Jiran baru

Romance Completed 14693

PU Azman berkata dalam rancangan Jabatan Netizen, ada 3 jenis jiran. Pertama jiran yang mempunyai 3 hak, jiran yang mempunyai 2 hak dan jiran yang mempunyai 1 hak.

Jiran yang mempunyai 3 hak ialah jiran dengan hak saudara , hak jiran dan hak agama. Contoh adik beradik dan ahli keluarga. Jiran yang mempunyai 2 hak iaitu hak jiran dan hak agama ialah saudara sesama islam manakala jiran yang mempunyai 1 hak iaitu hak jiran ialah, jiran non muslim, kita wajib menghormati jiran walaupun tidak seagama.

Suzana berkeras mahu melawat jiran barunya.

Kata hati Suzana : Dalam satu malam dapat 2 jiran sekaligus. Amjad terpaksa mengikut Suzana, dia juga mahu melawat isteri isteri mudanya.

Suzana : Assalamualaikum.

Munirah : Waalaikummussalam. Jemput ma..... suk.. Munirah terkejut menerima kunjungan madunya.

Kata hati Suzana : Mudah aku nak perang kalau begini, yang sebelah kiri itu mesti yang lagi sorang.

Munirah : Abang...... Jemput masuk.

Suzana : Jemput laki aku jer, aku yang memboyot ni tak nak jemput masuk.

Munirah : Alhamdullilah, saya pun dah mengandung 4 minggu.

Suzana : dah lama ke awak berkahwin. Mana suami tak nampak pun.

Munirah : Suami saya di kurung isteri pertama, tak patut betul bini tua dia tu, suami saya tu hak saya juga, nafkah suami pun saya masih belum dapat.

Suzana : Nasiblah kalau jadi isteri kedua, tuntut fasakh jer.

Munirah : Lebih baik saya report bini tua dia tu pada polis.

Suzana : Kami balik dulu.

Munirah : Dah nak balik, saya tak sempat nak hidang minunan.

Suzana : Tak mengapa saya minum di rumah sendiri.

Keluar dari rumah Munirah. Amjad mahu segera ke rumah ayu tetapi Suzana menahan langkah Amjad.

Suzana : Abang nk kemana?.

Amjad : Rumah jiran kiri pula.

Suzana : Rindu bini muda ke?.tak payah pergi Papa cakap semalam number 2 kanan number 3 kiri. Yang kiri tu bini paling muda kan?.

Amjad : Awak kata nak melawat jiran, saya nk sempurnakan hasrat awak jer.

Malam itu amjad membawa Suzana pergi mendengar tazkirah di masjid. Topik tazkirah ialah tentang jiran.

Imam : Kawasan ni kawasan baru pasti anda semua menerima jiran jiran baru betul tak? Jadi topik kita malam ni ialah menyantuni jiran.

Agama islam sangat menitik beratkan perkara perkara berkaitan dengan kejiranan. Hal ini banyak di ingatkan oleh junjungan besar nabi Muhammad SAW melalui hadis hadisnya yang menyeru agar berbuat baik kepada jiran tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Antara firman Allah yang menuntut agar berlaku baik kepada jiran adalah dari surah Annisa ayat 36 maksudnya, "Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak anak yatim, orang orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang orang yang sombong dan membangga banggakan diri." Ayat ini menuntut agar umat manusia untuk menyembah Allah yang satu dan perlu sentiasa berlaku baik kepada jiran.

Suzana : Imam, bagaimana pula jika jiran jiran kita tu madu madu kita.

Imam : Amboi suami puan dah beristeri 3 ke.

Suzana : Betul tu.

Imam : Soal kahwin 3 bukan satu kesalahan ya puan, soal bermadu dengan jiran ini pertama kali saya dengar, tapi pendapat peribadi saya suami puan seorang yang bertanggungjawab kerana menyediakan rumah yang berasingan tetapi berdekatan, hal ini memudahkan suami untuk melawat isteri isteri dan menyediakan nafkah nafkah yang berkaitan. Tetapi untuk memberi sedikit kegembiraan pada puan, berikut adalah hadis hadis akan kepentingan berlaku baik kepada jiran.

[Daripada Abi Syuraih RA, bahawa rasulullah SAW bersabda, maksudnya, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya, Riwayat Muslim 77].Daripada Abdillah bin 'Amr RA, bahawa nabi SAW bersabda.

"maksudnya sebaik baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang paling baik dengan jirannya jirannya. [Riwayat al Tirmizi(1944)]imam al Tirmizi menilai hadis ini sebagai hasan gharib.]

Seseorang yang mengambil berat hubungannya dengan Allah sentiasa beribadah, rajin solat berjemaah di masjid, selalu ikuti pengajian agama, melazimi berpuasa sunat, berdamping dengan al-quran, mengamalkan zikir zikir harian dan sebagainya sebenarnya belum terjamin kesempurnaan imannya sekiranya hubungannya dengan jiran diabaikan.

Lebih malang, jika dia menjadi jiran yang tidak di senangi oleh jiran jiran yang lain disebabkan tindakan atau kata katanya. Oleh itu usah memandang remeh hubungan kita dengan jiran jiran lain. Ia amat diberi perhatian oleh islam hinggakan nabi Muhammad SAW bersabda: Jibril sentiasa berpesan kepadaku agar berlaku baik kepada jiran sehingga aku menyangka bahawa jiran akan boleh mewarisi hartaku(Riwayat Al-Bukhari) Hakikatnya jiran tidak boleh mewarisi harta tetapi pesanan Jibril itu menunjukkan betapa pentingnya kita menyantuni jiran kita. Ada soalan lain?.

Munirah : Iman, apa hukum isteri pertama mengurung suami daripada berjumpa isteri isteri yang lain.

Imam : Puan ni madu Puan tadi ke atau lelaki di sini memang suka kahwin 3.

Munirah : Ya, betul kata Ustaz saya dan Puan tadi bermadu dan lepas kahwin saya dah x jumpa suami saya.

Imam : Jadi kalau kes macam ni adakah suani bersalah kerana mengabaikan nafkah kepada isteri isteri lain,

Suzana : Bapa mertua saya dah memberikan mereka rumah dan wang ringgit.

Imam : Puan, nafkah suami bukan hanya nafkah zahir saja.

Suzana : Mereka berdua dah berhubungan dengan suami saya sebelum mereka berkahwin, sekarang kedua duanya pun dah mengandung. Salah ke saya ambil hak saya yang mereka curi sebelum ini.

Imam : Kita tamatkan tazkirah kita, boleh saya nak berjumpa suami Puan dan ketiga tiga isterinya, Amjad bergerak ke hadapan Imam. Suzana, Munirah dan Ayu juga mengikut dari belakang.

Amjad : Imam nama saya Amjad, saya tahu saya khilaf, saya banyak buat dosa sebelum ini, tetapi saya tak lari dari tanggung jawab saya.

Imam : Baiklah, yang mana isteri pertama saya nak tahu nama

Suzana : Saya Imam nama saya Suzana.

Imam : Bagaimana dengan dua lagi.

Munirah : Saya, Munirah dan yang ini Ayu.

Imam : Cantik cantik isteri Encik Amjad. Dosa lampau Encik itu urusan Allah untuk menghukum, tetapi saya salute dengan encik Amjad kerana berani mengaku dan bertanggungjawab. Puan Suzana melarang suami daripada berjumpa isteri lain bukannya berdosa tetapi islam menuntut musyakarah atau mesyuarat. Sekarang saya akan jadi pengerusi untuk meeting kita. Apa yang puan suzana mahu sebenarnya?

Suzana : Saya nak suami saya menceraikan kedua dua isterinya.

Imam : Tak baik kita meruntuhkan masjid Puan. Apa kata puan beri peluang Encik Amjad kerumah isteri lain juga, rumah Puan bukannya jauh, kalau ada kecemasan tak sampai 5 minit Emcik Amjad dah sampai ke rumah.

Suzana : Baiklah, saya setuju.

Imam : Bagaimana Encik Amjad dan Puan yang lain?.

Amjad : Saya setuju.

Munirah : Kami berdua setuju.

Imam : Nah, sudah selesai masalah kita.

Suzana : Saya bercadang nak mengadakan jamuan makan makan sempena dapat jiran baru Imam,

Imam : Alhamdullilah... Bsguslah begitu.

Apa lagi helah suzana tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience