa sempat mereka berdua menghalang, aku terus berlari meninggalkan wad tersebut. Aku menuju ke taman hospital. Ada saja bangku kosong. Aku terus duduk di situ. Seriously. Hati aku lebih sakit daripada perut aku ni.

Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni Amie? Kenapa? Kau tipu perasaan aku. Aku dah terlanjur mencintai kau tahu tak? Argh! Semua lelaki tak boleh dipercayai.

“ Awak.”

Aku tersentak saat ditegur suara itu. tapi aku terus berdiri tanda mahu pergi daripada dia.

“ Awak!” dia terus merentap tangan aku kasar.

“ Lepaskan aku!”

Aku terus merentap tangan aku kembali.

“ Awak. ada sesuatu yang belum awak tahu. Saya tak habis lagi bagi penjelasan.”

“ Penjelasan tentang apa? perkahwinan kau? Hey! Peduli apa aku. kau dah tipu perasaan aku. sekarang kau nak jelaskan apa lagi? Tadi pun kau cakap kau sayangkan perempuan tu. aku nak kata apa lagi?”

Yes. Aku memang dah tak boleh bersabar dengan dia. aku benci dia! tapi hakikatnya hati aku sayang dia.

“ Awak.. jangan buat macam ni. sedih saya awak.”

Aku tersenyum sinis.

“ Ingat kau je sedih? Aku dua kali ganda sedih. Aku bodoh sebab terlalu mempercayai kau. Sebab dah jatuh cinta dekat kau dalam diam. Tapi akhirnya jadi macam ni. okay aku faham. Jodoh tak boleh dipaksa. Okay. Aku redha. Dan tolong jangan ganggu aku lagi. Jangan buat aku bertambah benci dekat kau.”

Terus aku beredar daripada situ. Hati aku perit sangat. Perit.

“ Saya cintakan awak Aisyah! Bukan orang lain!”

Tiba-tiba dia berdiri tepat di hadapan aku. Perut aku pula secara tiba-tiba sakit kembali. Aku cuba tahan. Aku tak nak lemah di depan dia. jadi aku berpaut pada dinding.

“ Penipu! Pergi!”

Pandangan aku sudah menjadi kabur.

“ Awak?”

Aku menelan air liur. Arh! Kau tak boleh lemah Aisyah!

“ Just go!”

Belum sempat aku nak melangkah, ada seseorang terlebih dahulu memaut bahuku. Aku tersentak. Dia juga tersentak.

“ Jangan paksa diri tu kalau tak boleh.”

“ Awak!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience