BAB 2

Romance Completed 14741

Aku berlari sekuat hati mengikut lorong-lorong taman itu. tanpa mempedulikan sesiapapun yang tengah melihat. Aku rasa puas. Aku rasa nak menjerit je saat ini. Tapi itu akan lebih memalukan. So biarlah aku lari sampai aku rasa penat. Hampir 5 pusingan juga aku buat. Selalu orang berjoging. Tapi aku? huh! Berlari dengan sekuat hati pula tu. tak penat ke? Tak sebab hati aku yang lebih penat sekarang ni.

Selesai 5 pusingan aku buat. Aku berhenti seketika menarik nafas. Aku menoleh sekeliling. Semua orang nampak bahagia. Macam tiada masalah yang menimpa mereka. Anak-anak kecil juga kelihatan sangat seronok. Alangkah bahagianya menjadi kanak-kanak. Tak perlulah berhadapan dengan semua masalah ini.

Ya Allah. Lepas satu masalah, satu masalah lagi yang datang. Kalau masalah sebelum ni dah selesai ok. Tapi masalahnya belum. Adakah Engkau benar-benar nak menguji aku? Aku tak kuat Ya Allah.

Lepas membuang lelah, aku kembali berjoging. Tiada rasa nak pulang ke rumah lagi. Menyesakkan dada je balik ke rumah. Aku rasa macam nak lari duduk dekat satu tempat yang tiada orang tahu.

“ Akak!”

Aku tersentak apabila secara tiba-tiba ada sebuah bola menghala ke arahku. Mujur aku sempat mengelak. Fuh!

“ Maafkan saya kak. Saya tak sengaja.”

Aku tersenyum nipis. Aku mengusap kepalanya.

“ Tak apa. kamu tak sengaja. Nah. Lain kali hati-hati ye.”

Aku hanya tersenyum melihat dia pergi. Adakah aku berkesempatan mempunyai anak? Arh! Berangan je lebih kau ni Aisyah.

Arh! Rasa malas pula nak sambung lari. Akhirnya aku ambil keputusan duduk di kerusi kosong dengan seribu perasaan yang bertandang dalam hati ni. Aku tunduk pandang kaki. Aku berfikir sejenak.

Bila fikir balik apa yang berlaku dua hari lepas. Aku kesal. Maybe benar salah aku juga. Aku juga bodoh. Sudah tentulah dia malu. Cuba aku jadi dia? Dan tiba-tiba nama dia termasuk dalam cerita tu. Mestilah dia malu. Tapi niat aku baik. Aku just nak luahkan apa yang aku rasa. Aku tak sengaja nak guna nama dia dalam kisah tu. Just.. Arh! Benci!

Tapi takkan perkara macam tu pun nak sensitif. Lagipun aku dah delete. Delete segala-galanya. Arh! Orang memang takkan faham perasaan aku walaupun aku dah cuba faham perasaan mereka. Ya. Maybe benar, tiada orang yang mampu faham perasaan aku selain Allah. Allah lebih tahu dan faham apa yang aku rasa.

“ Aisyah.”

Aku tersentak saat mendengar suara garau itu. Tapi tak pula aku nak menoleh ke arahnya. Aku just berdiam diri memandang keletah kanak-kanak.

“ Jom balik. Dah nak dekat maghrib ni.”

Aku tersenyum sinis.

“ Bukan awak dah bencikan saya ke? Ye lah. Siapalah saya kan? sampai benda kecik tu pun awak marah dan salahkan saya sepenuhnya. Dahlah. Pergilah sana. Saya penat. Nak berehat kejap. Rasanya saya dah tak berguna lagi untuk awak. Awak pun mesti dah fed up dengan saya kan? Yela. Lepas satu, satu masalah yang timbul. Salah saya juga. Kan?”

Terdengar deruan nafas lembut di sisiku. Tapi aku tak mahu menoleh ke arahnya. Aku rasa bersalah dan benci. Rasa berkecamuk. Rasa nak pergi jauh dari sini. Rasa malas nak cakap dengan siapa-siapa.

“ Saya sayangkan awak. saya minta maaf.”

“ Mudahnya. Dah salah terus minta maaf. Okay. Betul. Dalam hal ni saya salah. Tapi tak perlulah sensitif sangat. Niat saya baik. Nak awak faham. Tu je. tapi tak sangka awak dapat tahu. Dan.. awak pun salah dalam hal ni. arh! Malas saya nak ungkit. Nanti ada orang tu lagi merajuk dan marah saya balik. Saya balik dulu.”

Terus aku bangun dan ingin beredar daripada situ.

“ Saya minta maaf. Saya yang terlalu sensitif sangat. Awak macam tak tahu saya ni macam mana.”

Langkahku terhenti. Aku tersenyum sepi. Aku tahu sangat siapa dia. Aku tahu sangat dia macam mana. Rasa nak hempuk je kepala dia tadi. Tapi tak sampai hati. Arh! Hati kau ni Aisyah. Masih sayangkan dia?

“ Saya minta maaf. Saya salah juga dalam hal ni.”

“ Tak apalah. Memang saya yang salah. Semua orang salahkan saya. Nak kata apa lagi?”

“ Tapi saya jujur ni. Saya benar-benar rasa bersalah. Saya masih sayangkan awak. awak tu je yang tak nak percaya.”

Aku rasa geli hati pula tengok reaksi muka dia macam tu.

“ Bukan tak nak percaya tapi ragu-ragu. Awak tahu kan saya macam mana? Tambah-tambah selepas hal ni terjadi. Saya rasa awak asyik cari kesalahan saya je. sedangkan awak? Awak langsung tak sedar salah awak. awak! saya terasa tau kadang-kadang tu. Cuma saya tak tunjuk je. “

Aku mengetap bibir kuat. Dia merenung aku dengan renungan yang redup. Arh! Dia mula buat hati aku cair balik.

“ Aisyah..”

“ Enough Amie. Enough!”

Tanpa berlengah, aku terus beredar daripada situ sebelum aku betul-betul kalah di depan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience