Bab 1

Romance Completed 13365

OH YEAH!!

Tibalah hari yang ku nantikan, setelah berminggu-minggu plan, akhirnya dapat juga aku melepaskan gian di hujung minggu. ‘Tubuhnya’ yang montok telah ku basuh dan service kaw-kaw punya.. Aku berdandan penuh pesona dengan jaket kulit hitam, olesan gincu MAC rona merah mak ngah mengancam dilihat kontra dengan tona kulit cerah gebu ku. Padanan ini ku rasa cukup buat aku penuh keyakinan menikmati panorama indah bersama motor kesayanganku, pasti ramai juga mamat-mamat yang terpesona dengan ku.. Aummmmmmm…

Cilok sana cilok sini, aku kena cepat. Penat melaram tadi sampai lambat jadinya..

DEBUKKKK…

‘’Wei ko buta ke apa?! Tak nampak aku yang kecik atas motor besar

( Kawasaki Ninja ER-6F) ni?! Kalau kau langgar aku tadi macam mana!” geram betul aku. Dahlah aku lambat pagi ni. Dah tu hampir-hampir kena langgar dengan mamat yang leka dok sms sambil memandu. Inilah masalah pemandu Malaysia dulu kerajaan kata tak boleh jawab panggilan semasa memandu so, diorang tukarlah sms semasa memandu.

Aku langsung tak perasan mamat yang aku dok maki tu tak respon apa-apa pun. Dia pandang jea muka aku. Pekak ke apa mamat nie, aku cakap dalam hati. Oh mungkin dia tak faham bahasa melayu kot mamat ni. Muka mamat ni boleh tahan juga muka ala-ala pelakon watak Leo dalam cerita sanay wala nang wakas entah sapa tah nama artis tu aku pun tak ingat.

” Do you have any idea what am I talking about?!” mamat ni tak respon juga, aku tak tahulah bahasa apa aku nak cakap.

Tiba-tiba dia bersuara, ” Awak tak payahlah susah nak speaking London dengan saya. Saya dah dengar dengan jelas apa yang awak katakan”.

” Oh ada suara ingatkan bisu tadi!” selamba badak aku sound mamat ni macam lar aku berani sangat pada hal dalam hati tuhan aje yang tahu. Gilalah aku kalau tak takut dengan mamat nie, badan dia punya sasa macam ahli bina badan siot.

” Saya minta maaflah pasal tadi. Awak tak apa-apa kan? Oklah” mamat tu blah dengan berlagaknya. Berlagak siot, dah lah kau almost langgar aku kalau aku jumpa mamat ni lagi tahulah aku nak ajar kasi pandai sikit. Memandangkan mamat tu dah blah, aku pun tak tunggu lama aku terus gerak ke tempat aku janji dengan member aku. Hari ini aku dengan member aku nak konvoi ke Cherating.

Sesampai je aku dekat taman, aku nampak muka member aku ketat semacam, benganglah tu aku lambat. Alah bukan baru ni aku lambat tapi dah selalu macam tak faham-faham plak diorang ni.

” Sorry de aku lambat sikit. Ada mamat muka hansome tapi berlagak macam cipan almost langgar aku kat traffic light sana tu” terpaksa aku terangkan kat member-member aku yang sorang-sorang aku tengok dah macam mangga busuk dah muka.

” Alamak yang korang nak ketat-ketat lagi nape? Nak pergi tidak, kalau nak pergi, jom gerak. Kau ingat jalan raya tu nak tunggu kita lalu baru dia jam ke, sahabat?” selamba dek aku je. Aku hidupkan enjin motor aku dan kiteorang pun gerak pi Cherating. ” Cherating here we go!!!” jerit aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience