Completed
6610
Satu, kalau aku terima adalah kerana dia cuma menghulurkan salam perkenalan dan pakaian dia bukanlah sesuatu yang perlu aku ambil peduli.
Dua, kalau aku menolak. Mungkin kerana waktu itu aku seorang mata duitan ataupun sesuatu seperti itu.
Tapi sekurang-kurangnya aku masih boleh membuat keputusan yang rasional pada saat si lelaki comot itu menghulurkan salam perkenalan. Menerima atau menolak? Tapi kalau suara sahaja yang menghulurkan salam perkenalan… aku mungkin sedang membuat keputusan yang separuh-separuh macam
“alah, layan jelah. Bukan kenal pun. Entah-entah encemmm..” kalau betul-betul sedap mata aku memandang tak apalah lagi, cuba kalau si dia tak menepati kriteria yang aku harapkan? Kan ke dah timbul masalah kat situ.
“Assalamualaikum…” Lina muncul di muka pintu kedaiku semasa aku sangat-sangat ternanti-nantikan kedatangan dia.
“Lina!” jeritku.
“Apa? Aku baru masuk kau dah pandang aku macam nak dibaham tu kenapa?” soal Lina dengan dahi berkerutnya sambil menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Kedududkan kami cuma dipisahkan dengan sebuah mesin jahit elektrik.
“Apa yang kau dah buat pada aku?” Soalku, sengaja ingin berkias dengannya. Nak lihat samada dia akan mengaku atau buat-buat tak tahu?
“Buat apa babe? Suruh kau jahitkan baju pengantin untuk butik aku banyak-banyak? Alah, bukannya aku tak bayar.. nanti dah siap baju kau jahit aku bayarlah babe, jangan risaulah!”
Aku memandang Lina tajam-tajam. Ini sengaja buat-buat tak tau ke apa ni?
“Apa? Betullah, apa lagi yang aku dah buat kat kau selain tambahkan kerja-kerja kau sampai kau terpaksa tidur kat meja mesin jahit? Nik.. apa aku dah buat?” Soal Lina kepada Nik.
“Entah.. tak nak masuk campur..” balas Nik sambil menjahit baju kurung pahang.
“Qila!” Lina beralih memandang Qila, mengharapkan pertolongan darinya pula. Oh, tolonglah Lina.. sangat tak kelakar bila kau pura-pura buat muka tak bersalah kau tu.
“Kita tak tau apa-apa..” balas Qila selamba.
“Hentikanlah lakonan tak menjadi kau tu Lina… siapa si Hashim tu?” Soalku.
“Hashim? Hashim mana pulak ni?” Lina tersengih-sengih.
“Bila masa aku mintak tolong kau carikan seorang lelaki yang sedang-mencari-calon-isteri untuk aku ni?”
“Taklah.. hari tu kan kau sibuk bercerita pasal your-wedding-day-dream, pasal baju pengantin yang kau teringin nak pakai tu then kau cakap kau tak ada pak we. Kebetulan, si Hashim ni kawan abang aku, dia pun tengah mencari calon isteri.. so aku terus terfikirkan kau sebab aku ingat yang kau mungkin dah bersedia nak kahwin tapi belum jumpa calon lagi.
So.. itulah, aku fikir mungkin korang akan serasi bersama. Seorang mencari calon isteri, dan seorang lagi mencari teman untuk merealisasikan majlis perkahwinan impiannya. Sesuai gitu kann??”
Aku mendengus kuat. Aku tak sangka sampai ke situ si Lina ni fikirkan.
“Lina sayang… bila aku cakap aku teringin nak pakai baju pengantin, aku tak maksudkan yang aku mahu kawin cepat-cepat dan berkias yang konon-kononnya aku harap kau carikan calon suami utk aku. TERINGIN dan INGIN adalah dua makna yg berbeza okeh….”
“Yalah.. dari cara kau cakap nampak macam kau dah tak sabar-sabar sangat nak kahwin. So daripada kau buang masa mencari teman lelaki yang belum tentu serius nak kahwin dengan kau, ada baiknya kau kawan je dengan si Hashim ni, umur dah tiga puluh, dah ada kerjaya tetap, dah ada rumah dan kereta, yang tak ada calon isteri je. Kalau kau kahwin dengan dia, memang aku yakin majlis perkahwinan impian kau pasti jadi kenyataan…”
Sekali lagi aku mengeluh, berat.
“Lina.. Lina.. kau ingat hal kahwin ni cukup dengan dapat calon suami yang dah ada aset dan kerja tetap saja ke? Bagi aku perkahwinan lebih daripada itu. Ia bukan macam jahit manik yang kalau aku tak puas hati dengan rekaannya, aku boleh bukak balik dan jahit semula dan lagi, dan lagi sehingga akhirnya aku jumpa rekaan yang aku paling suka dan paling sesuai untuk baju itu. Aku tak nak pakai baju pengantin dua tiga kali, naik pelamin dengan tema berbeza berkali-kali dan aku tak mahu bertukar-tukar suami macam tukar design manik pada baju..”
“Tapi kau belum pun kenal si Hashim ni, manalah tau dia Mr, Right yang kau cari-cari selama ni?”
Aku menggeleng. Bukan nak berlagak atau apa, tapi aku dapat rasa yang dia bukan soulmate aku walaupun kami belum bertemu.
“So, nanti kau cakaplah kat dia, berhenti sms aku ya.. aku belum terdesak untuk berkahwin.” Putusku. Titik!
Share this novel