BAB 5

Romantic Comedy Completed 6610

“Tett.. tet.. tett..tet..” Tidur aku terganggu dengan bunyi isyarat mesej yang datang dari telefon bimbit yang aku letak di bawah bantal.

Rasanya dah lama tidur aku tak diganggu dengan bunyi telefon berbunyi kecuali pada pukul enam pagi pada tiap-tiap hari kerana jam loceng yang aku setkan supaya berbunyi untuk mengejutkan aku solat subuh.

Dengan mata yang tak berapa nak terbuka, aku buka peti simpanan mesej dan membaca nota ringkas yang tertera di skrin.

“Hai Nida! Dah tidur ke?”

Aku gosok mata berkali-kali dan cuba membaca pesanan ringkas itu kembali untuk memastikan yang aku tak tersalah baca. Betul! Mesej itu ditujukan untuk aku cuma datangnya dari nombor yang tidak aku kenali.

Antara untuk membiarkan saja mesej itu dan sambung tidur, naluri aku lebih kuat untuk membalas mesej itu dan mencari tau siapakah gerangan si manusia yang menghantar soalan-tak-matang ini kepadaku

“Dah tidur ke?” jam menunjukkan ke angka satu pagi, memang dah sah-sah la manusia normal yang bekerja keesokkan harinya sudah tidur. Apalah..

“Sorry, saya tak kenal nombor awak. Siapa ni?” Soalku.

Beberapa minit kemudian telefon bimbitku kembali berbunyi. Datangnya dari nombor yang sama. Cepat betul dia membalas mesejku.

“Memang awak tak kenal nombor saya, kita baru nak berkenalan. Btw, nama saya Hashim. Selamat berkenalan!”

Seorang lelaki yang entah dari mana datangnya tiba-tiba kata nak berkenalan dengan aku pada pukul satu pagi? Manusia manalah yang menjual nombor aku ni..

“Sorry, tapi saya tak kenal awak dan tak pernah terfikir nak berkenalan dengan mana-mana lelaki termasuk awak yang bernama Hashim. Dari mana awak dapat nombor saya?”

Aku tak ada masa nak terus-terusan bermain teka-teki dan melayan lelaki ini lalu mengorbankan masa tidurku. Dahlah aku sendiri pun dah kurang masa berehat, takkan masa tidurku pun masih ada yang mahu curi?

“Oh.. tapi ada seorang kawan tu cakap kat saya yang awak nak cari teman lelaki. Kebetulan saya pun sedang cari calon isteri sebab tu saya hubungi awak.”

Sekarang aku betul-betul dah ternganga seluas-luas yang ada. Bila masa aku pernah cakap pada sesiapa yang aku mahu cari teman lelaki ni? Pada adik beradikku?

Diorang sendiri sedia maklum akan prinsipku yang tak suka dikenen-kenenkan dengan mana-mana lelaki. Pada sepupu-sepapatku? Tak pernah dan tak akan pernah! Habis? Siapa punya kerja?

“Siapa nama kawan awak tu?”

Soalku terus kepada si Hashim ini. Tak sanggup untuk terus berteka teki lagi.

“Lina…” Balasnya.

Lina? Dan fikiran aku serta merta terus teringatkan perbualan kami beberapa hari lepas dan bagaimana Lina tersenyum bila mengetahui yang aku tak ada teman lelaki dan… sekarang aku faham kenapa Lina tersenyum begitu.

Ini rupanya agenda dia ya…

Dan selepas itu aku langsung tak membalas pesanan si Hashim tu sebaliknya terus sambung tidur. Aku berharap yang Lina akan datang ke kedaiku esok jadi bolehlah aku terjah dia habis-habisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience