Bab 4

Romance Completed 13365

Keesokkan harinya aku pergi ke pejabat macam biasa cuma mata aku je yang dah macam mata racoon sebab satu malam tak tidur. Alangkah gembiranya aku sampai-sampai sahaja dekat pejabat ada kad misteri atas meja aku. Aku yang teruja nak membaca kad itu hampir terjatuh sebab tersandung kaki meja. Nasib baik aku sorang dalam bilik tu kalau tidak malu tahap gaban aku.

” Miss me? I miss you so much…I was away for two weeks”

Barulah aku tahu kenapa dia tak hantar aku bunga, dia outstation. Bunyi lagu deep purple yang dinyanyikan oleh blackberry aku mengejutkan aku daripada khayalan aku. Dekat skrin tertulis nama Mama. Apa yang Mama nak telefon aku pepagi buta ni, bebel aku sorang-sorang.

” Klik”

” Hello Adik, malam ni Adik tak ada apa aktivitikan?” teruja sungguh Mama aku pagi-pagi buta ni. ” Tak ada kenapa Mama tanya? Ini mesti pasal majlis malam ni kan, Mama tak payah risau malam ni adik balik” selamba je aku tanya macam tak ada perasaan.

Pada hal aku tahu pasal majlis malam ni sebab Papa dah cakap dia nak buat satu pengumuman malam ni dan dia minta aku balik tidur rumah dia. Kalau ikut hati aku malas, tapi kalau lawan cakap mak bapa tak berkat hidup so, aku pun setuju.

Berbalik kepada perbualan aku dengan Mama dekat telefon.

” Adik sibuk tak sekarang? Mama nak ajak adik keluar” mana pula Mama nak bawa aku keluar agaknya, dalam otak aku berfikir. ” Adik free sekarang, kerja pun tak banyak an d tak urgent sangat” aku jawab. ” Ok kalau macam tu adik balik sekarang, letak motor dekat rumah pastu ikut Mama keluar” aku terus setuju dengan permintaan Mama. Lima belas minit lepas tu aku sampai rumah Mama.

” Kita nak pergi mana ni, Ma?” tanya aku yang tengah memandu BMW Mama mengarah ke Bangsar. ” Mama nak bawa adik pergi beli baju sikit” lepas tu mama suruh aku berhenti dekat satu butik kegemaran Mama. Aku ikut langkah Mama masuk ke butik yang penuh dengan baju-baju perempuan yang ala-ala nak pergi majlis anugerah gitu.

” Hye Datin Ayra, lama tak nampak? Datin sihat?” tegur Dolly. Kalau ikut dalam kad pengenalan nama dia Dzulkarnain tapi dia gatal-gatal tukar nama dia jadi Dolly. Geli betul aku tengok si sotong ni, tergedik-gedik, bisik aku dalam hati. ” Dolly, saya datang ni bukan nak cari baju untuk saya tapi untuk ni anak saya Joanna” Mama dah tarik aku yang tengah duduk dekat sofa sambil dok belek-belek majalah.

Aku bangun dan perkenalkan diri aku kepada si sotong ” Jojo” ujar aku dengan tegas. Si sotong pandang aku atas bawah agaknya dia pun pelik kot sebab nama aku Joanna tapi gaya aku macam lelaki( satu jea yang menerangkan aku ni perempuan selain yang tut…ialah rambut aku, rambut aku panjang dah boleh buat iklan shampoo ooo…hehehe). Lepas satu, satu dress aku try tapi Mama tetap tak puas hati. Katanya pendek sangat, ketat sangatlah, warna tak sesuailah macam lagi. Aku yang ikut dah macam patung cendana dah kejap-kejap tukar baju.

Akhirnya Mama setuju dengan satu gaun labuh warna ungu muda. Masa tu dalam hati akulah orang paling gembira sebab dah habis seksa. Rupanya kau silap, lepas daripada butik tu Mama ajak aku pergi salon pulak. Dia suruh stylist tu buat aku nampak elegen. Aku cuma menurut je apa kata Mama biar dia puas hati kalau dulu kecik-kecik aku susahkan diorang apa salahnya kalau aku menurut apa sahaja yang diminta kini. Lagi pun bukan duit aku yang keluar, duit Mama.( hehehe)

Malam tu aku pun pakailah baju yang dibeli siang tadi, boleh tahan cantik juga aku dalam baju tu. Wah sudah perasaan pula aku ni. Dah siap aku pun turun tangga. Sampai bawah, Mama lah orang paling gembira tengok aku dengan drees tu. ” Wow dik, Kau nampak macam…” Along aku kalau tak usik aku tak sah lalu aku pun tanya dia ” macam apa?…” . ” Macam perempuan siot” tergelak besar Along, Angah dan Papa yang terdengar gurauan. Dengan pantas tangan aku, tumbuk lengan Along. Along mengaduh, padan muka dia siapa suruh kacau aku.

” Cantiknya anak Datin Ayra” puji rakan-rakan Mama. Bukan Mama dengan Papa je bangga aku pun bangga juga orang puji aku gila aku tak bangga. ” Dik, sini jap Papa nak kenalkan adik dengan anak kawan lama Papa, Datuk Imran” alah mulalah papa ni nak kenen-kenenkan aku dengan anak kawan dia. Itulah sebab utama aku tak berapa minat nak join majlis macamn ni. Aku ikut langkah Papa dengan kasut tinggi yang daripada tadi dok mengigit kaki aku.

” Ni saya kenalkan anak bongsu saya, Joanna Alia tapi kami sekeluarga paggil dia Jojo cuma Mama dia sahaja yang panggil dia adik” ujar Papa kepada Datuk Imran dan isterinya, Datin Marlia. Aku bersalaman dengan kedua-dua orang tua tu. Lepas salam dengan mereka, aku minta diri sebab aku rasa rimas sangat. Jadi, aku blah daripada taman bunga Mama tu. Aku pergi ke arah kolam renang, aku lepak dekat kerusi yang ada kat situ. Lega sikit aku rasa.

Tiba-tiba hidung aku terbau satu wangian Paco Rabben, Black rose serentak dengan bau itu ada satu suara. ” Hye boleh saya duduk sini?” aku rasa macam aku pernah dengar suara tu tapi siapa punya suara aku tak ingat. Aku pun toleh ke sebelah kiri aku, rupa-rupanya Luqman Haikal, si mamat sombong tu dah duduk sebelah aku. Aku tersenyum manis sebab ada juga member aku nak borak sambil melepak dekat tepi kolam ni kan.

” Apa khabar? Lama tak jumpa kan? Last sekali masa pergi breakfast sama-sama dekat Cheratingkan lepas tu tak jumpa dah” aku mulakan bicara. Dia tersenyum dekat aku dengan renungan yang tenang. Serius senyuman dia tu macam mengeletek-geletek tangkai hati aku siot. Aku alihkan pandangan aku ke kolam sebab tak sanggup aku tatap lama-lama mata dia, cair macam ais aku nanti kalau tengok lama-lama mata dia.

” Saya sihat dan meneruskan kehidupan dengan kenang kita dekat Cherating dulu. Saya dengar awak dah kerja dengan syarikat Papa awak kan, tahniah” ujar Luqman yang dok pandang muka aku. Segan pula aku dia pandang aku lama gila. Dalam hati tuhan saja yang tahu bertapa lajunya jantung aku berdegup. ” Boleh tak kalau awak jangan pandang saya lama-lama?” selamba aku je tanya dekat dia.

” Kenapa awak malu? Saya nak pandang lama-lama sebab saya rindu dekat awak, rindu sangat-sangat. Kalau boleh peluk, dah lama saya peluk awak” aku membuntangkan mata pada Luqman yang tengah tergelak. Aku bangun dengan niat nak blah tinggalkan dia. Tak sempat aku nak melangkah, dia dah tarik tangan aku nak tak nak terpaksa aku berhenti dekat situ.

” Saya serius. Saya rindu dekat awak, rindu sangat-sangat” lembut siot suara dia dah macam ada HP yang vibrate dekat hati aku. ” Lepas daripada saya jumpa awak kali kedua dekat Cherating, saya tak boleh lupa dekat awak. Awak dah curi sesuatu dari saya” sambung dia. Aku tunduk pandang ke lantai tak sanggup siot aku nak tengok muka dia, aku tak cukup kuat. ” Awak dah curi hati saya yang selama ini kosong tak berpenghuni tetapi sekarang awak dah ada dekat sini” dia letak tangan aku dekat dada dia. Aku tak sanggup tunggu lama dekat situ. Aku pun blah naik atas.

Aku tukar baju lepas t uterus blah daripada rumah aku. Semua tetamu pun terkejut sebab laju juga aku memandu daripada bunyi enjin pun diorang dah tahu. Puas Mama menjerit panggil aku tapi aku tak peduli. Apa yang ada kat dalam otak aku masa tu ialah aku perlu blah daripada sini. Aku terkejut sebenarnya bukan aku tak terima dia tapi aku terperanjat badak sekejap.

Aku pecut motor aku macam pelesit entah macam mana entah aku gagal mengawal motor aku. Aku dengan motor aku terseret hampir 500 metre daripada tempat aku jatuh. Aku tak boleh gerak lepas aku jatuh sebab kaki aku patah, tangan aku patah, lutut dengan siku aku koyak. Aku raba-raba poket jaket aku, aku keluarkan HP aku. Pandangan aku berbayang aku terus tekan nombor Along aku. Bila Along aku angkat fon dia aku terus cakap.

” Long, adik accident ni dekat simpang sebelum turun Bangsar. Kau datang bawa towtruck. Cepat sikit tau aku dah tak leh gerak dah ni” aku terus matikan talian. Pandangan mata aku gelap, aku sedar-sedar je aku dekat atas katil hospital HUKM.

Aku tengok sebelah kanan aku, Luqman Haikal tertidur sambil tangan dia mengenggam tangan aku. Aku biarkan saja. Aku tidur semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience