Bab 7

Romance Completed 13365

Aku benar-benar tidak sangka pertemuan aku dengan Luqman di simpang jalan bawa kami sehingga ke alam rumah tangga. Aku berasa sungguh bahagia di samping dia. Sedang aku leka melayan perasaan aku di balkoni, pintu bilik aku di buka. Aku toleh ke arah pintu aku lihat Luqman berdiri sambil tersenyum ke arahku, senyuman yang mencairkan hatiku yang keras.

Dia melangkah menghampiri aku. Tangannya kini memeluk kemas pinggang aku dari belakang, aku menyandarkan kepala aku di dadanya yang bidang.

” Sayang suka tak bunga yang Abang hantar?” dia bersuara. ” Selama ni Abanglah yang hantar bunga dekat Jojo?” pertanyaannya aku balas dengan pertanyaan. Dia mengangguk sambil tersenyum. ” Suka sangat” aku jawab.

” Sayang, Abang nak sayang tahu yang Abang telah serahkan cinta, kasih dan sayang Abang pada Jojo sejak dari hari pertama kita jumpa dekat simpang” dalam sungguh cintanya untuk aku yang serba kekurangan ini. ” Abang jangan tinggalkan Jojo ya” ucap aku. ” Abang tak akan sesekali tinggalkan sayang. Sayanglah satu-satunya cinta hati abang” jawapan itu benar-benar menyakin aku bahawa dia tercipta untukku.

” Abang sayang Jojo, sayang sangat-sangat” ucapnya sambil memusingkan tubuhku menghadapnya. Satu kucupan hangat hinggap di dahiku. ” Jojo pun sayangkan Abang, sayang sangat-sangat” bisikku di telinganya.

Cukuplah sampai sini cerita tentang aku. Yang penting sekarang aku bahagia bersama dia. Aku still setia dengan Kawasaki Ninja ER-6F yang merupakan suami kedua aku, Luqman Haikal sentiasa yang pertama dulu,kini dan selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience