Bab 2

Romance Completed 13365

Memandangkan pengangkutan aku dan member-member aku hanya menggunakan dua tayar jadi kami hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam dari KL ke Cherating. Sampai Cherating kiteorang terus check-in dekat Resort Duyung ala oklah penginapan kiteorang mengikut bujet student kolej. Cukuplah boleh tidur, mandi dan lepak.

Aku kongsi bilik dengan EJ dan Shasha dua orang sahabat baik aku. Kami berkawan sejak dari sekolah rendah sampai sekarang. Tak lama pun kiteorang lepak dalam bilik sebab dah tak tahan nak berendam. Aku pun tukar seluar pendek dengan t-shirt hitam. Lepas aku selesai solat zohor, Aku, EJ dan Shasha pergi ketuk bilik member yang lain untuk join kiteorang ke pantai.

Sampai dekat pantai dah macam orang gelandangan baru jumpa air dah kiteorang ni. Terloncat-loncat, main simbah-simbahlah macam-macam lagi kerja-kerja kurang bijak yang kami lakukan. Dah penat mandi-manda, kiteorang lepak dekat tepi pantai sambil tengok matahari terbenam. Cantik siot matahari terbenam, pertama kali aku tengok jujur ku akui aku kagum dengan keindahan ciptaan tuhan.

Tengah sedap lepak tetiba ” Adui sakit siot!..” jerit aku sambil mengosok pinggang aku yang dilanggar sebiji bola tampar. Korang tahulah kan bertapa kerasnya bola tamper tu. ” Mangkuk mana pula yang tampar bola ni dekat aku plak?” laungan aku menyebabkan member aku menoleh keliling.

” Ehmm…agak boleh tak awak bagi bola tu dekat saya?” ujar satu suara dari sisi kanan aku. Aku mendonggak, nak jugak aku tahu malaun mana yang empunya bola ni. Ya Allah mamat Nissan Fairlady ni lagi, bicara aku dalam hati. ” Awak lagi?” terpacul soklan itu dari mulut aku. Aku bangkit sambil mengibas-ngibas pasir yang terlekat pada seluar aku.

Dengan lagak gangster yang tak berapa nak mengerunkan aku pun bersuara.

” Lu follow gua ke der? Tadi siang lu hampir langgar gua dekat traffic light. Sekarang Lu tampar bola dekat pinggang gua. Apa masalah lu?” aku mula baran tengok muka mamat ni. Dia tenang je macam tak bersalah bertambah angin aku dibuatnya. Mamat tu tak jawab apa-apa pun sebaliknya dia senyum dekat aku. Boleh bikin cair gua punya hati juga tengok dia senyum. Tiba-tiba aku rasa tangan aku ditarik. Aku dengar suara EJ, aku terus balik kepada karakter gangster yang aku cipta.

” Eh dahlah entah-entah dia tak sengaja yang kau nak bising-bising ni apa hal? Benda kecik jea kot. Dahlah jom!” ajak EJ yang dah tarik tangan aku untuk blah dari situ. EJ memang kenal aku punya baran mengalahkan lelaki. Aku ikut aje langkah EJ. Nasib baik EJ ada kalau tak dah lama aku letup mamat tu.

Sampai dekat bilik, aku story semua dekat EJ macam mana mamat tu hampir langgar aku, macam mana punya berlagak dia blah tanpa rasa bersalah. ” Alah kau ni mungkin pagi tadi punya kes memang salah dia tapi kau tak apa-apakan. So, dahlah tak payah kecoh-kecoh. Ni hal bola tampar petang ni mungkin dia tak sengaja. Kau tak payah besar-besarkan hal kecik ni” ujar EJ. ” Sekarang ko pergi mandi karang lepas maghrib kang kita kuar makan seafood, ok. Dahlah tak payah panas hati lama-lama tak elok” sambung EJ yang menghulurkan tuala pada aku. Aku ambil tuala tu terus masuk bilik air.

Seperti yang dirancang lepas maghrib kiteorang kuar makan ramai-ramai. Lepas makan malam, aku dengan member-member aku round Bandar Kuantan. Kami berhenti di Dataran saja nak lepak-lepak sebab esok kami dah nak balik KL semula. Sedang semua member aku siap-siap pakai halmet masing-masing, aku bersuara.

” Aku ingat nak pi 7-E jap nak beli topup. Fon aku dah kering” aku tersengih macam kerang wangi. ” Nanti jumpa dekat resort je ar, ok. Aku gerak dulu” aku terus undur dan tinggalkan member aku. Aku tercanggak-canggak cari 7-E. Akhirnya, aku jumpa. Aku terus matikan enjin motor betul-betul depan kedai. Aku bukak helmat dan aku keluarkan not RM50 dari poket.

” Bang, Hotlink RM30 satu” Abang kaunter tu bagi topup dekat aku. Aku capai satu coklat Cadbury Crunchie dan terus bayar. Masa aku keluar adalah beberapa brother tengah dok keliling motor aku. Salah seorang daripada diorang tu dah pun bertenggek atas motor aku. ” Bro, boleh pulangkan motor gua” pinta aku. Aku cuak jugak tengok badan abang-abang depan aku ni besar-besar bagak siot. Kalau diorang apa-apakan aku, belum sempat aku bukak langkah tomoi agaknya aku langsung terbang.

” Kalau abang tak nak pulangkan adik nak buat apa?” tanya salah seorang malaun yang dok pandang aku atas bawah macam aku ni burger banjo special pulak. Cuak aku, aku mengundur makin lama makin belakang. Tiba-tiba mamat sombomg yang aku sound-sound dari siang sampailah petang tadi muncul.

” Lah sayang dekat sini puas Abang cari” kata mamat yang sombong tu sambil menarik tangan aku masuk dalam7-E balik. Aku ikut jea dia masuk dalam 7-E. Sekurang-kurangnya aku selamat sikit kat dalam kedai ni, bisik aku dalam hati. Lama juga baru malaun-malaun tu blah. Bila diorang dah blah, kami pun kuar dari kedai,

” Bagi sini halmet dengan kunci” minta mamat sombong (masa ni aku belum tau lagi nama dia. so, aku gelar dia mamat sombong ar). ” Kunci apa?” aku tanya buat-buat tak tahu. ” Kunci motor lah tak kan kunci hati awak yang keras macam batu tu” wah sempat lagi tau dia sound aku, aku chaples mamat ni kang.

” Eh awak nak buat apa?” aku tanya denga muka selamba. ” Balik resortlah” jawab mamat sombong tu.

” Ah tak apa saya boleh balik sendiri” selamba aku sambil menyuruh mamat tu turun dari motor aku ( siap buat gaya menghalau dengan tangan lagi. Kurang ajar jugak aku ni). ” Oh awak takut saya bawa awak lari eh? Tau pula takut ingatkan berani sangat?” ek eleh kerek pula mamat ni. “Gila saya tak takut. Saya bukan kenal awak, nama awak pun saya tak tahu. Kalau jadi apa-apa macam mana?” aku jawab. Masa ni aku dah pakai halmet dah ingat nak blah tinggalkan mamat ni.

” Nah nie bisnes kad saya. Ada nama penuh, nombor telefon dan alamat. Apa jadi dekat awak suruh diorang cari saya dekat sini, ok. Puas hati” jawab mamat sombong. ” Luqman Haikal Bin Imran, managing director Syarikat Mercu Megah” tertulis atas kad yang dia hulurkan, aku amik kad tu. ” Panjang gila nama lu der, ,macam mana gua nak panggil lu” tanya aku. ” Panggil je Luq @ Man kalau nak lagi mesra panggil abang pun saya terima” ketawa gatal Luq yang sengaja mengusik.

” Sekarang boleh bagi kunci” minta Luq. Aku bagi dekat dia kunci motor aku. Aku diam sepanjang jalan balik ke resort. Tak berani aku nak cakap apa-apa, takut kalau-kalau dia pusing entah ke mana karang mampus aku. Dia turunkan aku betul-betul depan pintu bilik aku. Dia pulangkan kunci motor aku pastu dia terus gerak.

” Eh Luq!!” panggil aku lalu dia menoleh ” Kenapa rindu saya ke?” ujar dia. Boleh tahan perasan jugak mamat ni, bisik aku. ” Perasan! Anyway Thanks sebab jadi saver saya tadi” dia hanya berlalu sambil tersenyum indah.

Aku masuk dalam, aku tengok EJ dengan Shasha dah terbungkang tidur. Aku melangkah perlahan-lahan ke katil aku lalu merebahkan badan yang sudah keletihan. Aku terus terlena sampai pagi.

Selepas selesai solat subuh, aku keluar perlahan-lahan dan berjalan menuju ke pantai. Aku nak tengok matahari terbit sebab semalam petang nak tengok matahari terbenam tak dapat. Aku duduk atas kayu mati yang tersadai di pantai. Aku terlupa nak pakai jaket masa keluar dari bilik sudahlah kesejukkan kena tiupan angin laut pepagi buta ni.

” Nah pakai ni karang beku pula” aku kenal suara itu. Aku tengok ke sebelah kanan aku ada Luq. Apa pula dia buat dekat sini, bebel aku dalam hati. Aku tak sambut pun jaket yang dia hulur sebab leka mengadap muka dia yang hansome tu. Disebabkan dia tengok aku tak ambik jaket dia, dia yang letakkan jaket tu atas bahu aku. Aku terkejut terus mengalihkan pandangan aku.

” Awak tahu nama saya, nombor telefon saya, jawatan saya, dan tempat kerja saya tapi saya tak tahu apa-apa pun tentang awak. At least please tell me you’re name.” ujar Luqman yang memandang wajah aku yang selamba pandai. ” Should I?” aku boleh tanya dia dengan muka toya. ” Kalau tak sudi tak apa, saya boleh cari sendiri nama awak?” dia jawap dengan selamba. ” Oklah saya, Joanna Alia Binti Azman, panggil saya Jojo, pelajar tahun akhir Segi College,” jawap aku tanpa tengok muka dia pun sebab masa tu matahari dah nak terbit. Kiteorang senyap sampai matahari tu dah betul-betul terbit.

Dia bangun ” Jom saya belanja awak sarapan” dia berlagak seperti gentleman siap hulur tangan dia dekat aku. Aku tolak tangan dia sebab aku boleh bangun sendiri. ” Naik apa? Kaki, motor saya atau kereta awak?” sambil jalan sebelah-menyebelah aku tanya. ” Motor awak tapi kali ni awak yang bawak” aku mengangguk kepala aku dah macam kepala hangguk dah aku punya gaya.

Sampai depan bilik aku, aku cakap” Tunggu jap. Saya pi cekau halmet member jap”. ” EJ aku pinjam halmet kau kejap au? Aku kuar jap” masa tu EJ pun mamai lagi aku tak tahu sama ada dia dengar atau tak apa yang aku cakap. Aku sandang beg silang aku lepas tu aku keluar dengan dua halmet dekat tangan aku. Siap pakai halmet, kami pun gerak. Kami sarapan dekat medan selera yang sebelah sungai tu, apa entah nama medan selera tu aku pun tak hingat.

” Awak kata awak pelajar tahun akhir, jurusan apa?” masa ni kiteorang melepak dekat tepi sungai lepas sarapan. ” Owh jurusan Pengurusan Perniagaan” jawap aku. ” Saya diwajibkan amik jurusan tu oleh mama dan papa saya sebab nanti saya kena kerja deengan syarikat papa lepas habis belajar. So, saya tak ada pilihan lain” sambung aku lagi yang tetiba rajin nak bagi detail pulak. Dia hanya mengangguk.

” Papa awak bukak syarikat apa?” dia tanya lagi lalu aku pun menjawab ” Awak pernah dengar Azman motor’s tak?” dia angguk mana boleh orang bisnes tak pernah dengar nama syarikat papa aku. ” Itulah syarikat papa saya, syarikat pengedar motorsikal kuasa tinggi paling terkenal di KL” ada unsure berlagak pula jawapan aku.

” Oh jadi awak ni anak kepada Datuk Azman dan Datin Alia” teruja sungguh suara dia. Aku hanya mengangguk. ” Eh jom balik resort dah nak tengahari dah ni. Saya check out hari ini” aku terus jalan ke arah motor aku. Kami terus balik ke resort.

Sampai dekat resort kami berpisah dia balik bilik dia, aku balik bilik aku. Aku masuk bilik aku kemas barang-barang aku sementara EJ pergi menguruskan bayaran di kauter pendaftaran. Selesai segala urusan, kami terus bertolak balik KL. Aku tak ada jumpa dia lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience