BAB 11

Romantic Comedy Completed 6610

“Ada si Hashim tu mesej kau lagi?” soal Lina.

Hari itu dia datang bukan untuk melihat perkembangan terkini baju-bajunya tapi dia cuma mahu bertanyakan perkembangan terkini diantara aku dan si Hashim itu.

Aku menggeleng. Sejak aku bertemu Haris aku langsung tak teringat langsung tentang Hashim dan aku tak peduli samada dia mesej aku ataupun tidak.

“Aku dah cakap kat abang aku.. tapi aku tak taulah pula apa yang Hashim tu cakap balik pasal kau..” kata Lina lagi.

“Dia nak cakap apa pun, bukannya kitorang ada apa-apa. Kalau aku tolak dia sekalipun apa dia nak buat? Hakikatnya kami memang tak ada apa-apa hubungan ataupun kaitan kalau bukan disebabkan oleh kau, kan?” sengaja aku berkata begitu untuk mengenakan Lina. Jadi lain kali dia perlu beringat yang bukan semua orang suka blind date!.

“Alah.. niat aku baik apa, aku cuma nak tolong kau.. manalah aku tau yang kau tak suka cara macam ni..” rungut Lina perlahan.

“Alah kak Lina, kak Nida dah tak pandang lelaki lain dah, dalam kepala dia tu ada sorang je yang dia ingat..” Nik mula mengusik aku.

Aku pandang Nik sambil ketap bibir. Kenapalah Nik ni suka bocorkan rahsia aku…

“Hah? Siapa? Siapa? Kata tak ada pak we?”

“Memanglah tak ada pak we, tapi ni pak we baru jumpa..” balas Nik.

“Nik Zaihasra…” aku memanggil Nik dengan nama penuhnya.

“Pak we baru jumpa? Ohhh.. patutlah tak nak pada si Hashim tu, rupanya dah ada yang bertakhta di hati..”

“Tak payah nak bertakhta di hati sangatlah, bolehkan…”

“So, siapa lelaki tu? Dah ada rasa yang dialah lelaki yang kau mahu pilih tema warna baju pengantin sama-sama, pilih konsep perkahwinan sama, dah yakin yang dialah design manik yang kau takkan tanggal lagi?” soal Lina.

Aku jadi keliru untuk menafsirkan maksud soalan dia samada dia memerli atau dia memang ‘memahami’ apa yang aku cari selama ni?.

“Aku tak taulah, tapi yang pasti bila aku tengok dia, aku rasa macam manik-manik cinta tu bersinar-sinar… sampai silau mata!” balasku separuh jenaka.

“Manik-manik cinta la pulak.. apa-apa pun yang penting, kalau nak kahwin jangan lupa cari aku, biar aku yang uruskan wedding kau.”

“Diskaun mesti ada aa..” usikku.

“Pasti..”

****

“Dah lama menjahit?” Soal Haris.

Ketika itu kami sedang duduk di kedai makan mak cik Kama yang tak jauh dari barisan kedaiku. Aku sedar yang kerja-kerjaku di kedai masih bertimbun tapi kalau nak tunggu sehingga semua kerja-kerja aku selesai memang entah bilalah baru aku ada peluang nak keluar minum dengan Haris, jadi pelawaannya pada hari ini tidak aku tolak sebaliknya aku terima dengan hati yang terbuka.

“Lama jugaklah, dah hampir lapan tahun..”

“Wow! Lama juga tu. Minat menjahit ke?” Soalnya.

Aku tergelak lalu menggeleng. “Dulu mak yang suruh, lepas tu bila dah masuk dalam bidang ni takkan nak berhenti terus kan, so teruskan jelah. Lama-lama pun datang minat dan sampailah sekarang, dah ada kedai sendiri.”

Haris terangguk-angguk. Aku nampak ada reaksi kagum pada reaksi mukanya.

“Awak.. kerja apa?”

“Saya kerja biasa-biasa je.. berniaga jugak, tapi jual hardware komputer. Oh, kalau awak nak tau mak saya tukang jahit juga, kadang-kadang kalau bosan saya tolong mak saya menjahit.” Cerita Haris dengan sengihan yang menampakkan giginya.

“Oh.. ye ke?” aku terkelu. Patutlah cara dia macam faham je dengan dunia seorang tukang jahit.

Dia mengangguk. “Mak mertua mesti sayangkan awak kalau awak kahwin nanti”

“Kenapa pula?”

“Sebab golongan emak-emak ni suka kalau perempuan pandai menjahit, sayangnya adik perempuan saya tu tak minat menjahit..”

Aku tersenyum cuma.

“Tambah-tambah lagi kalau mak mertua awak tu si tukang jahit juga…” dan ayat terakhir yang keluar dari mulut Haris itu kedengaran perlahan tapi jelas di telingaku.

Jantung aku berdegup lagi. Dup, dap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience