My Mistress (11)

Romance Series 14144

Pintu pejabat berwarna coklat itu diketuk beberapa kali sebelum kedengaran suara garau menyuruh masuk. Kepalanya yang sakit dipicit berkali-kali. Harapnya adalah berita gembira. Dia mengangkat kepalanya. Melihat satu sosok tubuh yang dikenalinya, Black. Black merupakan seorang perisik upahan yang diberi arahan untuk mencari keberadaan Bella. Hampir 4 bulan dirinya cuba mencari Bella, namun hampa. Sedikit jejak langsung tidak Bella tinggalkan. Lesap bagaikan angin. Dia mengusap jambang yang berselarakan di wajahnya. Walaupun begitu, ia tidak mengganggu wajah maskulin Heil.

"Don't tell me the same answer again and again." ujar Heil saat melihat Black datang dengan tangan kosong. Heil tersenyum sinis. Dia genggam tangannya hingga menampakkan segala urat. Anak matanya tajam menikam wajah Black di hadapan.

Black menelan air liur. Terasa tekaknya kering melihat wajah gerun Heil. Dia cuba mengatur ayat. Salah ayat, boleh lebam biji matanya.

"Sorry Mr.Heil" balas Black lalu menundukkan kepalanya. Tidak sanggup melihat wajah Heil. Walaupun badannya sado, namun dengan Heil. Percaya atau tidak, dia boleh tumbang hanya dengan satu tumbukan sahaja.

"Hahaha.. Hahahaha... Hahahhahaha" gelak Heil memenuhi ruangan office. Heil berdiri lalu bergerak menuju ke arah Black. Dia perlahan berjalan keliling Black. Dipandang atas bawah Black yang sedang menekur tunduk.

"Well I'm not shock anymore. Same answer as always. Memang aku bayar kau sebab itu amal jariah aku kan? Sedekah orang kata." perli Heil lantas menepuk bahu Black. Tangannya mendarat atas bahu kanan Black. Dia berhenti.

"I'm sorry Mr.Heil. I'm disappointed you again. But I have a great news for you. Please listen to me first. " pinta Black berulang kali. Bahunya terasa sakit akibat di cengkam kuat oleh Heil. Terasa nak tercabut tulang clavicle dia. Dia mengerekot kesakitan. Kedua tangannya memegang tangan Heil. Meminta untuk dilepaskan.

"Auch!!" aduh Black dengan kuat berserta decitan. Sedaya upaya dia menahan suaranya agar tidak keluar. Dia menetap bibirnya dengan kuat. Terasa cengkaman Heil seperti mahu menembus bahunya.

Heil melepaskan cengkamannya. Dia mengelap tangannya pada baju Black. Lantas kemejanya dibetulkan kembali. Heil kembali duduk di kerusinya.

"Please have a sit" ujar Heil sambil menghulur tangan ke arah kerusi di hadapannya. Black segera mengambil tempat duduknya. Sakit yang di terasa ditolak ke tepi. Dia patut lega Heil tidak menghukumnya dengan lebih teruk lagi.

"I hope that great news can make me happy" ujar Heil lagi. Dia menyandarkan badannya ke kerusi. Matanya masih tertacap pada Black.

"I'm sure. I guarantee it. Even we still dont know where Mrs Bella is, but I know where's Mr.Lucca. Beberapa hari yang lepas, anak buah saya ada terjumpa budak-budak Lucca dekat KLIA2. Then, diaorang follow budak-budak Mr. Lucca. Nak pendekkan cerita, rupanya diaorang nak ambil Lucca yang baru landing. Mr. Lucca baru balik dari Korea. I guess he has some of business in Malaysia. That's why he's comeback after a few months. " terang Black. Dia melihat Heil yang mengusap jambangnya. Berharap ada perubahan wajah.

" Continue" arah Heil.

"Okay so the point is, Mr. Lucca and Mrs Bella dissappear at the same day right? So possible untuk mereka berdua bersama adalah tinggi. I think, Mrs Bella ada dengan Mr Lucca for these few months ago. Saya dah suruh budak-budak pergi Korea, cari clue for Mrs Bella. And I'm still waiting for their call. Plus, Mr Lucca ada di Malaysia. So its easy for us to track Mrs Bella. Setakat budak-budak Mr. Lucca, I think we can handle it" terang Black lagi. Heil mengangguk kepalanya. Dia diam dan berfikir sejenak. Sesekali dia mengetuk pen pada mejanya. Setelah hampir 15 minit mendiamkan diri, Heil menekan interkom.

"Sarah, please get Mr Lucca for me. ASAP." arah Heil.

"What are you doing? You're gonna expose all of us. You know Mr Lucca and their gangs bukan biasa-biasa. You're gonna get me die!" jerit Black. Dia terus bangun. Dalam kepalanya dah bermain bermacam-macam drama. Peluh sejuk di dahi mula menitik. Yes memang dia takut dengan Heil. Namun jika dibandingkan dengan Lucca, dia lebih gerun dengan Lucca. Identiti Lucca yang sangat sulit membuatkan sesiapa sahaja takut akan dirinya. Polis sahaja tidak berani mendekati Lucca. Terdengar nama sahaja, mereka hanya mendiamkan diri. Inikan pula dirinya, hanya sekeping manusia yang entah berapa orang kenal.

"I can't waste my time anymore. Get your boys search for Bella ASAP. Do not waste my time anymore! Get out!! Get me another bad news, and your gonna die in my hand" ugut Heil. Black kelam-kabut melarikan dirinya. Takut dengan ugutan Heil. Baik dia larikan diri dulu, sebelum bertembung dengan Lucca. Butang lif turun ditekan. Harap dirinya tak bertembung dengan Lucca. Melihat angkat G baru naik ke atas, dia menelan air liur. Sekejap pandang ke kiri, sekejap pandang ke kanan. Takut-takut Lucca muncul. Bukan orang tak tahu dirinya itu, seorang spy yang illegal. Angka lif bertukar ke 14, lagi satu nombor sahaja, lif itu akan tiba di aras ini. Aras paling atas sekali.

Ting! Pintu lif terbuka.

Terbuntang mata Black saat melihat gerangan di dalam lif. Walaupun hanya dirinya sahaja, namun suasana di dalam lif yang suram dan seram membuatnya terdiam terkaku. Dia tak mampu bergerak. Panahan anak mata yang diberikan menembusi badannya.

"Well well.. Not surprised to see you here. Hope you're getting a good news for him. Or... Not? I guess. Its must be hard for you right?" ujar Lucca saat melangkah keluar. Lucca tergelak kecil. Dia melangkah menuju ke office Heil.

"Ouh yea..i hope you're not getting hands on Bella. Or else." ugut Lucca. Black menelan air liur. Sudahlah tadi dia kena ugut dengan Heil, sekarang dengan Lucca pula. Dirinya dah terhimpit oleh dua lelaki ini. Lari mulut harimau, masuk mulut buaya. Dia mengelap peluh sejuk di dahinya. Apa aku nak buat sekarang ni!!?? Menyesal pula terima job dari Heil! Kalaulah dia tahu kerja ni melibatkan Lucca, tak ingin pun dia ambil job. Dia lebih sanggup duduk bawah jambatan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience