Maafkan aku

Romance Completed 14693

Selama 3 bulan Amjad bergilir gilir tidur di rumah isteri isterinya. Cuma Munirah seorang yang dapat bertemu Amjad di pejabat setiap hari kerana Munirah masih bekerja di pejabat Amjad.

Satu malam ketika Amjad berada di rumah Ayu, dia menerima panggilan daripada Suzana. Suzana mengadu perutnya sakit. Amjad berlari pulang ke rumah Suzana dan memecut isterinya itu ke hospital. Selepas 2 jam Suzana telah melahirkan seorang bayi lelaki, Amjad menamakan bayi itu Mohd Amin Ajmain yang bermaksud, pemegang Amanah, walaupun Amin lahir tak cukup bulan si comel itu sihat dan disayangi oleh ibu, mama dan mommynya.

Sewaktu majlis cukur jambul untuk Amin di buat, Dean dan Daniella datang melawat bayi Suzana selepas menerima undangan. Amjad menggunakan kesempatan itu untuk meminta maaf kepada Dean dan Daniella atas semua tindakan bodohnya sebelum ini. Beberapa hari berlalu, Amjad di lihat sering ke masjid untuk belajar ilmu agama bersama Imam di masjid yang berdekatan.

Amjad : Imam, ajarkan saya cara cara solat taubat boleh.

Imam : InshaaAllah boleh Encik Amjad, tapi yakinkan hati tak mahu mengulang lagi kesalahan lalu.

Amjad : Ya, Imam, saya yakin saya nak berubah, isteri pertama saya sudah melahirkan seorang bayi lelaki, bayi baru lahir ibarat kain putih kan Imam, suci tanpa dosa tapi saya ni Papa dia banyak buat dosa, saya malu dengan anak saya Imam.

Imam : Alhamdulillah, Allah dah jentik kesedaran dan hidayah pada Encik Amjad. Selalu selalulah datang ke sini ya, saya akan bantu Amjad.

Amjad: Terima kasih Imam.

Keluar dari masjid, telefon bimbit Amjad berbunyi.

Amjad : Ya Papa.

Amran : Am. Ada dimana selalu sangat hilang masa kerja sekarang ni. Ingat sikit isteri awak dah ada 3, anak dah ada seorang, 2 lagi bakal menyusul, jangan buat hal lagi, I need you in the office now.

Amjad : Okay Pa, Am datang sekarang. Kereta Am terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan berhenti di satu traffic light. Di kanan traffic light itu ada satu bangunan sedang dalam construction.

Tiba tiba . Sebuah kren telah terjatuh ke atas kereta Amjad sepasukan Bomba dipanggil untuk menyelamatkan mangsa di dalam kereta. Amjad bawa ke hospital, salah satu cerucuk besi tertusuk di belakang Amjad dan mencederakan tulang belakangnya. Doktor memberitahu Ketiga tiga isteri Amjad, jika Amjad pulih dia mungkin lumpuh selama lamanya. Suzana meminta izin untuk melawat suami mereka, doktor membenarkan.

Amjad : Sue, Muni, Ayu, Abangminta maaf pada kamu semua. Muni dan Ayu Abang minta maaf mungkin Abang tak sempat nak tengok anak kita lahir.

Munirah : Tak pe, Abang akan pulih, Abang rehat dulu di hospital ya.

Ayu : Ayu akan jaga Abang bila Abang keluar ward nanti.

Amjad : Sue, record video Abang.

Suzana, mengeluarkan telefonnya dan bersedia.

Suzana : dah.

Amjad : Assalamualaikum semua, Am nak minta ampun dan maaf untuk semua kesalahan Am pada anda semua, Am khilaf, Am terpedaya dengan bisikan syaitan. Ampunkan dosa Am.

Amjad membuat gaya cut.

Amjad : Sue tolong bagi video tu pada semua mangsa mangsa Abang, Abang tahu Sue kenal mereka, Sue tolong jaga Muni Ayu dan Amin ya. Serta anak anak Abang yang lain. Maksud nama Amin Ajmain ialah pemegang Amanah, Amin
akan jadi Abang untuk adik adiknya yang lain.

Suzana : Sue minta maaf atas kesalahan Sue selama ni.

Amjad : Kamu semua takde salah dengan Abang, abang yang bersalah. Maafkan abang.

Selepas Suzana upload video permohonan maaf Amjad, ramai ex girlfriend Amjad datang melawat. Mereka semua memaafkan Amjad dan mendoakan agar Amjad pulih segera.

Tan Sri Amran tiba selepas rombongan ex Amjad beredar.

Amjad menurunkan tandatangan di dokumen yang diserahkan oleh peguam kepadanya sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Urusan pengkebumian Amjad dilakukan serta merta. Suzana, Munirah dan Ayu kini sudah bergelar balu.

Amjad minta che da sampaikan permohonan maaf pada semua, next next chapter kisah balu dan anak amjad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience