"Bella! Make a room for us!" jerit Heil dari tingkat bawah. Suaranya yang garau memecahkan segenap isi ruangan rumah banglo yang hampir mencecah 10 juta. Bella mengepal tangan menimbulkan urat berwarna hijau ungu. Walaupun hampir setiap hari dirinya menghadapi situasi ini, setiap hari juga dia makan hati dengan perangai Heil. Kedengaran lagi suara Heil memanggilnya. Perlahan dia menuju keluar dari bilik lalu menjengah ke bawah dari atas tangga. Kelihatan Heil sedang berpelukan dengan seorang wanita yang tidak asing lagi bagi dirinya, his Mistress. Butang baju atas Heil kelihatan terbuka. Beberapa kesan lipstick jelas kelihatan. Bella menahan amarah. Air mata kembali bertakung di tubir matanya. Luluh hatinya melihat sang suami dimamah oleh wanita lain. Di hadapan matanya sendiri! Namun apa yang dia mampu buat? Lihat dan lihat sahaja bagaimana asmara suaminya dan wanita itu di hadapan mata!
"Hey! Don't you hear me?! Make a room for us! I can't wait. Or.. You want me to do it here?" Ujar Heil saat laungannya tidak dibalas. Dia mendongak ke atas. Kelihatan Bella berdiri tegak memandang dirinya dan wanita di sebelahnya. Dia tersenyum senget. Wanita di sebelahnya yang rakus mencium dada bidang milik Heil terhenti, dia lantas memandang ke atas juga melihat Bella.
"Let her honey. Let us do it here. It's more thrilled! I love it." tambah wanita itu lalu memagut bibir pink milik Heil dengan rakus. Tangan sasa milik Heil melingkar di pinggang wanita itu.
Bella mengelap air matanya yang tumpah dengan kasar. Dia dah lama bersabar. Sejak 5 bulan lepas dia sah bergelar menjadi isteri kepada Heil, sekalipun Heil tidak pernah 'menyentuhnya'. Apa kurangnya dia? Lantas dia bergegas ke biliknya lalu menghempas pintu dengan kuat. Biar. Biar Heil dengar rintihan hatinya. Begitu remuk dirinya saat ini, Tuhan sahaja tahu. Dia menghamburkan tangisnya dalam biliknya.
Bersendirian.
Share this novel