Aku duduk memeluk tubuh dibangku halaman rumahku. Jiwaku resah. Deringan
telefon menyentak lamunanku.
‘Arjuna .’ Bisik hati kecilku. Segera panggilan itu disambut.
“Hai sayang” suara di hujung sana menyapa mesra.
“Amboi.. senang nampak? Tak kerje ke?” Tanyaku sekadar berbasi bahasa.
Hatiku tidak tenteram tika ini.
“Hari ni hari ahad sayang. Saya ni taklah rajin sangat macam awak nak
kerja 24 jam. I’m heading to your place right now, let’s go out.”Ajak
Arjuna ceria.
Aku hanya mendiamkan diri. Ada sesuatu yang bermain difikiranku.
“Arjuna , orang yang tembak saya hari tu da kena tangkap ke?” Kalau betul
seperti apa yang ku sangka, mungkin Salman Fitri didalam bahaya sekarang ini.
“Tak. Polis tak dapat kesan siapa dalang. Kenapa Isya? Did someone
trying to harm you?’’ Tanya Arjuna risau. Signal kiri dihidupkan. Dia
memberhentikan keretanya di bahu jalan.
“Tak. Abang kata company Arjuna ada dapat surat ugutan. Macam mana awak
tahu orang tu ugut awak Arjuna ? Boleh cerita apa kandungan surat tu
tak?” ujarku cemas.
“Erm.. kalau nak ikutkan surat tu tak tulis nama penerima. Surat tu
tulis, serahkan semua harta kau kat aku!!! Kalau ikut logik, orang yang
dia aim sayalah. sebab saya pewaris AZS Berhad.” Jantungku seakan
terhenti apabila mendengar penjelasan dari Arjuna .
“ Arjuna , memang orang tu dah aim saya dari awal. Ugutan tu bukan untuk
awak Arjuna . Ugutan tu untuk saya sebenarnya. Ya Allah, sepatutnya saya
dengar kata abang, duduk semula dengan abang. Villa….Apa saya dah buat
ni… Abang… saya tak dapat contact abang tiga hari ni. Saya takut
something happen pada abang. Arjuna .. abang..”Aku tidak dapat meneruskan
kata-kataku. Aku sungguh risau akan keadaan abangku.
“Dhia Exora . Easy. Easy Alisyah. Villa mana yang awak cakap ni?
Kenapa diaorang nak aim awak pula? Are you hiding something from
me?”Tanya Arjuna curiga.
“Arjuna , listen to me, i need to make a phone call right now. We need to
end our conversation here. Please drive carefully. I will tell you the
whole storey when you arrive. Arjuna . Please be hurry.”
“Yes my dear. I will arrive in 15 minute. Be safe”. Ujar Arjuna sebelum
memutuskan talian. Perbagai soalan bermain dimindanya.
Dhia Exora . Siapa awak sebenarnya?
Setelah menamatkan perbualan aku segera masuk kedalam rumahku. Tudungku
dicapai. Tidak mahu melengahkan keadaan. Mataku mula meliar mencari
nombor telefon yang di kehendaki. Makcik Imani .
Kakak ayah. Dialah ahli keluarga yang paling rapat. Lagi satu. Buku
telefon. Aku perlu maklumkan
pada En Arif, pembantu peribadi ayah merangkap orang kanan ayahku juga.
Ayah selalu pesan, apa-apa pun yang terjadi, maklumkan pada En. Arif.
Aku masih ingat aku letakkan buku telefon di dalam laci bilik tidurku.
Mataku tersenyum melihat buku telefon dihadapanku. Namun tiba-tiba
kepalaku terasa seperti di hentak sesuatu. Serentak pandanganku menjadi
gelap gelita.
Mataku di buka perlahan. Kepalaku terasa sakit, perlahan aku cuba untuk
duduk. Tanganku menyentuh bahagian kepala yang sakit. Terasa cecair
panas melekat di jemarinya.
“Darah” bisik hati kecilku perlahan. Mataku melirik kearah sekeliling.
Aku seperti didalam bangsal lama. Cuma ruang bangsal itu kosong.
Di hujung mataku terlihat sesusuk tubuh yang ku kenali terikat tangan
dan kakinya di kerusi. Baju lelaki itu terpalit darah. Mukanya lebam.
Dahinya luka. Mataku membulat. Abang! Aku segera menerpa kearah Aqhar
Fitri. Tanganku laju mencuba untuk merungkaikan tali yang mengikati
tubuh abangku.
“well cuba tengok siapa yang dah sedar” tingkah lakuku terhenti.
Kepalaku berpaling.
“Makcik Imani . What… ape semua ni? Makcik yang plan semua ni? How could
you!” kataku separuh menjerit. Sungguh ku tidak menyangka dalang semua
ini berpunca dari makcik ku sendiri.
“Yes.. of course. Kenapa? Tak percaya?” kata Makcik Imani sambil ketawa
terbahak-bahak. Aku segera memejamkan mata. Teringat Jambangan bunga
mawar hitam yang diterimanya.
“Mawar hitam. Makcik yang kasi kan? Kad tu.. Apa maksud makcik segalanya
akan berakhir? Bangkai ayam kat belakang rumah, Ya Allah… Esmeralda..
kucing siam tu..makcik yang bunuhkan? Kenapa makcik? Apa motif
makcik?”tanyaku bertalu-talu.
“Apa yang akan berakhir? Harini adalah hari terakhir korang berdua.
Harta korang berdua akan jadi milik aku lepas korang mati. Itu motif
aku. Kamu berdua rampas harta aku. Kamu berdua tak berhak.
Aku anak yang sulung. Aku tak paham kenapa bapak aku boleh serahkan
bulat-bulat semuanya pada bapak kau. Aku ingat harta tu akan jatuh ke
tangan aku selepas adik aku mati. Tak sangka adik aku yang tak guna tu
boleh wasiatkan semua hartanya pada kau berdua!” kata Imani kasar. Dia
merentap tudung aliyah. Kepala Dhia ditunjalnya.
“Makcik. Nama makcik tersenarai dalam penerima wasiat. Bukan semua ayah
dapat. Dalam wasiat ayah pun nama makcik tersenarai. Apa lagi yang
makcik nak pertikaikan? Makcik dapat 40% saham syarikat, sebuah
kondominium, kereta mazda EX5 dan lima ratus ribu duit masuk dalam akaun
makcik. Makcik juga dapat lima ribu elaun bulanan. Masih tak cukup
ke?”kataku geram.
“Pertama aku bukan makcik kau. Kedua, aku dah cakap aku nak semua harta
bapak aku!” kata Imani sambil mencengkam kuat rambutku. Dia menarikku
jauh daripada Aqhar. Dahla sakit hentaman tu tak reda lagi. Imani seakan
sengaja menambah kesakitan dengan menarik kuat rambutnya. Terkial kial
aku cuba melepaskan diri. Tanganku menggenggam erat lengan Imani .
“Makcik Imani ..lepaskan Alisyah”satu suara memecah kedinginan suasana.
Salman merayu lemah.
“Kau diam aqhar. Aku suruh ko sign document pertukaran nama pewaris ko
tak nak. Sebab kedegilan kau aku culik adik kesayangan kau ni. Kenapa
kau tak mati je masa kena tembak hari tu?menyusahkan aku je” Kata Imani
bongkak. Aku ketawa kecil. Namun dapat ditangkap oleh Imani . Segera dia
mengacu pisau ke leherku. Tangannya masih mencengkam kuat rambutku.
“Kenapa kau gelak? Kau ingat aku main-main? ”kata Imani geram.
“Makcik tak tahu ke? Kalau saya mati harta saya kan jadi hak milik
Negara. Abang cuma penjaga harta saya. Kalau abang mati harta tu semua
akan jadi milik saya. Apa yang makcik akan dapat? Habuk pun tak….” tak
sempat aku menyudahkan kata terasa tubuhku di tolak jatuh. Badanku di
sepak bertalu-talu. Tak cukup dengan itu, Imani mengambil sebatang kayu
yang tidak jauh daripadanya. Kayu yang sama digunakan untuk memukul
Salman ketika didalam tahanannya. Lantas tubuhku dipukul sepuasnya.
Aku memejamkan mata. Mencuba untuk menahan kesakitan. Badanku mengigil.
Terasa lemah diriku disaat ini.
“Kau diam. Kau ingat aku bodoh? Ni kau tengok ni. Aku dah sediakan
dokumen penukaran nama untuk harta – harta kau. Aku cuma perlukan cap
jari kau. Aku tak perlukan kau hidup – hidup. Biar aku tamatkan riwayat
kau dan abang kau. Tapi sebelum tu alisyah…aku nak kau mati tersiksa.”
Imani ketawa terbahak-bahak. Gembira kerana hajatnya akan tercapai tidak
lama lagi.
Imani mula merapati Alisyah. Mata bilah pisaunya sudah menari – nari di
atas tubuh badanku. Salman mencuba untuk melepaskan diri. Namun gagal.
Ikatan itu terlalu kuat membaluti tubuhnya.
“Jangan sentuh Dhia Makcik! Jangan!” jerit Salman namun tidak
diendahkan. Bajuku mula dibasahi darah. Aku tidak mampu lagi untuk melawan.
“Matilah kau Alisyah! Matilah kau.” Kata Imani sambil mengangkat tinggi
pisaunya. Aku memejamkan mata. tidak mampu lagi untuk bertahan.
Kedengaran suara nyaring Salman menjerit. Suasana menjadi kelam kabut
tiba-tiba. Dan segalanya semakin sayup kedengaran.
“Inikah pengakhiran kisah hidupku?” hatiku berbisik. sebutir mutiara
jatuh dipipinya. Dan segala – galanya gelap.
Share this novel