BAB 1

Mystery & Detective Completed 382

“You understand or not? This thing is very important. Don’t take it
easy.” Kata Arjuna .
Marahnya masih bersisa. Aku hanya tunduk menuruti langkahnya. Mulutnya
masih tidak berhenti membebel. Semuanya silap aku. Aku terlupa membawa
dokumen penting untuk diserahkan kepada perunding kami, Ir Chan. Mana
taknya. Aku tak sempat prepare benda-benda tu semua.
Hari ini hari malang aku mungkin. Aku jumpa mayat Miranda , kucing siam
kesayanganku yang penuh dengan kesan tikaman semasa aku berkejar keluar
kerja pagi tadi. Tu satu petanda yang tidak baik tu.
Sampai office pula lewat gara-gara tayar keretaku pancit.Tak panas lagi
punggung ku duduk, bos panggil, ada urgent meeting katanya. Mukanya
masam mencuka semasa aku berhadapan dengannya. Semalam tak pula
beritahu. Kalau tidak mesti sharp aku sampai office.
Kereta aku tak berani pandu, sebab tadi pun aku tukar sendiri tayar tu.
wanita berdikarilah katakan. Aku nak hantar bengkel dulu. Karang kalau
aku bawa juga kereta tu, tayar yang aku pasang tadi tercabut macam mana?
Tak ke naya aku. Akhirnya, mahu tak mahu terpaksa juga aku pergi dengan
bos aku si Arjuna tu.
Dalam kereta pula Arjuna membebel tak berhenti. Masih marah atas
kelewatan aku. Kalau dah lambat sangat, pergi jela. Nanti
pandai-pandailah aku pergi sendiri. Ye tak?
Sampai sana, meeting sudah pun bermula. Nasib baik lewat 15 minit
sahaja. Still boleh catch up flow meeting tu.
Tapi sebab pengerusi dan orang-orang dalam bilik meeting tu asyik
bercakap benda yang sama, aku jadi bosan. Tiada sebutir ayat pun yang
mampu melekat dimindaku. Fikiranku terganggu dengan cara kematian
Miranda . Seakan satu ugutan untuk ku. Tapi siapa punya angkara?
Pelbagai persoalan mengasak mindaku. Tidak mahu menyesakkan pemikiran
lantas aku mengalih perhatian dengan menconteng minute mesyuarat di
tanganku. Tapi dapat ditangkap oleh Arjuna yang duduk disebelahku.
Tangannya menyenggolku, matanya mengisyaratkan supaya focus pada
perkembangan mesyuarat tersebut.
Bos, aku bosan tahu? Dan sekarang ni….
“You know what, this meeting very important, dalam meeting tu banyak isu
timbul. You should take note the important item. That’s for your
reference in future.” Kata Arjuna tegas.
Iye bos. Aku hanya menjawab dalam hati. Tika ini kami bergandingan
menuju kearah tempat letak kereta. Langkahnya yang panjang membuatkan
aku mempercepatkan langkahku. Tidak mahu ketinggalan. Dan telingaku
masih setia mendengar rungutannya.
‘Jauhnya parking’. Rungutku dalam hati.
Tiba-tiba langkahnya diperlahankan.
“Don’t be late again.” Dia cakap lagi. Untuk kesekian kalinya. Hatiku
terasa panas.
“Bos. Saya kan dah cakap saya tak sengaja. Tayar kereta bocor. Saya yang
tukar sendiri tau. Bukan saya suka-suka nak datang lambat. Bos pun tak
bagi tahu hari ini ada meeting. If saya tak dapat datang, Lisa ada,
Fahmi ada. Diaorang pun familiar dengan projek ni. Yang bos marah sangat
kat saya ni kenapa?” Akhirnya, bom jangka yang tidak dapat aku jangka
meledak. Asyik ungkit kenapa? Besar sangat ke kesalahan aku ni?
Langkahnya terhenti. Aku turut berhenti. Perlahan dia berpusing menghadapku.
“I have told you before. Time is money, you waste your time, its mean
your waste your money. Dokumen penting tu pun you tak bawa. You tahu
kan, Its difficult to see him around.” Kata Arjuna tegas.
Mataku dapat menangkap kelibat seseorang tidak jauh dari tempat kami
berdiri. Tingkah laku lelaki itu mencurigakan. Lelaki atau perempuan?
Aku sendiri tidak pasti. Matanya tidak lepas memandang kearah kami. Ke
arah bos lebih tepat lagi. Eh, aku ke bos? Dahiku berkerut. Arjuna
memeluk tubuh sambil memandang tepat ke arahku.
Dah jangan pikir bukan-bukan. Ini bukan masanya.
“Yes. I know. But it’s not my fault.” Eh, lelaki tu keluarkan sesuatu.
Arjuna merenung tajam kearahku. Menanti bait-bait kata seterusnya
daripadaku.
“Selama ni saya tak pernah lambat. Lisa datang lambat bos tak pernah
marah pun.” Nampak macam pistol. Kenapa aku tak sedap hati?
“And I didn’t remember we got meeting today. Lagilah nk jumpa Ir Chan.”
Eh, kejap. Pistol betul ke? Lelaki misteri itu menghalakan pistolnya ke
arah Arjuna .
“ Setahu saya, appointment kita dengan Ir Chan…. BOS!”
Pantas aku menolak tubuhnya ketepi. Kedengaran satu das tembakan
dilepaskan. Arjuna mengaduh kesakitan. Kedengaran jeritan dari dari
jauh. Suasana menjadi kelam kabut.
Mataku liar mencari lelaki itu. takut-takut dia melepaskan tembakan
kedua. Namun hampa. Lelaki itu menghilangkan diri sejurus melepaskan
tembakan. Dan aku dengan perlahan melutut dan terduduk di permukaan
jalan tar yang panas itu. Terasa badanku keras. Tidak boleh bergerak.
Bahuku terasa sakit. Terasa cecair hangat mengalir dari bahuku. Spontan
aku menekup bahuku.
“Alisya, are you ok?”ternyata Arjuna terkejut melihat keadaanku. Bahuku
dipegang kejap. Mukanya cemas.
“Sakit.” rintihku perlahan. Aku gagahkan diri untuk bangun. Arjuna nyata
terkedu dengan tindakanku. Sebuah senyumanku lemparkan kearahnya.
Mengisyaratkan bahawa aku masih stabil. Masih mampu berdiri. Setapak
demi setapak aku mula melangkah.
Masih dapat ku dengar bebelannya. Tetapi tidak dapat ku tangkap butir
bicaranya.
‘Apa lagi bos? bos cakap apa bos? aku tak boleh nak hadam apa yang bos
cakap. Meeting kan dah habis. Sudahlah bos.’ Bisikku dalam hati.
Kepala ku sakit. Duniaku seakan berputar. Terasa lenganku di pegang
kejap. Pantas aku menepis. Ape pegang-pegang? Aku mengalih pandang
kearahnya. Muka Arjuna ku lihat cemas.
‘Bos, aku tak paham. What do you want? Yela-yela, aku salah. Aku minta
maaf.’
“Are you still angry? I’am sorry.” Perlahan aku menuturkannya. Serentak
dengan itu, pandanganku gelap. Badanku longlai. Namun sebelum sempat
badanku mencecah bumi, terasa badanku disambut kemas.
Apa semua ni? Apa benda semua ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience