Completed
6610
Bermula dengan tiga helai kain yang Lina mintak aku jahitkan ia agar menjadi gaun pengantin yang cantik dan menawan, kini menjadi bermeter-meter kain yang pelbagai warna dan kombinasi kain lace yang Lina hantar ke kedaiku. Dengan setiap kain adalah dengan rekaan yang berbeza.
“Baju coklat ni aku nak kau buat macam ni..” ditunjuk gambar baju pengantin yang dipakai oleh entah model mana kepadaku dan meminta aku menjahit kain itu sama seperti gambar di dalam ipadnya, atau kalau tak dapat sebiji-sebiji serupa, lebih kurang serupa pun boleh..
“Untuk songket pula aku tak mahu macam songket yang biasa orang pakai baju kebaya tu je, aku nak buat songket moden. Kau tambah lah bunga-bunga kat badan dia, pastu buat dress tau. Baru glamour pakai songket tapi ala-ala dress… kelasss kau jah!”
“Songket moden? Design sama dengan baju coklat ni ke?” Soalku, sekadar untuk kepastian.
Sampai songket pun nak dimodenkan?. Memang kelaslah kau Lina, semua benda nak yang up to date aje, upah pun kena yang up-to-datelah macam ni.
“Design… ha’ah, buatlah sama pattern tapi nanti bunga-bunga kat badan dia janganlah kau bagi duduk kat tempat yang sama jugak, ubah-ubah la sikit bagi nampak lain sikit..”
“Iya aku taulah. Kau tak payah nak mempertikaikan kretiviti aku sebagai tukang jahit, aku taulah macammana aku nak buat nanti. Lagi? Baju mana pulak?”
“Iyalah, aku cakap aje, bila masa aku pertikaikan kretiviti kau… eh, cakap pasal kretiviti, nak tau baju biru yang kau jahit hati tu customer aku suka gila, wedding dia bulan depan dia nak pakai baju tu.”
“Iya? Tema dia apa? Biru merah?” Soalku, lebih kepada memerli Lina.
“Biru merah apanya pulak.. biru pinklah. Dia dah tempah nak ambil full package dengan aku.”
Oh.. biru pink? Nasib baik biru dan merah jambu itu adalah satu gabungan yang sudah biasa digunakan, so taklah terlalu janggal bila membayangkan kombinasi kedua warna itu.
“Baju warna biru pelamin warna pink ke?” Soalku, berminat ingin tahu bagaimana Lina mahu memadankan kedua-dua warna itu.
“Baju dah tentulah biru, pelamin je aku ingat nanti nak gabungkan dua-dua warna tu, pelamin, bunga dengan bantal campur dua-dua warna. Tapi mungkin nak lebihkan warna pink bagi naik sikit warna baju yang diorang pakai, kalau tak tenggelam pulak pengantin karang.”
Membincangkan topik ini tiba-tiba aku mula berminat untuk berkongsi perkahwinan impian aku pada Lina.
“Kalau aku, aku teringin nak buat warna putih je. Orang panggil off white kan? Pastu buat kat taman, pasang khemah dengan kain latar putih, yang berwarna pun bunga-bunga je, waaaa.. mesti smart kan? Kan?” aku dah tersengih-sengih memandang Lina dengan mata yang bercahaya.
Kalaulah impian betul-betul jadi kenyataan.. haish alangkah indahnya.
“Ha’ah, lepas tu buat tak tepi tasik, angin bertiup kencang, habis terbang semua nanti, lagi haru bila tiba-tiba hujan pulak turun… oh, alangkah indahnya pengantin bersanding dalam hujan..”
Hilang mataku yang bercahaya tadi bila mendengar sumpahan yang Lina lemparkan dalam angan-anganku tadi.
“Eeee.. kau ni boleh tak sekali sekala jangan rosakkan angan-angan aku? Cubalah cakap yang hari itu cuaca sangat redup dan baik, hujan tak turun, angin tak bertiup kencang sehingga menerbangkan segala benda yang ringan dan aku bersanding dalam majlis ringkas dalam gaun warna putih dan segalanya berjalan dengan lancar. End of story! Kan?”
“Masalahnya memandangkan kau tinggal kat Malaysia yang cuacanya tak menentu, nak tak nak kau kena fikir jugak tentang keberangkalian hujan atau panas ni semua.. satu lagi, kalau pakai baju warna putih, buat kat taman.. tak ke baju kau akan jadi lebih cepat kotor?”
Dan sekali lagi Lina menyuntikkan racun dalam impian perkahwinanku.
“Ok, malas nak fikir.. next! Baju kau yang lain tu nak fesyen macam mana pulak?” Aku menukar topik. Aku takkan biarkan Lina terus memusnahkan impian perkahwinanku dengan idea dan kebarangkalian dia tentang struktur tanah dan lokasi taman bunga pula.
Share this novel