Bab 3

Romance Completed 13365

Hari ni merupakan hari pertama aku bertugas di pejabat papa. Lepas sesi suai kenal dengan staf semua, aku terus masuk ofis aku. Aku buka laptop, aku klik YM kot-kot ada member yang on line tapi haram sekor pown tak on line. Alim pulak diorang hari ni, aku bebel seorang –seorang.

” Tok, Tok” pintu bilik aku di ketuk. Aku suruh insan yang dok pintu aku masuk. Rupa-rupanya setiausaha aku, Suzy yang masuk. ” Cik, ada orang hanta bunga untuk cik” kata suzy sambil membawa masuk sedozen bunga ros merah. Aku ambil kad yang ada dekat celah-celah bunga tu. Kad tu tertulis ” Good luck on you’re first day” tapi dekat kad tu tak tulis nama pengirim aku pelik pula. Confirm orang yang hantar ni tak tahu yang aku sebenarnya tak suka ros merah, aku ros putih dengan tuber roses ( nama melayu dia bunga harum sundal malam). Suzy letak bunga tu atas meja aku.

Leka punya leka main Farmville dekat FB tengok-tengok jam kat dinding pejabat aku dah masuk lunch hour. Aku simpan laptop aku terus keluar dari pejabat sebab aku dah janji dengan mama untuk balik makan tengahari dekat rumah. Aku tak tinggal dengan mama dengan papa tapi aku tinggal dekat aparment yang papa belikan untuk aku.

Aku terus pecut motor aku ke arah Bukit Damansara. Jarak ofis dengan rumah mama cuma 15 minit lebih kuranglah. ” Assalamualaikum Mama, adik balik” selamba aku masuk terjerit-jerit. ” Adik sampai dah? Jom kita makan” ajak Papa aku yang entah bila dia kuar ofis aku pun tak perasan. Memanglah aku tak perasan sebab ofis papa setingkat tinggi daripada aku, lupa plak. Aku yang memang tengah ke bulur terus duduk dekat meja makan. Mama yang teruja dengan kepulangan aku, senduk semua lauk dalam pinggan aku. Mama ni biar betul nak suruh aku gemuk ke apa, bebel aku dalam hati. Kalau aku cakap depan-depan nanti terasa hati pula.

Lepas makan aku naik ke bilik lama aku untuk solat zohor. Lepas solat zohor aku lepak-lepak kejap baru aku gerak balik ke ofis.

Rutin aku berterusan dan dah hampir tiga bulan aku kerja dengan papa. Selama tiga bulan ni lah, dalam seminggu tiga kali aku dapat sedozen-sedozen bunga sampaikan si Suzy dah faham dah. Bila budak hantar bunga tu datang, bunga tu Suzy amik letak dalam pasu lepas tu dia pergi letak jadi centre piece dekat meja besar di kawasan foyer pejabat cuma kad sahaja dia bagi dekat aku. Setiap kali bungan tu sampai atas kad tu mesti ada mesej yang berbeza. Macam dah jadi satu kewajipan aku mesti baca kad tu.

Hari ini aku tak berapa happy bukan sebab gaji tapi sebab dah masuk dua minggu aku tak dapat misteri tu. Aku rasa serba tak kena saja apa yang aku buat semua tak seronok. Sunyi pula aku rasa, bila ada tak nak layan lah konon bila tak ada tertunggu-tunggu pula, aku sendiri tak faham apa yang terjadi.

” Jojo aku tengok kau lain macam je. Training pun macam tak ada semangat kau ada masalah ke?” tanya EJ petang tu masa latihan futsal dekat Sun Suria sports planet, Ampang. ” Kau ada masalah hati ke?” tanya EJ lagi tapi aku tak respon pun.

” Wei! aku tanya kau buat pekak je plak” terkejut aku dengar suara EJ yang kuat tu.

” Tak ada apalah cuma penat kerja. Banyak sungguh benda yang aku kena follow up” lemah je aku jawap tapi sebenarnya EJ tahu masalah aku. Balik apartment EJ tanya aku lagi. Hendak tak hendak aku cerita dekat dia apa masalah aku. Aku pun tak tahulah kenapa hanya dengan sekeping kad misteri dari pengirim misteri mampu membuat aku macam ni. Aku tak pernah rasa macam ni, aku tak tahu macam mana nak buang perasaan ni.

” Confirm Cik Joanna Alia Binti Datuk Azman sudah jatuh cinta pada peminat misterinya” tergolek-golek EJ dan Shasha menggelakkan aku. Aku capai kusyen kecik atas sofa lalu aku baling ke arah EJ dan Shasha yang tak sudah-sudah dok gelakkan aku. Malam itu, aku langsung tak boleh tidur sebab dok fikirkan apa yang EJ cakap. Betul ke aku dah jatuh cinta tapi pada siapa, pada pengirim kad misteri tu? Siapalah yang dah buat aku jadi orang sasau ni agaknya?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience