Papa kan ada

Romance Completed 14693

Selepas sebulan Amjad meninggalkan isteri isterinya, Suzana, Munirah dan Ayu saling bertengkar sesama mereka. Keadaan itu merunsingkan Tan Sri Amran lalu dia telah memanggil ke tiga tiga menantunya ke pejabat.

Amran : Papa tak suka Sue, Muni dan Ayu bergaduh, sepatutnya kamu bertiga bersatu. Suzana, bukankah Amjad minta kamu jaga Munirah dan Ayu serta anak anak mereka nanti.

Suzana : Mereka berdua minta duit, Sue sendiri pun tak ada duit Papa.

Amran : Ada sebab kenapa Papa panggil kamu bertiga. Amjad pergi dengan tiba tiba dan ianya, memeranjatkan semua pihak, Papa terpaksa menguruskan syarikat ini setelah ketiadaan Amjad. Munirah masih nak kerja?.

Munirah : Selagi Muni larat, Muni nak kerja.

Amran : Suzana dan Ayu ada sijil?, bawa pada Papa, nanti Papa fikirkan mak bagi kerja apa?.

Ayu : Ayu tak sempat nak habis belajar dulu Papa.

Amran : Okay begini, sepatutnya, kalau diikutkan usia sepatutnya Papa pergi dulu sebelum Am. Tapi sudah ajal Am pergi dulu, namun Am sudah ada petanda dia, mungkin pergi lebih awal, Am minta Papa beri harta papa, kepada anak anaknya. Jadi kalau Am pemilik harta, harta Am perlu melalui proses pembahagian faraid, tetapi sebab Papa pemilik harta masih hidup, Papa mahu membahagikan harta harta Papa kepada kamu bertiga. Kalau ikut hukum, orang islam tak boleh meninggalkan wasiat bila dia meninggal tetapi Papa, masih lagi sihat walafiat, jadi Papa berbincang dengan peguam, dan Papa dibenarkan membahagikan harta harta Papa mengikut kemahuan Papa, dengan cara ini tidak ada yang akan bergaduh mengenai harta peninggalan Papa. Sekarang papa jemput peguam Papa Encik Faizal.

Fsizal : Assalamualaikum Puan semua, nama saya Faizal. Tan Sri Amran sudah mengamanahkan saya untuk membaca pembahagian hartanya kepada balu balu dan anak anak Encik Amjad.

Faizal : Anak sulung Suzana, Mohd Amin Ajmain akan di angkat sebagai CEO Amanah Berhad. Dan Mohd Amin Ajmain perlu mengajar adik adik tirinya untuk memegang jawatan jawatan penting di dalam Amanah Berhad. Tan Sri Amran akan memberi setiap seorang menantunya, 20,000 setiap bulan untuk perbelanjaan bulanan mereka, wang belanja ini akan berterusan sehingga umur anak anak Puan Puan semua 25 tahun. Anak anak puan akan menerima gaji setelah mereka bekerja di Amanah Berhad ini. Mereka perlu menamatkan pelajaran mereka sebelum cukup umur 25 tahun. Anak kedua Encik Amjad akan menyandang jawatan Managing Director manakala anak ke tiga pula sebagai senior Manager

Munirah : Papa, Muni tak kerja pun takpe kan?.

Amran : Ya, wang belanja akan diberi samada kamu kerja atau tidak tetapi jika kamu bekerja, gaji tidak akan ditolak daripada 20,000 itu.

Munirah : Muni tak nak kerjalah.

Amran : Terpulang pada kamu semua, sekarang bagi nombor akaun pada Encik Faizal, elaun akan dimasukkan secepat mungkin.

Amran : Muni dan Ayu boleh balik dulu, Sue tunggu dulu.

Suzana : Ya, Pa.

Amran : Papa mahu Sue didik Amin supaya dapat bekerjasama dengan adik adiknya yang lain. Walaupun berlainan ibu, tapi mereka masih pewaris Amjad.

Suzana : Sue faham, Papa terima kasih.

Amran : Sue sanggup terima Muni dan Ayu sebagai madu, Papa patut terima kasih pada Sue.

Nasibbaik masih ada papa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience