Imani Qaleesha. Anak angkat kepada Tuan Zahiril Haq , pemilik Mentari
Holding. Ketelusan dan kewibawaan Tuan Zahiril Haq mentadbir menjadikan
syarikat itu syarikat terkaya dan ternama di Asia. Tuan Zahiril Haq
mempunyai seorang anak angkat dan seorang anak kandung. Imani adalah
anak angkatnya. Namun status anak angkat itu dirahsiakan dari
pengetahuan orang luar.
Kekayaan Tuan Zahiril Haq mengabui mata Imani . Perasaan tamak mula
menguasai diri. Sikit demi sedikit dia merancang untuk membolot harta
Tuan Zahiril Haq . Namun setelah kematian Tuan Zahiril Haq , rancangannya
gagal apabila hak pengurusan syarikat jatuh sepenuhnya ke atas Farhan
Haikal, anak kandung Tuan Zahiril Haq . Status anak angkatnya menyebabkan
dia hanya mendapat ‘saguhati’ dari ayah angkatnya, menambahkan lagi
amarahnya. Dendam mula bertamu di hati.
Imani mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan keluarga Farhan Haikal
termasuk dengan menggunakan cara halus. Dan cubaannya berhasil apabila
Farhan Haikal, Amisya ibu Alisyah, Iqbal dan Lily meninggal didalam satu
kemalangan. Makin sedikit persaingan fikirnya. Ilusinasi memeluk
pemikirannya. Ketamakan menyelimuti tubuhnya. Semua orang di rasakan
sebagai saingannya. Dan saingannya tidak harus hidup. Sasaran akhirnya
adalah Dhia Exora dan Salman Fitri. Pewaris Mentari Holding serta
penerima harta kekayaan Tuan Zahiril Haq yang sah.
Aku hanya mampu menggeleng usai Salman menamatkan cerita yang sebenarnya.
Salman hanya mula bercerita setelah doctor memeriksa keaadaan aku.
Setelah puas dengan penjelasan doctor mengenai keadaan diriku dan
setelah didesak berkali-kali olehku baru Salman memecahkan rahsia. Itupun
setelah Arjuna meninggakan kami berdua disini.
Aku sendiri tidak mengetahui Makcik Imani hanyalah kakak angkat ayah.
Ternyata semua orang menerima baik Makcik Imani didalam keluarga
sehingga tidak pernah langsung status anak angkat dibangkitkan. Namun
ketamakan Makcik Imani yang memusnahkan segalanya.
“Siapa yang selamatkan kita?” tanyaku hairan.
“Arjuna . Arjuna Nampak makcik Imani memandu keluar dari rumah isya
dengan isya tak sedarkan diri. Tu yang dia ikut kereta makcik Imani . Dia
laporkan pada polis bila dia Nampak kereta makcik Imani mula memasuki
kawasan tinggalan kilang.” Kata Salman menerangkan situasi.
“Arjuna … he knows everything?” aku inginkan kepastian. Salman menganguk.
How to hide from him? Selama ini aku merahsiakan identitiku kerana takut
Arjuna juga akan menjadi sasaran.
Takut Arjuna tak jujur denganku apabila mengetahui aku anak hartawan
juga sebenarnya. Namun keikhlasan Arjuna menyayangiku tak dapat ku
sangkal lagi.
“And.. makcik Imani kat mana sekarang?” tanyaku perlahan.
“Polis tembak dia sewaktu dia cuba untuk tikam Isya. Dia mati ditempat
kejadian. Nasib polis sampai pada waktunya. Kalau tak…” Salman tidak
dapat meneruskan kata. Sungguh perit membayangkan dia hampir kehilangan
adik kesayangannya untuk kali kedua. Aku tak dapat menahan air mataku
dari jatuh membasahi pipi. Tidak ku duga kasih sayangku dibalas dengan
pengkhianatan.
“Dhia Exora . Kenapa Isya tak pernah beritahu abang pasal Miranda ?
Pasal bangkai ayam? Pasal black rose?” kata Salman tiba-tiba. Nadanya
bertukar serius.
“Kalau Isya bagitahu.. nanti abang suruh Isya balik vila.” Kataku sayu.
“Kenapa Isya degil sangat. Apa yang ada kat rumah atas gunung Isya tu?”
Salman meminta penjelasan.
“Memories.. rumah tu pernah jadi rumah ayah, ibu, abang dan Isya. That
house still warm with those memories. I… I just can’t let it go.” Kata
ku sebak. Kenangan manis kami sekeluarga menari-nari di hadapanku. Vila
tu vila Tuan Zahiril Haq . Sebenarnya kami sekeluarga terpaksa berpindah
ke Villa itu sejak kematian Tuan Zahiril Haq . Pertelingkahan aku dan
abang membuka peluang untuk aku menetap kembali disitu. Di rumah asal
kami. Sungguh. Aku rindu suasana kami sekeluarga yang bahagia.
“Isya I’m sory. Abang tak sepatutnya bangkitkan kenangan lama. Abang
cuma tak mampu untuk menerima satu lagi kehilangan. Don’t let the
memories fade away. But you still need to move on. Balik isya. Balik
vila Isya” Katanya perlahan. Digenggam tangan Alisya erat. Hatinya
sebak. Aku mengganguk lemah.
“Opss.. did I interrupt on something?” serentak aku dan Salman mengalih
pandang kearah pintu. Arjuna dan bunga. Bunga?
“Tak lah. Masuklah.” Kata Salman mesra. Dia berdiri memberi ruang kepada
Arjuna untuk duduk disebelahku.
“Bunga lily. Always be your favourate isn’t it?” kata Arjuna menggoda.
Dia menghulurkan jambangan bunga lily bewarna merah hati itu kepadaku.
“Awak takkan berhenti selagi awak tak dapatkan saya betul tak?” kataku
sambil tersenyum.
“Untuk apa saya berhenti? Saya tak bermula pun lagi.” Kata Arjuna sambil
mengenyitkan mata.
“If you are going to steal my heart, steal it like you mean it.” Kataku
sambil menjelingnya manja.
“You wanna know what is the best thing in my life?” tanya Arjuna sambil
mengangkat keningnya. Aku turut memberikan reaksi yang sama. Memintanya
memberikan jawapan.
“Its the first word from the question.” Kata Arjuna . Aku dan Aqhar
menjerit kegelian.
“Aduh. Meremang bulu roma. Dah Kembang dah tekak aku ni.” Kata Aqhar
seakan ingin memuntahkan sesuatu. Aku dan Arjuna hanya ketawa melihat
telatahnya.
Tanganku menggenggam erat jambangan bunga itu. Terasa kebahagiaan mula
menyelubungi dan melenyapkan kesedihan kehilangan yang lalu. Moga segala
kekusutan ini berakhir. Dan moga kebahagiaan yang baru bermula ini
berkekalan hingga ke akhirnya.
Share this novel