Pintu kereta lamborghini milik Lucca ditutup rapat. Puas gila dia holiday hari ini! Lucca membawanya ke Terengganu. Menikmati angin bayu laut, lautan jernih, hidupan lautan yang berwarna-warni. Lucca menurunkan cermin keretanya. Bella membongkok badannya sedikit.
"Thanks for today Lucca! Take care. Drive elok-elok. Nanti dah sampai, call me okay?" ujar Bella. Melihat wajah Lucca yang agak penat namun masih mempamerkan senyuman manis, membuat hatinya serba salah. Bayangkan, dari KL ke Terengganu. Jalan-jalan di sana, patah balik semula ke KL. Semuanya Lucca yang drive. Dia ada juga offer dirinya untuk drive, namun Lucca berkeras supaya dirinya yang memandu.
"You too dear. Thanks for today. Have a sweet night." balas Lucca sebelum berlalu pergi. Saat melihat bayangan kereta Lucca hilang dari pandangan, dia melompat riang menuju ke pintu masuk rumahnya. Mulutnya bersiul melontar kan alunan lagu dalam kepala. Bibirnya mengukir senyuman saat terbayang momen dia dan Lucca disana. Bella terhenti. Aik? Heil lupa tutup lampu ruang tamu ke? Soalnya saat dia melihat lampu ruang tamu memancar kan cahaya. Ah lantaklah, terlupa lah tu. Dia membuka pintu rumah lalu melangkah masuk. Baru sahaja ingin menaiki anak tangga, terdengar namanya dipanggil dari arah belakang.
"Bella." panggil seseorang dengan nada yang tegas. Tahulah dia gerangan yang memanggilnya itu. Bella perlahan memusing kan badannya dengan malas. Kelihatan Heil dah macam orang tak terurus. Rambut kusut. Jambang dan misai terlukis di wajah. Baju t-shirt dan berseluar tracksuit. Tak macam CEO syarikat pun ni. Macam penyangak bawah jambatan je.
"Hmm apa?" jawab Bella malas. Bukan apa, badannya ni penat. Nak naik atas, rehat. Malas lah dia nak lawan mulut dengan Heil. Buat kejut jiran sebelah rumah je. Perlahan Heil melangkah ke arahnya.
"Baru nak balik? Dah pukul berapa?" tanya Heil lagi. Tajam anak matanya menikam wajah Bella. Namun Bella buat selamba.
"Tu jam bukan main besar lagi tampal kat dinding. Tanya aku juga?" soal Bella kembali. Atau lebih dengan perli? Lantaklah. Ada aku kisah?
Heil yang mendengar jawapan Bella bertambah panas. Makin hari, Bella semakin berani melawan kata-katanya. Ada sahaja yang di jawabnya. Dia mengepal kan tangannya.
" Aku tanya.. Dah pukul berapa ni?!" tanya Heil dengan nada yang tinggi. Terkejut Bella di tengking Heil. Dah kenapa mamat ni? Terjerit-jerit. Tak malu ke jiran dengar?
"Isyh relax lah. Marah-marah pula. Orang kat depan dia je ni. Boleh pecah eardrum aku. Pukul 3 pagi. Dah puas? Apa lagi kau nak?" jawab Bella dengan nada annoying. Dia menjeling Heil dihadapan sambil memeluk dirinya.
"Kau keluar dengan siapa baru balik 3 pagi ni?!" tanya Heil lagi. Bella menjongket keningnya. Yang kau sibuk hal aku kenapa? Suka hati akulah.
"I think you saw kan tadi? Tanya lagi. Takpelah, disebabkan kau tanya. Aku bagi lah jawapan. Keluar dengan Lucca. Pergi Terengganu. Kita orang berjalan-jalan kat sana. Mula-mula sampai je Terengganu, kita orang singgah-" belum habis menyambung, dia memandang Heil. Atas bawah.
" Ops sorry. Terlebih pula cerita. Ke kau nak dengar juga apa kita orang buat kat sana? Ouh ada benda interesting! Tahu tak Lucca tempah hotel 5 star. Yang very vogue and classy tau. Memang syok betul aku enjoy kat sana." cerita Bella. Siap dengan gaya tangannya lagi. Kejap ke kanan, kejap ke kiri. Plus, senyuman yang paling manis. Sengaja nak bakar hati Heil. Anak matanya menangkap Heil mengetap rahangnya. Gulp! Macam terlebih had je kau Bella. Sikit-sikit sudahlah. Bella cuma menukar topik. Baik dia larikan diri dulu. Entah apa yang bermain di fikiran Heil sekarang, dia tak tahu.
"Okaylah. Aku dah start mengantuklah. Aku naik dulu eh. Goodnight." sambung Bella sebelum berpusing menaiki anak tangga. Baik aku cecepat blah! Sebelum....
Tangan mulus milik Bella digenggam dan ditarik menyebabkan Bella terpusing dan jatuh dalam dakapan Heil. Terasa badannya di rangkul kemas oleh Heil. Bau wangian badan Heil yang dahulu dia tergilakan memasuki rongga hidungnya. Bella menelan air liurnya. Heil dah kenapa tiba-tiba peluk dia? Sebelum ni, tersentuh tangan pun Heil basuh berulang kali. Guna dettol kau! Bella cuba melepaskan dirinya.
"Hey lepaslah! Apa peluk-peluk orang tanpa izin ni? Tak malu ke! Aku bukan slut macam betina kau lah! Let me go!" kata Bella sambil meronta-ronta. Namun malang, lagi dia meronta, lagi Heil mengemaskan pelukan. Terasa deruan nafas kasar Heil di lehernya.
"Huh bukan slut? Habis tu kau pergi hotel dengan Lucca tu bukan slut?! Kenapa kau buat aku macam ni hah?!" tanya Heil kasar. Dia tetap tak melepaskan Bella walau macam mana Bella meronta minta dilepaskan.
"Apa kau merepek ni?! Lepaslah setan. Lepaskan aku!" pinta Bella. Dia sumpah rasa takut sekarang ni. Bermacam adegan bermain di fikirannya. Kenapa Heil jadi macam ni? Dia pun tak tahu!
"Setan? Kau panggil aku setan? Ouh Lucca tu malaikat lah?! Hah!? Kau keluar dengan jantan lain. Kau check in dengan jantan lain. Why? Sebab aku tak sentuh kau kan?! Sebab tu kan?!" jerit Heil lagi. Bella dah tersengguk menahan air matanya. Deringan telefon milik Bella berbunyi. Dia kenal ringtone tu, ringtone khas panggilan dari Lucca. Aku perlukan Lucca! Bella cuba meronta dengan lebih keras. Namun gagal! Last option. Dia terus menggigit bahu Heil dengan kuat. Bergema jeritan Heil lantas dirinya dilepaskan. Sempat Bella menolak badan Heil menjauhinya. Dia memandang Heil yang memegang bahunya. Kelihatan merah dengan bekas gigitannya. Bella mengambil nafas. Dia perlu larikan diri! Telefon yang berbunyi pantas diseluk dalam beg. Sambil itu dia berlari menaiki anak tangga. Butang hijau di seret ke tepi.
"Bella!!!!" jerit Heil? dari bawah. Bella memusing kan kepalanya. Kelihatan Heil sedang mengejarnya bagaikan harimau sedang mengejar sang kancil untuk dibuat santapan malam. Jantung dan deruan nafas Bella semakin kencang. Kedengaran suara Lucca di hujung talian.
" Hello Lucca!!" kata Bella. Kakinya masih laju menaiki anak tangga. Aduh! Time-time macam ni pula tangga ni tetiba tinggi sangat. Bila nak sampai bilik ni?!
"Hello. Hey what's wrong with your voice? Are you okay? What's going on there?" kedengaran suara Lucca yang bimbang. Ah tiada masa untuk explain!
"Lucca help me!! Heil's getting crazier. I can't handle him. He's like a beast! Help me Lucca. Help-" belum sempat Bella menghabiskan ayatnya, badannya ditangkap oleh Heil dari belakang. Lantas telefon di genggaman Bella dirampas dan dicampak kan ke bawah. Habis berkecai telefonnya. Dia menelan air liur.
" Kau nak kenapa hah setan?! " jerit Bella. Dia cuba menyedarkan Heil kembali.
"Meh sini aku tunjukkan setan yang sebenarnya..." balas Heil lalu mengendong Bella di bahunya. Terasa belakang badannya di tumbuk-tumbuk oleh Bella.
"Lepaskan aku Heil. Aku minta maaf. Aku janji aku tak buat lagi. Lepaskan aku Heil." rayu Bella. Dia tahu apa yang dia buat sekarang ni tak mampu tenangkan Heil. Dia hanya mampu berserah kepada Lucca. Harap Lucca cepat sampai. Anak mata Bella menangkap Heil menuju ke arah biliknya. Takkan Heil nak.... Mustahil! Heil sendiri pernah berjanji takkan sentuh dirinya! Dia terus meronta-ronta. Minta dilepaskan.
Tombol pintu bilik Bella dibuka luas, lantas Heil mencampakkan Bella diatas katil bersaiz Queen. Bella mengesot ke belakang sehinggalah dia terhalang oleh kepala katil. Bella menelan air liur. Dia cuba menendang badan Heil yang menghampirinya. Namun apakan daya seorang tenaga wanita, tambah pula dirinya yang sedang penat. Kakinya ditarik kasar oleh Heil membuatnya berada di bawah Heil. Kakinya dikunci. Tangannya di pegang dengan sebelah tangan sasa milik Heil. Dia memandang anak mata hitam Heil. Air mata bercupak keluar dari tubir matanya. Ya Allah tolong aku. Dia kini hanya mampu berdoa. Iya, memang dia halal untuk Heil. Namun, dia tak sanggup memberikan satu-satunya harta dia kepada lelaki yang tidak mencintainya dan dicintainya.
"Aku akan pastikan kau takkan lupakan malam ini." kata Heil sebelum merentap pakaian yang dipakai oleh Bella. Ratapan tangisan oleh Bella tidak dihiraukannya. Tendangan yang hinggap di abdomennya tidak terasa sakitnya. Rontaan badan Bella tidak membuatnya kasihan walaupun sedikit. Kini, dia dalam kabus nafsunya yang membara.
Share this novel