BAB 10

Romance Completed 14741

Aku pandang mereka berdua silih berganti. Kemudian aku toleh pula ke arah Ika dan Lokman. Mereka pun terkejut dengan kemunculan Adha. Tiba-tiba ja muncul.

“ Dah lama ke kau kat Malaysia ni Adha?” Soal Ika.

“ Baru dua hari. Kenapa dengan awak Aisyah?”

Aku tunduk memandang lantai. tak mampu untuk bertentang mata dengan dia.

“ Dia gastrik. Kau buat apa dekat sini?”

“ Aku datang lawat kawan aku. tapi tak sangka aku terserempak dengan dia.”

Aku tengok Amie. Dia hanya mendiamkan diri daripada tadi. Kenapa dia still ada dekat sini?

“ Btw.. you Syazmie right?”

Amie kelihatan terkejut selepas ditegur Adha.

“ Yes.”

“ Maybe you should know something.”

Aku dan Ika saling berpandangan. Adha sukar untuk diramal. Dia lain daripada yang lain.

“ Dulu aku dan Aisyah kawan rapat. Semenjak tingkatan 1 lagi. Tapi hubungan kami putus sebaik sahaja aku pindah masa aku tingkatan 3. And masa tu juga aku luahkan perasaan aku dekat dia. Malangnya, dia hanya anggap aku tak lebih daripada seorang kawan.”

Aku dan Ika tersentak. Ya Allah. Kenapa dia perlu cerita semua kenangan lama tu?

“ Yes. Siapa yang tak sedih kan? Tapi aku cekalkan hati dan sampai ke saat ini, jujur aku masih sayangkan dia. kau tahu tak? Hati dia sukar untuk dicuri. Hati dia keras. Tapi dia baik. Dia suka ketawa. Dia suka cari fasal. Dia menjadi diri dia yang sebenar. Dia lain daripada yang lain.”

Seketika Adha pandang aku. itu buatkan aku malu seketika.

“ Tapi aku tau. Hati dia dah cintakan seseorang. Kalau sekali dia jatuh cinta. Selamanya dia akan cintakan lelaki itu.”

Aku menggenggam tangan aku sekuat hati. Aku rasa nak nangis. Ya Allah. Adha terlalu baik. Kenapa hati aku langsung tak terpaut pada dia? maybe sikap dia macam seorang abang buat aku.

“ Kau la lelaki tu. aku tahu aku tak patut cakap macam ni. tapi kau kejam dan tak berperikemanusiaan kalau kau tinggalkan perempuan sebaik dia. aku takkan teragak-agak rampas dia semula kalau kau still lembap macam ni.”

Aku terteguk air liur. Aku memandang Amie sekilas. Tajam dia merenung aku.

“ Tak. Aku takkan tinggalkan dia. itu janji aku dari dulu lagi.”

Adha tersenyum senang. Dia menepuk bahu Amie perlahan.

“ Bagus. Aku harap kau dapat bahagiakan dia. Dia terlalu berharga tau tak. Rugi kalau kau lepaskan dia.”

Dia melangkah ke arah ku pula.

“ Aisyah. Saya minta maaf tapi saya sayangkan awak tau. As brother. Hehe.”

Aku tersenyum kecil. adha..Adha.

“ Yelah. Saya tahulah. Thanks Adha. You help me a lot.”

“ Sure. Because you my girl. Hehe.”

Aku memandang Amie. Okay! Nampak nada jealous dia dekat situ. Biar. Siapa suruh dia sakitkan hati aku sebelum ni. baru puas hati dia.

“ Okaylah. Aku gerak dulu. Awak.. maybe lepas ni kita susah nak jumpa. Harap awak baik-baik saja. And kau…”

Dia menoleh memandang Amie pula.

“ Take care of her. Don’t make her cry anymore.”

Lagak dia persis seorang abang. Aku tersenyum lagi. Thanks Adha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience