Menu diberikan kepada waiter yang sedia menunggu di sebelah meja mereka. Bella memandang ke luar. Bahagianya dia, terasa macam kembali semasa dia remaja. Senyuman di bibir terukir tatkala melihat beberapa keluarga gembira tertawa di luar kaca restoran.
"Happy?" tanya Lucca yang berada di hadapan Bella. Bella menoleh ke arahnya. Senyuman di maniskan lagi sehingga menampakkan lesung pipi di kedua pipinya.
"I'm so happppppyyyyy! Thank you Lucca for bringing me here. Im really wanted to be here. Dah lama dah teringin. Cuma tak tertunai je." balas Bella. Iyalah mahu tak nya, dia nak keluar ke speedmart depan rumah pun Heil tak bagi. Macam mana nak keluar ambil angin. Itu. Ambil angin kat rumah adalah. Angin baran!
Lucca mengambil sapu tangan di dalam poket seluarnya lalu mengelap peluh di dahi Bella. Bella terkejut saat dia diperlakukan begitu. Tergamam dengan perilaku Lucca yang spontan.
"You're sweating. It's hot right? Im sorry, I didn’t plan better." ujar Lucca lagi. Bella menggeleng kepalanya. Padahal, plan ini dia yang rancang. Lucca hanya follow. Kenapa Lucca nak meminta maaf pula padanya?
"Eh don't start it okay? I yang plan. So I'm supposed to be responsible for it. Last minute kan? I hope you tak kisah." ujar Bella sambil tersenyum manis. Lucca hanya membalas dengan senyuman manis. Setelah beberapa minit menunggu, makanan telah tiba. Ini saat aku penuhkan perut, and then boleh continue sambung enjoy, jerit Bella dalam hati. Baru sahaja memegang pisau dan garfu, ada bayangan menghampiri meja mereka berdua. Lucca dan Bella mengangkat kepala mereka. Kelihatan wajah yang tidak asing, namun amat membuat Bella menyampah seribu bahasa. Heil, and his Mistress. Bella menjeling. Time-time macam ni kau muncul, rosak mood aku!
"Well, well... Kat sini rupanya dating. Ingatkan pergi France ke. Paris ke? Apa cer Genting Highlands. Ouh lupa, kau kan orang kampung. Mana main luar negara." perli Heil sambil menongkat tangannya memandang anak mata Bella. Bella membalas dengan renungan tajam. Engkau ni kalau takde benda baik nak cakap, baik salotep je mulut tu!
" Suka hatilah. Yang kau sibuk apesal? Yang penting aku happy kat luar ni berbanding kat rumah sana. Cameron Highlands ke, Penang ke, Melaka ke. Selagi ada Lucca dengan aku, I'm super duper happy!" perli Bella balik. Sengaja. Api biar dibalas dengan api. Kita tengok siapa yang terbakar hangus!
Terkedu Heil apabila dia dibalas sebegitu. Dia cuba menyusun ayatnya. Dilihat pula Lucca hanya mendiamkan diri sahaja. Melihat dirinya dan Bella bertikam lidah.
"Eleh cakap jelah kau ni kuno! Tak pernah jejak luar negara!" balas Heil lagi. Tak mahu kalah.
"Lucca.. I nak tanya lah. You kan selalu ke luar negara, bukan ke Paris and France pada negara yang sama? Setahu I lah yang kuno ni, yang tak pernah keluar negara ni, yang nak keluar rumah pergi speedmart depan rumah tu je pun tak boleh ni, Paris tu dekat France. But its sokay, biasalah orang yang belajar tinggi-tinggi. Tapi otak cetek, macam ni lah gayanya. " perli Bella kembali sambil menjeling Heil atas bawah. Lucca ketawa kecil melihat Heil terkedu bahasa. Macam tercekik air liur sendiri.
" Why? You want to go overseas? Come with me. I can bring you. Anywhere you want dear. " ajak Lucca. Sengaja membuat wajah nakal di depan Heil. Bella pun apa lagi. Ambil kesempatan.
"Seriously?! You yang cakap eh, I tak paksa. Okay so next week kita pergi mana dulu eh? Hmm Japan? Eh ke Korea? Or Canada? But Paris pun lawa. Hmm I can't decide." Bella sengaja teruja. Biar panas lagi Heil disitu. Terasa dalam hatinya tengah ketawa mengekek. Rasakan kau!
Heil yang melihat sandaran drama tv3 depan matanya terus menghentak meja saat mendengar Lucca memanggil isterinya Dear. Dia rasa tercabar. Heil memandang wajah Lucca yang masih tertacap pada Bella. Lucca yang perasan dengan panahan mata Heil, memandangnya juga. Bukan dengan pandangan tajam, namun dengan senyuman sinis.
"Behave yourself Lucca. She's my wife! She's mine!" amaran Heil dengan tegas. Lucca hanya tersenyum sinis. Bella menjengil matanya. Bila masa aku yours!? Suka hatinya claim claim. Apa ingat aku ni parcel jnt? Claim macam tu.
"Hey excuse me! Sejak bila I'm yours? Tak declare pun. Aku tak setuju. Ada hati nak declare orang dia punya, tu padahal tangan duk berikat dengan perempuan kat sebelah macam taknak lepas. Tu apa? Surgical knot ke? Tak malu ke cakap macam tu, tapi action tak sepadan dengan apa yang kau cakap? Ergh! Jom lah Lucca! Rosak mood I nak sambung enjoy. " Bella mengambil beg tangannya jenama LV dan ingin beransur pulang. Sempat dia menyambar tangan Lucca. Baru sahaja ingin beransur pulang, tangannya yang sebelah lagi disambar dari belakang. Bella berpusing melihat gerangan yang menyambar tangannya tanpa izin.
"Balik dengan aku." arah Heil. Anak matanya menunjukkan tanda api kemarahan. Sikit lagi nak jadi gunung berapi.
"Aku taknak!" Bella menepis kasar tangan Heil. Namun Heil sekali lagi menarik tangan Bella.
"Aku cakap balik dengan aku! Tak faham bahasa ke?!" naik satu oktaf suara Heil. Bergema dalam restoran. Nasib baiklah restoran ni VIP je boleh masuk, takdelah ramai sangat orang. Genggaman tangan Heil mencengkam dengan kuat. Bella terasa sakit yang amat di pergelangan tangannya. Rasa nak menangis je sekarang ni. Dah lah orang semua pandang, malunya tak terkira. Lucca yang perasan dengan Bella, terus menggenggam tangan Heil. Meminta untuk melepaskan.
"Let her go Heil. I'm asking you properly." ujar Lucca dengan perlahan, namun tegas. Pandangan matanya yang menikam ibarat samurai tajam. Heil masih berkeras.
"I'm not! Not until she's agree to come with me." ujar Heil. Tidak lepas memandang Bella. Lucca yang mendengar jawapan tersenyum sinis. Dia menghela nafas. Perlahan dia menuju ke arah Heil, di bisik pada telinga Heil.
"I bet you don't wanna see what's coming after this... Right?" bisik Lucca sambil tersenyum sinis. Dia memandang wajah Heil. Anak matanya ke kanan dan ke kiri, menunjukkan isyarat. Heil menoleh ke belakang Lucca. Kelihatan beberapa orang berjaket hitam dan berkaca mata hitam sedang menunggu. Shit! Lucca bawa orang dia. Lupa pula dirinya bahasa Lucca adalah seorang yang tidak boleh dibawa main. Perlahan genggaman tangan Heil terbuka. Bella terus menarik tangannya.
"I'm so fucking hate you Heil!" jerit Bella lalu beransur pergi bersama Lucca di sebelahnya.
Share this novel