Bab 5

Romance Completed 13365

Dah masuk seminggu aku dekat hospital dan selama seminggulah si Luqman teman aku. ” Kenapa awak tunggu saya? Awak tak ada kerja ke?” aku saja tanya seoalh-olah macam aku tak suka dia tunggu aku padahal aku suka dia tunggu aku dekat hospital. Dia buat dono je aku tanya dia. Aku petik anggur yang ada dalam bakul dekat sebelah aku. Aku baling anggur tu dekat kepala dia. Dia menoleh dekat aku sambil gosok kepala dia yang kena baling dengan anggur. ” Ha tulah siapa suruh buat pekak masa saya tanya” aku cakap.

” Ok tadi sayang tanya apa dekat abang? Abang tak dengarlah” terperanjat aku bila dia panggil aku sayang dan bahasakan diri dia abang. ” Ish awak ni dah kenapa? Baru kena baling dengan anggur dah jadi jiwang karat pulak. Sayang-sayang, abang-abang. Eee…gelilah saya dengar” dia boleh gelak tengok aku yang mengelitik-gelitik kegelian dengan panggilan tu. ” Tak ada saya tanya awak tak kerja ke sebab setiap pagi saya bangun awak mesti ada macam tu jugak kalau malam setiap kali saya nak lelap awak mesti ada?” aku ulang pertanyaan aku.

” Saya punca awak jadi macam ni. Saya serba salah, jadi saya nak tunggu awak sampai awak sembuh” jawab dia. Masa itu aku pula yang jadi serba-salah sebab aku susahkan dia padahal aku kemalangan sebab silap aku sendiri bukan sebab dia. Dah tahu kawasa bukit lagi aku mahu bawa laju-laju sekarang padan muka aku duduk atas katil hospital ni, bisik aku dalam hati.

” Eh saya kemalangan bukan salah awak lah tapi salah saya sendiri. Jadi, awak tak payah susah tunggu saya dekat sini. Awak boleh pergi kerja macam biasa lagi pun kan ada nurse dan doctor yang hensem-hensem boleh jaga saya” jawapan aku mengubah riak wajahnya. Dia seolah-olah menahan marah dalam hati. ” Kenapa muka awak merah? Awak marah ke?” sengaja aku tanya buat-buat tak tahu. Dia bangu pergi ke arah tingkap. ” Saya tanya ni. Awak nak jawab ke nak kena baling dengan anggur lagi sekali? sambung aku yang dah sedia dengan sebiji anggur.

” Ya, saya marah sebab awak lagi suka doktor-doktor dekat sini yang jaga awak. Saya tahulah saya tak hensem macam doktor-doktor dekat sini” dia jawab dengan nada yang sedikit kecewa dan terus blah tinggalkan aku. Langsung dia tak datang melawat aku.

Daripada hospital, aku berpindah ke rumah Mama. Sejak hari yang dia blah tinggalkan aku terpinga-pinga kat dalam bilik hospital sorang-sorang aku tak jumpa dia lagi. Aku jadi serba salah, sunyi dan rindu pada dia. Mungkin dia terasa dengan kata-kata aku ke, bicara aku sendirian dalam kamar.

Lepas tiga bulan aku jalani terapi akhirnya aku kembali normal. Hari ini hari pertama aku masuk semula ke pejabat lepas kemalangan beberapa bulan lalu. Selama itulah aku duduk dengan Mama. Aku tidak lagi seperti dulu ternanti-nanti kad misteri dan kiriman bunga.

” Tok, tok”

” Masuk” aku tak pandang pun kepada individu yang masuk bilik aku sebab waktu-waktu macam ni hanya Suzy yang selalu masuk bilik aku untuk bagi kad misteri. Bila aku donggak, aku tengok Luqman Haikal sedang berdiri di hadapan aku dengan sedozen bunga ros merah. ” Tak nak jemput saya duduk ke?” dia bersuara. Akhirnya rindu aku pada suara itu terubat sedikit-sebanyak. ” Ah er duduklah”.

” Awak sihat dah? Macam mana best doktor-doktor hensem awak dekat HUKM tu jaga awak” ala mamat ni aku rindu nak dengar suara dia, boleh pula dia jadi sarkastik, potong stim betul lah dia ni. ” Ooi best diorang suap saya makan, borak-borak dengan saya, main baling-baling anggur. Diorang siap teman saya tengok bola lagi. Rugi awak tak ada” ujar aku saja nak uji dia. Tengok muka dia yang berubah buat aku tak boleh tahan gelak. ” Oh main-mainkan saya ek?” dia pun turut tergelak.

Tengahari itu kami keluar lunch sama-sama. ” Awak sebenarnya saya nak minta maaf sebab sakitkan hati awak masa dekat hospital hari tu. Awak maafkan saya ya?” ujar aku sementara tunggu pesanan kami sampai. ” Ok saya maafkan awak dengan syarat” dia nak letak syarat pula. Macam budak-budaklah. ” Apa syaratnya. Saya akan tunaikan selagai tak melampaui batas agama dan batas kemampuan saya” jawab aku yang dah cuak gila.

” Syarat dia simple je. Awak kahwin dengan saya. Saya maafkan awak” selamba dek je muka Luqman apabila menyampaikan syaratnya. Nak tersembur makanan dalam mulut aku bila dengar syarat dia. ” Macam mana setuju?” mamat ni serius ke tak, aku sendiri tak pasti. Walaupun aku kasar macam jantan tetapi aku tetap seorang wanita yang menginginkan lelaki yang romantik. Boleh pulak dia melamar aku macam buat perjanjian bisnes, bisik aku dalam hati.

” Awak melamar saya ke sekarang ni?” Luqman hanya meengangguk kepada pertanyaan aku. ” Tak romantik langsung” entah macam mana boleh terkeluar ayat tu dari mulut aku. Tepuk dahi aku, malu siot.

Luqman mengeluarkan sebentuk cincin berlian dalam kotak warna merah lalu dia melutut depan aku. ” Joanna Alia Binti Datuk Azman, sudikah awak jadi suri hati saya?” wah macam cerita orang putih tau dia melamar aku. Lama gak baru aku respon, aku mengangguk perlahan-lahan. Orang ramai yang menjadi saksi, bersorak macam tengok bola pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience