Call Girl 38

Romance Series 1321822

Call Girl 38

"Syukur Alhamdulillah.." Menitik air mata Puan Fatihah apabila jadi saksi Jasmine mengucapkan kalimah syahadah sebentar tadi.Tubuh Gadis itu di peluk erat.

Jasmine tersenyum.

"Terima kasih Ummi. Sudi jadi keluarga angkat Min."

"Apa cakap macam tu. Lepas ni kan Min akan jadi menantu ummi." Usik Puan Fatihah.

"Ummi..." Jasmine menunduk wajahnya menahan malu.

Terukir senyuman di bibir Puan Fatihah. Semua yang di rancang berjalan lancar. Walaupun berat hatinya ingin mengadakan Majlis pernikahan Luq dan Jasmine ini tanpa Zahra.
Dia menghelakan nafasnya.

Mereka jalan beringinan keluar dari bangunan Komplek agama islam itu.
Jari jemari Jasmine masih mengenggam erat jari wanita separuh usia itu.

Luq tersenyum melihat dua wanita kesayangannya melangkah mendekatinya.
Matanya masih terpegung melihat Jasmine memakai tudung dan berbaju kurung itu.
Manis.Tidak jemu matanya memandang wajah kacukan itu.

..........

Carol berlari memeluk tubuh Jasmine bila gadis itu sudah masuk ke dalam ruang tamu mewah itu.

"Mama min."Jerit Carol ceria.

"How are u sweetheart?" Soal Jasmine. Bibirnya manis mengukir senyuman.

"OK. " Jawab si kecil itu petah.

Puan Fatihah dan Luq yang berada di belakang Jasmine juga turut tersenyum senang.

"Opah.." Carol mengulurkan tangannya pada Puan Fatihah.

"Mari sini dekat opah.. tingal kejap cucu opah ni dah rindu.." Pipi carol dia usap lembut.

"Opah dengan mama min dia je si montel ni tegur Ayah luq tak tegur pun. Merajuk la." Ujar Luq berjalan melintasi mereka. Terkebil-kebil mata bulat itu memandang Luq yang melangkah pergi.

"I'm sorry Ayah Luq.." Pelahan suara itu kedengaran. Terkedek-kedek langkah kecil itu mengikuti Langkah besar Luq mikail.

.............

"Aku ada hal nak bincang dengan kau." Ujar Gib sebaik saja melihat Carlos melepaskan tumbukan terakhir pada punching beg itu.

Carlos melepaskan gloves ditangannya lalu di lemparkan ke tepi. Nafasnya diaturkan dan wajahnya mendongak memandamg Gib yang berdiri di tepi tingkap bilik itu.

"Apa dia?"

"Zahra ada dengan aku."

Diam.

Sunyi.

Sepi.

Hanya deruan nafas kedengaran kasar.

"No wonder...She's left without a trace." Carlos menganggukkan kepala beberapa kali.
Kakinya melangkah mendekati Gib.

"But Why?" Soal Carlos pelahan tetapi keras.

Dia berdiri betul-betul di hadapan Gib.

"Aku cuma nak...." Belum sempat Gib menjawab soalan itu. Carlos terus melepaskan tumbukannya pada Rahang lelaki itu.

Cubaannya untuk bertenang tidak berjaya. Rahang Gib menerima tumbukan penuh dendam daripadanya.

"Dua bulan aku cari isteri aku Gib! dua bulan! kau sendiri tahu macam mana aku usaha cari dia! Kau ni memang sial lah!" Semakin menjadi-jadi amukan Carlos. Tumbukan Carlos sikit pun tidak dielak Gib. Sedikit pun dia tidak melawan.

Tidak puas dengan itu, tubuh Gib yang sudah tersandar di di dinding ditariknya kuat. Leher lelaki itu dicengkam.

"Aku percayakan kau Gib tapi ini kau balas dekat aku?!." Satu tumbukan padu dilayangkan tepat ke tengah muka itu sehingga terlentang Gib ke lantai. Darah mengalir dari hidung Gibran.

"Frere!" Jeritan Jasmine kuat di dalam bilik itu. Terbeliak luas matanya sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu melihat sekujur tubuh yang sudah terbaring di atas lantai. Kakinya turut melangkah laju mendekati mereka.

Gibran masih kelihatan tenang dan tidak melawan berbeza sekali dengan Carlos. Keringat dingin membasahi dahinya.

"What wrong with u frere?" soal Jasmine. Langsung tiada riak gentar. Dia tahu Carlos tidak akan menyakiti dia secara berlebih-lebihan.

"Just leave us Jasmine!" Arahnya keras.

Terhenti langkah Jasmine. Kedatangannya ke bilik ini hanya untuk memangil abangnya makan bersama mereka tengah hari ini.

"But.."

"Leave us!" Semakin keras suara itu.

Jasmine menghelakan nafasnya. Dia menganggukkan kepalanya patuh mendengar arahan lelaki itu. Berat langkahnya meninggalkan bilik itu. Wajah Gib di pandang sekilas.

Apa yang berlaku sebenarnya.

Langkahnya pelahan meningalkan bilik itu. Apabila pintu bilik itu kembali di tutup rapat Carlos memandang tajam wajah penuh darah Gib.

Gib masih terbaring di atas lantai manakala Carlos duduk bersandar di tepi dinding. Kedua tanggannya meraup wajahnya itu. Dia kembali mengaturkan nafasnya. Keluhan Kasar di lepaskan.

Sebulan lebih dia berusaha mencari Zahra, Dan dia sangat kecewa bila mendapat tahu orang yang paling rapat dan orang kepecayaannya menipu dirinya.

Sunyi.

"Why Gibran?!" Dua minggu dia cuba menahan sabar dan berpura- pura tidak tahu. Kalau di ikut amarahnya selepas mendengar pengakuan Gib sebenar tadi mati dia kerjakan sahabatnya ini.

"I just wanna protect her." Ujar Gib di bangun dari pembaringan dan mengesot tubuhnya bersandar di dinding bertentangan Carlos.
Hidung dan hujung bibir yang berdarah di kesat.

"How she get the cell phone?" Ya ini soalan yang bermain di fikirannya. Macam mana Zahra boleh menghubungi lelaki ini.

"Someone gave it to her.."

"Just answer me Gibran!" Keras nada itu.

"....."

Carlos mendengus kasar.

"Jasmine."

Ruang itu kembali sunyi.

"Malam tu dia lost everthing..Dia terlampau kecewa. Kalau dari awal kau bagitahu dia sekurangnya terubat juga hati dia walaupun dia tengok Suami dia layan perempuan lain depan mata dia. Kenapa kau tak bagitahu dia? Sebab kau rasa Zahra tu lemah? benda yang kau boleh suka-suka kawal dia. Dia pun ada perasaan Carlos. Aku kenal kau bukan sehari dua. Jangan sampai ego yang kau sanjung ni, akan makan diri kau perlahan-lahan.. Dia cinta kau Carlos..kalau tak dari awal lagi dia dah lari." Gib luahkan segalanya.

Jemarinya yang di genggam erat itu pelahan-lahan dilepaskan.Nafasnya cuba diatur pelahan. Walaupun dadanya masih merombak laju. Seraut wajah tegang yang mula berubah kelu.

Sunyi

Gib mendongakkan kepalanya memandang siling dan matanya dipejam. Pertengkarannya dan Farah kembali berlayar di mindanya.

Perwatakan Farah yang tegas dan berani menentangnya itu, Membuatkan bibirnya mengukir senyuman sinis.

Gadis itu dengan berani mengugutnya akan membongkar segalanya jika dia sendiri tidak berlaku jujur dan terangkan semuanya pada Carlos.

Gila.

"How is she?" Soal Carlos setelah dia kembali tenang.

"She Fine.. Nanti aku bawa dia balik sini.." Carlos mengelengkan kepalanya pelahan.

"Biar dia duduk RUMAH aku dulu." Perkataan Akhir itu sengaja Carlos tekankan.

Gib tersentak. Kepala yang mendongak ke siling tadi serta-merta berpaling memandang Carlos di hadapannya.

"Dua bulan lebih aku cari dia tak sangka kau simpan dia dekat tempat yang aku sendiri tak jangka..Omar told me everything Gibran. Almost two week aku cuba bertahan dengan kau.. But Ya! now i did it." Bibir Carlos terjongket sedikit sinis.

"Let Zahra stay there, when it's all over I'll take she home."

................

"Hang OK daq?" Soal Farah bimbang. kelihatan berkerut dahi itu. Gib menggeleng pelahan.

Mereka berada di dalam kereta Axia Farah yang baru di hantar Gib setelah kereta itu siap di baiki.

Gib bersandar di kerusi bahagian penumpang matanya dipejamkan. Hidung pipinya bengkak di kerjakan Carlos mujur hidung mancungnya tidak patah. Adakala menyesal juga dia mendengar nasihat gadis di sebelahnya ini.

Tanpa memperdulikan Gib di sebelahnya Farah memandu keluar dari kawasan kondo mewah itu kedai serbeneka di tuju.

Beberapa minit kemudian dia tiba di sebuah kedai dan terus keluar. Tidak sampai 5 minit dia kembali masuk semula ke dalam kereta dengan satu beg ais batu di tangan.

"Sini aku tuam." Ujarnya lembut seraya menarik sedikit lengan lelaki itu.

"Tak payah la. sikit je ni." Tolak Gib.

Farah mendengus. Perlahan tangannya naik menarik rahang lelaki itu. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu pelahan.

"Auch!?" Gib mengadu sakit. Terlihat jelas kesan lebam di wajah lelaki itu. Timbul rasa belasnya.

"Ini pun kata tak sakit lagi. Hidung ni nasib tak patah!" gumamnya pelahan. Seraya itu dia meletak balutan ais ke wajah Gib. Masing-masing menyepi.

Gub terpaku apabila matanya merenung raut mulus yang jelas terlihat bimbang itu. Ada rasa yang menjentik dada. Sentuhan lembut itu menyentuh wajahnya itu terasa menusuk ke terus dikalbu.

"Nasib aset hang tak patah kalau tak jenuh nak tukar nama mamat kemik." Farah mendongak kecil. Dan ketawa pelahan.

Melihay Gib yang mengelamun itu dia menekan sedikit tuaman itu sedikit kuat.

"Hoi." Kalut Gib mengalihkan pandangannya ke depan. Boleh pula dia terleka merenung wajah gadis itu.

"Kau kalau tak ikhlas tak payah buat!." Dia mengelat seraya menempis pelahan tangan Farah. Farah menghela nafas. Cermin tingkap di bahagiannya di buka lalu dia melemparkan ais batu itu ke luar.

Angin petang berhembus lembut mengulit kulit wajahnya. Farah kembali memandang Gib.

"Thanks Gib..Pasai aku muka hang supa ni.."Ucapnya lembut dengan senyum.

Gib tersenyum sinis.

"Aku buat bukan sebab kau lah jangan perasan." Nafi Gib. Bibir farah tetap mengukir senyuman.

.............

"I'm Sorry Frere." Jasmine menundukkan kepalanya. Matanya tidak sanggup untuk melihat wajah lelaki di hadapannya itu. Rasa bersalah mula mencengkam diri.

Carlos tersenyum kelat apabila melihat Adiknya hanya menunduk tanpa memandang ke arahnya.

Tangan yang berurat itu meraih tangan Jasmine. Dia tahu Jasmine masih menyalahkan dirinya dan dia tidak mahu Jasmine dalam keadaan tertekan. Dia bimbang atas kesihatan adiknya itu yang baru sahaja pulih dari trauma.

"I'm just fine. Don't worry." Ujar Carlos perlahan.

Jasmine terus memeluk tubuh kekar itu. kepalanya di labuhkan pada bahu Carlos.

"I'm sorry Frere. Truly sorry...."

Carlos mengeluh. Rambut Jasmine yang keperangan itu di usapnya lembut.

"Shh..Enough OK..forget the past.." Carlos melepaskan pelukan. Dahi Jasmine di kucup lembut.

............

"Apa kau nak buat dengan dia? Kenapa tiba- tiba je kau suruh aku cari maklumat orang tua ni?." Ujar Kamal dengan nada sedikit keras.
Dia yang sedari tadi berdiri. Hanya memerhati gerak geri kawannya.Dia hampir terkejut bila maklumat yang di cari ada kena mengena dengan Rayyan Carlos Bukan dia tidak kenal siapa lelaki itu malah semua yang mengenali lelaki itu tahu sifat Panasnya.

Baran.

Kejam.

Dia sememangnya tidak berani untuk menanggung risiko berhadapan dengan lelaki itu.

Eiyad tersenyum sinis sambil sebelah keningnya di naikkan. Helaian kertas dan gambar di masukkan semula ke dalam sampul coklat itu.

"Saja nak tahu perkembangan semasa tak salah Kan?" Eiyad mula bernada sinis.

"Jangan buat hal Eiyad.. Abang kau pun hilang tanpa berita"

Eiyad mendengus.

"Aku tahu apa yang aku nak buat. Kau hanya perlu buat kerja kau je easy. And yang lain let me handle it."

" No! Aku tak nak terlibat Pandai-pandai kau la Sorry bro. Aku angkat tangan awal- awal. Gila aku sayang nyawa aku lagi" Kedua belah tangannya di angkat.

Eiyad ketap rahang kuat. Tangannya laju saja menyambar minuman keras dihadapannya lalu di teguknya rakus.

'it's okay i did it myself without anyone's help'

.............

........ Teaser For Next Cpter ........

Kereta Mustang berwarna Kuning itu berhenti tepat di hadapan Hospital Sungai buluh. Seminit kemudian, keluar sepasang suami isteri dalam keadaan tergesa-gesa.

Raut jelita si isteri itu tak mampu menutup mendung di wajah. Laju langkah pasangan itu masuki ke pekarangan hospital. Pintu wad yang tertera nama Zafrul bin Muhammad itu ditolaknya tanpa salam.

"Baby..." Semua mata di situ naik tertumpu pada si gadis. Mungkin terkejut dengan kehadirannya yang tiba-tiba.

"Ayah...." Setapak demi setapak, dia melangkah longlai. Kain putih yang sudah menutup hampir keseluruhan tubuh lelaki itu dari bawah sampai atas ibarat pedang yang menembusi jantungnya kejam. Air mata lesu menuruni lekuk pipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience