Helah munirah makan diri

Romance Completed 14693

Munirah tak dapat melelapkan mata pada malam itu. Kata kata Encik Faizal terngiang ngiang dalam kepalanya.

Faizal : Anak kedua Encik Amjad akan di lantik sebagai managing director manakala anak ketiga sebagai Senior Manager.

Kata hati Munirah : Jawatan dan gaji Director pasti lagi tinggi berbanding Manager. Aku perlu pastikan anak aku lahir lebih awal berbanding anak si Ayu. Tapi kandungan kami berdua baru 7 bulan. Esok aku nak jumpa Gynae untuk bertanyakan pendapat.

Pagi itu Munirah berjumpa Doktor Latifah, Gynae yang telah dilantik Amjad untuk menguruskan kelahiran ketiga tiga bayi Amjad.

Munirah : Doktor, saya nak lahirkan anak saya Sekarang melalui caesarean.

Latifah : Boleh saya tahu mengapa Puan memilih untuk caesarean sebab kandungan Puan belum cukup bulan.

Munirah : Ada banyak kes ibu melahirkan bayi pra matang melalui caesarean.

Latifah : Itu betul, tetapi itu pilihan yang wajar jika keadaan ibu merisikokan kandungannya, tetapi Puan sangat sihat dan boleh bersalin secara normal.

Munirah : Ini pilihan saya Doktor.

Latifah : Itu betul Puan tapi banyak risiko bila dah caesar ni. Pembedahan caesar yang dilakukan secara kecemasan membawa lebih risiko jika dibandingkan dengan pembedahan yang dirancang. Risiko ini meningkat ke dua atau 3 kali ganda jika perlu induce. Ada juga kemungkinan rahim pecah. Atau lebih teruk menyebabkan kehilangan nyawa ibu.

Latifah : Tapi saya akan berbincang dengan waris Puan.

Munirah : Saya sudah tidak ada suami dan ibu bapa Doktor.

Latifah : Saya akan telefon Tan Sri Amran untuk mendapatkan kebenaran. Munirah dengan cepat keluar dari bilik Doktor Latifah.

Tan Sri Amran terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Doktor Latifah, dia menelefon Suzana dan Ayu untuk berjumpa di klinik Doktor Latifah.

Suzana : Kenapa Muni nak bahayakan nyawa sendiri.

Ayu : Mesti sebab dia nak anak dia jadi Managing Director.

Amran : Papa tak minta kamu semua berebut macam ni, cuma ingat 1 perkara, tinggi jawatan, tinggi gaji tinggi juga tanggungjawab yang perlu dipikul.

Ayu : Kalau anak Ayu keluar dulu pun Ayu benarkan anak Muni jadi Managing Director. Apa yang Ayu dah dapat ni pun dah cukup.

Latifah : Tan Sri kalau Puan Munirah nekad saya terpaksa ikut.

Amran : Baiklah Doktor keputusan di tangan Munirah.

Dua hari kemudian Munirah menjalani pembedahan melahirkan anak, Munirah mendapat anak perempuan dan dia telah meninggal dunia selepas pembedahan itu.

Tan sri Amran menamakan bayi itu sebagai Sayang Ammara. Suzana diminta menyusukan bayi itu. Dengan itu secara rasminya Amin Ajmain menjadi Abang susuan Sayang Ammara.

Suzana dan Ayu kesal dengan tindakan Munirah.

Suzana : Sekarang tinggal kita berdua Ayu, kita perlu bekerjasama membesarkan anak anak kita.

Ayu : Betul cakap Kak Sue, tak lama lagi anak Ayu pula bakal lahir, 2 ibu 3 anak 1 bapa.

Suzana : Dan seorang Tok Papa.

Ayu : Papa, mestilah masuk dalam group WhatsApp.

Paling kesian Qaseh Ammara lah.. Mama dan papa dah tiada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience