My Mistress (12)

Romance Series 14144

"Kamsahamnida ahjumma (Thank you aunty)" ucap Bella saat ingin melangkah keluar dari restoran BBQ itu. Sempat dia tersenyum manis ke arah ahjumma yang sentiasa menjaganya. Ahjumma itu merupakan salah seorang yang menjaga Lucca saat Lucca merantau ke Korea. Cuaca sejuk yang menyelimuti dirinya sampai hingga ke tulang. Terasa bibirnya kering kesejukkan. Dia mengeluarkan telefon di dalam poket bajunya, masih tiada khabar berita dari Lucca. Bella mengeluh perlahan. Terasa dirinya merindui lelaki yang sering berada di samping dirinya tatkala dia senang atau susah. Bella mengorak langkah laju ingin menuju ke Cafe kegemarannya. Tekaknya tak sabar ingin dibasahkan dengan hot latte. Sedapnya! Sabar eh anak mummy ni, kesian dia nak hot latte. Ceh, padahal anak tekaknya yang nak! Ah anak tekak baby dia, anak tekak dia juga.

Dia perlu melalui satu lorong untuk menuju ke arah Cafe. Kelihatan cahaya lampu menerangi hujung lorong yang datang dari Cafe tersebut. Bella tersenyum. Yes! Hot Latte, I'm coming!! Tapi... KENAPA LAMPU LORONG NI TAK MENYALA PULA!!!??? Bella menjerit dalam hati. Dah lah lorong sunyi, gelap pula tu! Dia cuba menyedapkan hati. Nak lalu jalan lain jauh sangat pula. Kakinya dah kepenatan menampung berat badannya. Tambah pula dari pagi dia berjalan cari keperluan baby. Nak harapkan Lucca, message pun tidak! Entah apa yang lelaki itu uruskan dia pun tidak tahu. Lama sangat tinggalkan dia dan baby nya.

I can do it! Slow je Bella, nothing can happened. Cafe tu depan tu je. Kau pecut je sikit. Bella memegang perutnya yang membesar ke depan. Don't worry baby, mommy will protect you. Bella mengambil langkah yang pertama. Suasana lorong yang sunyi membuatkan setiap langkahnya kedengaran. Langkah seterusnya diambil. Pap! Kedengaran seperti bunyi terpijak botol kosong. Bella terhenti. Dia menelan air liur. Perlahan dia pandang ke bawah. Kelihatan keliling kakinya tiada botol. Aaahhh sudah! Dia memejam matanya. Sempat anak matanya melirik ke belakang. Kelihatan ada 3 bayang, 1 adalah pasti bayangnya. Dah tu lagi 2 siapa?! Dia menguatkan pelukan perutnya. Nak lari ke? Nak jalan laju? Nak pusing ke? Aduh siapa pula ni. Tubir anak matanya dah bergenang. Dahlah dia tiada sesiapa sekarang ni. Ahhhh lari jelah!! Lantas dia membuka langkah seribu.

"Ahhhhhhh!!! Sallajuseyo (help me)!!!" jerit Bella sekuat hati. Dia ingin menarik perhatian orang yang ada sekitarnya. Namun, hampa apabila mendengar suaranya bergema sepanjang lorong itu. Tahulah dia tiada sesiapa yang berada berdekatan Cafe itu. Tambah lagi derapan tapak kaki bersilih ganti mengejarnya dari belakang. Bella menangis ketakutan. Kenapa lorong itu jauh semacam pula ni!? Pap! Kakinya tersadung lubang. Terasa badannya terawang ke depan. Bella melindungi perutnya, lantas dia memejam mata. Ya Allah, selamatkan lah aku dan babyku. Dia hanya mampu berdoa sahaja.

Eh? Aku dah tercium jalan ke belum ni? Kenapa terasa badan aku macam terawang lagini? Aku terbang ke? Bella membuka sebelah matanya. Mengintai dirinya. Masih elok berdiri. Cuma senget sikit ah. Dia memandang badannya, terdapat sepasang tangan sasa sedang erat memeluk dirinya. Dah pula siapa ni? Aroma wangian badan maskulin memasuki rongga hidung. Chanel Grand Extrait? Dia mendongak ke atas, melihat gerangan wajah itu.

BILA MASA DIA BALIK?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience