Ayu melahirkan

Romance Completed 14693

2 bulan berlalu selepas kelahiran Qaseh Ammara, Ayu dimasukkan ke hospital dan melahirkan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Amin Aydean. Ayu mengambil alih tugas menyusukan Ammara bersama sama Aydean.

Kehidupan Ayu dan Suzana sangat rukun tanpa sebarang sengketa, mereka berdua membesarkan 3 orang anak mereka bersama sama. Tan Sri Amran akan menziarahi sesekali.

Selepas breakfast, Ayu menyusukan Ammara dan Aydean kemudian Ayu bersiap untuk keluar jogging, jogging ialah aktiviti harian Ayu sebelum mengandung. Langkah Ayu diperhatikan oleh seseorang dari jauh, kereta itu mengikut langkah Ayu perlahan lahan.

Kata hati Izham : Andai kau belum berpunya, jadilah kepunyaanku.

Izham tinggal di kawasan perumahan itu bersama ibunya. Dia selalu memerhatikan Ayu, dia pasti gadis ini bukan isteri orang. Tetapi dia pernah melihat Ayu mendukung anak. Izham hanya menduga anak itu milik kakak Ayu yang tinggal di sebelah rumah gadis itu.

Izham meminta ibunya pergi merisik Ayu. Puan Hafizah pergi ke rumah Suzana.

Suzana : Ada urusan apa ya Puan?.

Hafizah : Begini, nama Mak Cik Hafizah, Ibu kepada Izham. Izham tu sudah berkenan dengan adik kamu yang tinggal di rumah sebelah ni.

Suzana : Ayu Karmila?.

Hafizah : Ayu. Sedap nama tu, Izham nak melamar untuk dijadikan isteri. Izham sanggup jaga semua anak anak Ayu.

Suzana : Puan mesti penduduk baru di sini jadi Puan tidak tahu cerita sebenarnya Ayu itu madu saya. Dia isteri ketiga suami saya.

Hafizah (sedih) : Tak mengapa tak ada jodoh anak saya.

Suzana : Tapi Puan, suami kami sudah meninggal dalam kemalangan. Kami berdua sudah menjadi balu.

Hafizah : Status janda atau balu tak menjadi halangan bagi Izham dan Mak Cik. Sue bincang dengan Ayu ya.

Suzana : Nanti Sue maklumkan keputusan Ayu.

Hafizah : Moga moga jawapannya positif.

Ayu telah di risik oleh seorang jiran mereka yang kagum melihat gadis muda itu gigih menjaga sepasang anak berseorangan.

Suzana : Ayu, Kak Sue ada hal nak bincang. Ibu Izham ada datang merisik Ayu dengan Kak Sue.

Ayu : Mereka ingat Kak Sue kakak Ayu ya.

Suzana : Jodoh Ayu dah tiba terima lah.

Ayu : Kak, kita berjanji akan kekal bujang selamanya demi anak anak.

Suzana : Segak Izham tu kalau Ayu tak nak, Kak Sue caras.

Ayu : Kak Sue ambillah kalau nak. Silakan, ayu tak ada masa nak bagi komitmen dengan rumahtangga. Ibu Izham tu cuma nak cucu segera jer.

Maaf chapter kali ni pendek, che da tak nak fast forward banyak banyak. Cite ni belum tamat so esok pula ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience