BAB 13

Romance Completed 14741

“ Sayang!”

Aku tersengih. Aku pandang muka dia yang cemberut tu.

“ Mana handphone abang?”

“ Tak ada. Saya tak tahu. Abang yang simpan kan?”

Aku terpaksa sembunyikan phone dia. sebab apa? sebab masa cuti pun still sibuk dengan phone. Tahulah diri tu dah habis belajar dan tengah praktikal. Aku je masih setahun lagi. Rasa dipinggirkan tahu tak? Huhu.

“ Jangan tipu abang.”

Dia makin mendekat dan mendekat. Serta-merta jantungku berdebar. Aku terteguk air liur saat melihat renungan mata dia. Aduhai!

“ Siapa suruh abang leka sangat dengan phone tu? masa cuti pun still sibuk dengan phone. Abang tahu tak saya terabai? Saya terasa tau tak.” Luahku dengan perasaan sedih.

Aku tersandar pada dinding. Okay. Aku dah tak ada tempat nak lari lagi.

“ I am so sorry.”

Dia terus memeluk ku erat. Aku tersenyum.

“ dah lah. Merajuklah dengan abang. Nak pergi tidur lah.”

Aku bergegas lari daripada pelukan dia dan masuk ke dalam bilik. Mujurlah cuti sem kali ni panjang. Dia tu je cuti sabtu dan ahad je. Huhu. Baru sebulan berkahwin. Terpaksa terima yang dia dah praktikal. Sabar je lah.

“ Sayang?”

Aku dah berbaring atas katil lalu memejamkan mata. Merajuk ni merajuk! Huh! Pujuk cepat!

“ Abang minta maaf. Janganlah macam ni.”

Terasa kucupan pada dahiku. Tapi aku still tak bereaksi. Malas!

“ Okay. Abang salah. Siapalah abang kan? abang buat semua ni demi family kita sayang. Nanti bila dah ada anak, abang nak anak kita bahagia. Abang minta maaf sebab abaikan sayang.”

Aku terasa sebak tiba-tiba. Ya Allah. Adakah aku isteri yang kejam? Dia berusaha demi aku. demi kebahagian keluarga ni. tapi aku? langsung tak faham dia. Aku kejam.

Aku pantas membuka mata dan melihat dia yang sedang merenung aku tu. aku mula bangun duduk.

“ Saya minta maaf.”

Terus aku peluk dia dengan tangisan.

“ Jangan nangis sayang. Sayang tak salah. Abang yang salah. Tekun sangat kerja.”

“ Tak. Saya salah. Saya tak faham abang. Sedangkan abang buat semua ni demi family kita. Sorry abang. Saya janji lepas ni saya takkan buat macam ni lagi.”

Aku leraikan pelukan dan memberikan dia senyuman manis.

“ Janji?”

“ InsyaAllah.”

“ Kalau macam tu nak hadiah.”

“ Hadiah? Apa?”

Aku toleh kiri dan kanan. Apa hadiah yang boleh aku bagi dekat dia? Hmm.

“ Nak sayanglah!”

“ Argh!” Aku menjerit tanda terkejut. Tiba-tiba angkat aku. mahu tak terkejut.

“ Turunkan saya. Cepat!”

“ Tak nak.”

“ Kalau tak nak saya gigit abang.”

“ Uish! Garangnya. Isteri siapa ni.”

Aku menjeling geram tengok sengihan dia.

“ Dah sampai.”

Aik? Aku tak sedar pula dia bawa aku ke belakang rumah.

“ Sayang ingat tak. Dulu abang marah sangat bila sayang tulis sebuah cerpen mengenai kita dan gunakan abang.”

“ Of coursela ingat. Kenapa?”

“ Masa tu. Masa sayang merajuk tu. abang terfikir balik. perlu ke abang marah sedangkan sayang ikhlas. Sayang nak abang faham kan? abang je cepat sensitif. Sepatutnya abang faham niat baik sayang tu. abang tak gentle langsung kan masa tu?”

Aku tersenyum. tahu pun.

“ Abang rasa menyesal sangat masa tu. tapi sekarang sayang dah jadi milik abang. Abang bersyukur.”

Dia turunkan aku dengan cermat. Aku peluk lengan dia sambil melihat pemandangan luar.

“ saya sayangkan abang sangat-sangat. Ingat tau.”

“ Abang akan ingat sampai mati. Thanks honey.”

Akhirnya, dia hadiahkan kucupan pada dahiku. Ya Allah. Terima kasih untuk segala-galanya.

Keikhlasan hati dan kesucian cintamu yang membuat diriku yang ‘buta’ akhirnya nampak bahawa derita takkan berpanjangan dan kebahagiaan bila-bila saja terlepas di genggaman tangan andai kita lalai dan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan kita.

Jangan berpaling dari cinta yang ikhlas, jangan berpaling lagi dari ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience