BAB 4

Romance Completed 14741

“ Awak! Saya benci awak!”

Aku pandang skrin telefon tanpa perasaan. Selepas dengar dia cakap macam tu. Aku terus letak panggilan. Kalau benci kenapa call? Kalau benci kenapa message aku? Kenapa? Kalau dah benci kenapa still cari aku?

Aku tumbuk dadaku sekuat hati. Jangan menangis. Jangan! Kau kuat Aisyah. Kau kuat!

“ Aisyah! Ada orang telefon ni.”

Aku melihat skrin telefon aku. Tiada panggilan masuk. Ni mesti laki tu. Arh!

“ Cakap kat dia Aisyah tidur.”

Tiba-tiba telefon aku berdering kembali. Sudah tentu dia. Dengan geramnya aku jawab panggilannya.

“ Nak apa? kalau dah benci kenapa call saya? Stop cari saya kalau macam tu!”

Baru saja aku nak letakkan semula panggilan. Dia memanggil namaku lembut.

“ Tak. Saya tak pernah benci awak. Malah saya sayangkan awak. Maksud saya tadi saya cintakan awak sangat-sangat. That why saya saya cakap macam tu. I am so sorry.”

Aku tersenyum sinis.

“ Saya pun benci awak! Awak annoying!”

“ Yes. Saya tahu. Tapi ini juga orang yang awak sayang dalam diam kan?”

“ Saya benci awak! Awak jahat!”

“ Yes. Saya jahat sebab curi hati awak.”

“ Saya benci awak! Awak.”

“ Because you love me.”

Dan aku terus terdiam. Tanpa dipinta, bibirku mengukirkan senyuman. Air mataku yang hampir menitis aku seka. Ya Allah. Kenapa dia buat aku macam ni?

“ Aisyah. Please. Talk to me. Tell me that you love me. I know Aisyah. I know.”

Aku mengetap bibir.

“ Nop. Saya benci awak. fullstop!”

Dan aku terus letakkan panggilan. Tapi aku masih mengukirkan senyuman. Okay. Ni gila namanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience