Mataku di buka perlahan. Kepalaku terasa sakit, perlahan aku cuba untuk
duduk. Tanganku menyentuh bahagian kepala yang sakit. Terasa cecair
panas melekat di jemarinya.
“Darah” bisik hati kecilku perlahan. Mataku melirik kearah sekeliling.
Aku seperti didalam bangsal lama. Cuma ruang bangsal itu kosong.
Di hujung mataku terlihat sesusuk tubuh yang ku kenali terikat tangan
dan kakinya di kerusi. Baju lelaki itu terpalit darah. Mukanya lebam.
Dahinya luka. Mataku membulat. Abang! Aku segera menerpa kearah Aqhar
Fitri. Tanganku laju mencuba untuk merungkaikan tali yang mengikati
tubuh abangku.
“well cuba tengok siapa yang dah sedar” tingkah lakuku terhenti.
Kepalaku berpaling.
“Makcik Imani . What… ape semua ni? Makcik yang plan semua ni? How could
you!” kataku separuh menjerit. Sungguh ku tidak menyangka dalang semua
ini berpunca dari makcik ku sendiri.
“Yes.. of course. Kenapa? Tak percaya?” kata Makcik Imani sambil ketawa
terbahak-bahak. Aku segera memejamkan mata. Teringat Jambangan bunga
mawar hitam yang diterimanya.
“Mawar hitam. Makcik yang kasi kan? Kad tu.. Apa maksud makcik segalanya
akan berakhir? Bangkai ayam kat belakang rumah, Ya Allah… Esmeralda..
kucing siam tu..makcik yang bunuhkan? Kenapa makcik? Apa motif
makcik?”tanyaku bertalu-talu.
“Apa yang akan berakhir? Harini adalah hari terakhir korang berdua.
Harta korang berdua akan jadi milik aku lepas korang mati. Itu motif
aku. Kamu berdua rampas harta aku. Kamu berdua tak berhak.
Aku anak yang sulung. Aku tak paham kenapa bapak aku boleh serahkan
bulat-bulat semuanya pada bapak kau. Aku ingat harta tu akan jatuh ke
tangan aku selepas adik aku mati. Tak sangka adik aku yang tak guna tu
boleh wasiatkan semua hartanya pada kau berdua!” kata Imani kasar. Dia
merentap tudung aliyah. Kepala Dhia ditunjalnya.
“Makcik. Nama makcik tersenarai dalam penerima wasiat. Bukan semua ayah
dapat. Dalam wasiat ayah pun nama makcik tersenarai. Apa lagi yang
makcik nak pertikaikan? Makcik dapat 40% saham syarikat, sebuah
kondominium, kereta mazda EX5 dan lima ratus ribu duit masuk dalam akaun
makcik. Makcik juga dapat lima ribu elaun bulanan. Masih tak cukup
ke?”kataku geram.
“Pertama aku bukan makcik kau. Kedua, aku dah cakap aku nak semua harta
bapak aku!” kata Imani sambil mencengkam kuat rambutku. Dia menarikku
jauh daripada Aqhar. Dahla sakit hentaman tu tak reda lagi. Imani seakan
sengaja menambah kesakitan dengan menarik kuat rambutnya. Terkial kial
aku cuba melepaskan diri. Tanganku menggenggam erat lengan Imani .
“Makcik Imani ..lepaskan Alisyah”satu suara memecah kedinginan suasana.
Salman merayu lemah.
“Kau diam aqhar. Aku suruh ko sign document pertukaran nama pewaris ko
tak nak. Sebab kedegilan kau aku culik adik kesayangan kau ni. Kenapa
kau tak mati je masa kena tembak hari tu?menyusahkan aku je” Kata Imani
bongkak. Aku ketawa kecil. Namun dapat ditangkap oleh Imani . Segera dia
mengacu pisau ke leherku. Tangannya masih mencengkam kuat rambutku.
“Kenapa kau gelak? Kau ingat aku main-main? ”kata Imani geram.
“Makcik tak tahu ke? Kalau saya mati harta saya kan jadi hak milik
Negara. Abang cuma penjaga harta saya. Kalau abang mati harta tu semua
akan jadi milik saya. Apa yang makcik akan dapat? Habuk pun tak….” tak
sempat aku menyudahkan kata terasa tubuhku di tolak jatuh. Badanku di
sepak bertalu-talu. Tak cukup dengan itu, Imani mengambil sebatang kayu
yang tidak jauh daripadanya. Kayu yang sama digunakan untuk memukul
Salman ketika didalam tahanannya. Lantas tubuhku dipukul sepuasnya.
Aku memejamkan mata. Mencuba untuk menahan kesakitan. Badanku mengigil.
Terasa lemah diriku disaat ini.
“Kau diam. Kau ingat aku bodoh? Ni kau tengok ni. Aku dah sediakan
dokumen penukaran nama untuk harta – harta kau. Aku cuma perlukan cap
jari kau. Aku tak perlukan kau hidup – hidup. Biar aku tamatkan riwayat
kau dan abang kau. Tapi sebelum tu alisyah…aku nak kau mati tersiksa.”
Imani ketawa terbahak-bahak. Gembira kerana hajatnya akan tercapai tidak
lama lagi.
Imani mula merapati Alisyah. Mata bilah pisaunya sudah menari – nari di
atas tubuh badanku. Salman mencuba untuk melepaskan diri. Namun gagal.
Ikatan itu terlalu kuat membaluti tubuhnya.
“Jangan sentuh Dhia Makcik! Jangan!” jerit Salman namun tidak
diendahkan. Bajuku mula dibasahi darah. Aku tidak mampu lagi untuk melawan.
“Matilah kau Alisyah! Matilah kau.” Kata Imani sambil mengangkat tinggi
pisaunya. Aku memejamkan mata. tidak mampu lagi untuk bertahan.
Kedengaran suara nyaring Salman menjerit. Suasana menjadi kelam kabut
tiba-tiba. Dan segalanya semakin sayup kedengaran.
“Inikah pengakhiran kisah hidupku?” hatiku berbisik. sebutir mutiara
jatuh dipipinya. Dan segala – galanya gelap.
Kedengaran lagu shila hamzah, masih aku cinta menyapa digegendang telingaku.
Lagu tu…. perlahan aku membuka mata.
Aku dimana? Keadaaan bilik itu seakan biasa buat diriku.
Mimpi ke? Perlahan aku menggosok mata.
Eh kejap. Kenapa tangan berbalut bagai? Tangan kanan, tangan kiri juga?
Ku gagahkan diri untuk duduk. Seluruh badanku terasa sakit. Mataku
menangkap sesusuk tubuh tidur di atas sofa.
Abang…Aku menggaru kepalaku.
Eh, halus?rambut?kenapa rasa berbalut ni? tudung aku mana? Kelam kabut
aku mencari sesuatu untuk menutupi kepalaku. Namun tingkah laku ku terhenti.
Macam pernah berlaku. Deja-vu?
“Morning princess.” Sapa Arjuna sambil tersenyum. Aku hanya
terkebil-kebil memandangnya.
“Argggh!!!! Ape bende semua ni? aku mimpi ke?” kataku separuh menjerit.
Aku seperti mengulang satu episode yang pernah berlaku di dalam hidupku.
Gila apa minah ni? tiba-tiba menjerit. Arjuna memegang kemas bahu ku.
“Are you ok isya?.” Kata Arjuna cemas. Tangannya menekan butang
kecemasan yang berada disitu. Arjuna segera keluar mendapat doctor yang
bertugas tika itu.
“What happen?” tanya Salman yang turut terjaga. Dia terpinga-pinga.
Lantas Salman segera mendapatkan ku.
Aku menekup mukaku. Terasa seakan baru tersedar dari mimpi ngeri yang
panjang. Aku segera mencubit pipiku. Sakit. Masih ada deria rasa. Aku
masih hidup. Apa yang berlaku? Aku kena tembak. Kena culik. Kena hiris
dengan pisau. Aku membuka mata. Tanganku menggengam erat tangan Aqhar.
“Abang. Isya mimpi, Isya kena culik. Makcik Imani yang culik. Isya
Nampak abang kena ikat kat kerusi. Dahi abang luka, eh..abang… dahi
abang…” kata-kataku terhenti apabila melihat dahi Salman berbalut. Dia
menggeleng. Tersenyum. Pahit.
“Alhamdulillah, Isya selamat.” Kata Salman sambil memelukku erat. Aku
terkaku. Seakan tidak percaya.
“Abang.. what happened?” aku bertanya. Menginginkan penjelasan
“Isya.. Isya ingat lagi tak kemalangan yang meragut nyawa pakcik Iqbal,
ibu, ayah dan Lily? Sejak dari hari tu kita hilang tempat bergantung.
Dan sejak hari itu juga emosi makcik Imani tak stabil. Dia gunakan
alasan harta untuk tukarkan nyawa kita. Bila dia dah dapat harta tu, dia
akan bunuh kita semua, bakar semua harta tu dan bunuh diri sendiri.
Bakar harta kira macam bawa pergi ke dunia lagi satu, kira nanti kita
kayalah kat dunia lagi satu tu.” Kata Aqhar. Aku mengerutkan dahi. Tak
masuk akal cerita abang aku ni. Macam khurafat je.
“Abang jangan mainkan Isya. Isya ingat lagi Makcik cakap harta tu dia
yang berhak sebenarnya. Apa yang berlaku sebenarnya?” Tanyaku serius.
Salman tersenyum. Dia memejamkan mata. Dari mana nak mula?
Share this novel