My Mistress (6)

Romance Series 14144

Kereta mini Cooper di parking bersebelahan dengan kereta BMW milik Heil. Dia menjenguk di hadapan pintu rumah. Kelihatan sepasang heels berwarna merah. Sah perempuan tu ada! Dia melihat ke dalam ruang tamu melalui tingkap besar, kelihatan Heil dan wanita itu sedang dalam dunianya. Dia mengeluh panjang. Kaki diatur masuk ke dalam rumah. Pintu rumah dibuka. Lantas matanya menangkap kedua orang itu. Bella hanya memandang kosong. Lantas kakinya diatur menuju ke arah tingkap. Dia menarik langsir untuk menutup tingkap tersebut. Langsir kedua ditarik juga. Dan langsir ketiga.

"Kan aku dah cakap, aku tak kisah kau nak buat projek ke apa ke. Tapi next time, tutup dulu tingkap ni. Ini bukan tinted. Tu dari luar boleh nampak korang. Aku tak kisah, aku dah biasa. Buat nya jiran nampak. Tak pun tetiba your mom or my mom datang? Tak kantoi kerja kotor kau ni? Tolong lah gunakan akal yang satu tu dengan sebaik mungkin. " kata Bella lalu duduk di atas sofa menghadap Heil dan wanita yang sedang berada di atas pangkuan riba Heil. Bella memandang mereka berdua selang seli. Dia menggeleng kepala.

" Jealous? Apesal? Kau tak puas hati sebab aku tak sentuh kau lagi? " perli Heil lalu tersenyum sinis. Bella tergelak kecil mendengar kata-kata Heil. Dia ingat aku hamak sangat ke dengan barang dia?

"Excuse me. Aku simpan for those yang deserve and special. First and last okay. Bukannya macam..." Bella tidak menghabiskan ayatnya. Dia memandang wanita itu. Faham-faham sendirilah nyah. Bella tersenyum tepi. Dia mengambil paket nuts yang berada di atas meja. Sebiji kacang diambil dan dimasukkan ke mulut.

" Anyway... Go on. Aku nak masuk bilik. Bosan dah hadap korang ni. Takde benda new." Bella mengangkat kakinya menuju ke tangga.

"Ouh yea.." sambung Bella lagi. Heil memaling ke belakang. Memandang Bella yang sibuk mengunyah kacang tanpa perasaan sikit pun. Bukan ini reaction yang dia mahukan. Bella makin berubah.

"Don't worry. Lepas je korang done, panggil je aku. Aku kemaskan untuk korang. Tapi make sure around this area je tau, jangan pula korang sampai ke dapur. Jenuh aku nak mengemas sampai ke sana. Okay? Have fun!" sambung Bella sambil tersenyum lagi. Lalu langkahnya dilajukan sehinggalah tiba di anak tangga terakhir. Baru dia teringat sesuatu!

Heil menggepalkan tangannya. Bukan ini yang dia mahukan. Dia ingin Bella rasa sakit hati. Tapi, reaction yang diberikan oleh Bella membuatnya pula sakit hati. Dia meraup rambutnya ke belakang. Bara api di dalam hatinya makin membesar. Baru sahaja ingin menolak wanita itu ke tepi, terdengar deruan tapak kaki dari arah tangga. Heil memusing kan kepalanya. Mesti Bella ingin menyuruhnya berhenti! Yes. At least my plan menjadi. Dia kembali tersenyum tepi. Pinggang wanita di hadapannya di rangkul erat. Sengaja memaparkan adegan panas. Bibir wanita itu menjadi sasarannya. Baru sahaja ingin mencium, Bella menghulurkan sesuatu. Heil terhenti lalu memandang ke arah tangan Bella. Dia memandang Bella kembali. Tidak menyangka tindakan Bella. Namun, raut wajah yang diberikan adalah dengan senyuman.

"Ops sorry ganggu. Lupa pula! Nah ni. Jangan lupa guna ni. Aku taknak lah dengar suara baby bukan dari darah daging aku sendiri dalam rumah ni. Ini aku bukakan sekali ye." Bella membuka paket kondom lalu di hulurkan kepada Heil yang terpinga-pinga. Melihat Heil tidak bergerak walau seinci, Bella menggapai tangan Heil.

" Ambil jelah. Malu-malu pula" terus dia meletakkan paket itu pada tapak tangan Heil. Bella menggenggam tangan lalu..

"Fighting!".

Terus dia menghilangkan diri dari pandangan kedua manusia itu. Heil menggenggam paket yang berada di tangan kanannya. How dare you Bella! You insulted me? Kau buat aku macam mainan? I'm gonna make sure that you gonna get something more miserable than this! Wait Bella! Wait!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience