BAB 8

Mystery & Detective Completed 382

Kedengaran lagu Shila Hamzah, masih aku cinta menyapa digegendang telingaku.
Dah pukul 6 pagi ke? perlahan aku membuka mata.
Aku dimana? Keadaaan bilik itu sangat asing buat diri ku.
Mimpi ke? Perlahan aku menggosok mata. Tangan kanan gosok mata kanan.
Tangan kiri….eh tangan kiri kenapa tak boleh angkat? pantas aku mengalih
pandang. Terlihat bahu kiriku berbalut.
Eh kejap. Ape jadi ni? Ku gagahkan diri untuk duduk. Bulat mataku
melihat Arjuna tidur di atas sofa. Aku menggaru kepalaku.
Eh, halus?rambut? tudung aku mana? Kelam kabut aku mencari sesuatu untuk
menutupi kepalaku.
“Morning princess.” Sapa Salman sambil tersenyum. Aku hanya
terkebil-kebil memandangnya.
“Dah bangun kesayangan abang ni. Alhamdulillah.” katanya sambil
mendekatiku. Dikucup dahiku lembut. Terdengar halusan bibirnya
menyatakan syukur atas kesedaranku. Dia duduk di birai katil menghadapku.
“Abang! Isya kat mana? Mana tudung Isya? kenapa Arjuna kat situ?”.
Tanyaku bertalu-talu.
“Hospital. You didn’t remember aren’t you?”
“What happened?”
“Hah itulah abang nak tanya. Arjuna kata Isya selamatkan dia.”
“Selamatkan dia? betullah orang tu nak tembak dia sebenarnya? I thought
he…Macam mana orang tu? dapat tangkap tak?”Tanya Alisya bertalu-lalu.
Pantas Salman menggeleng.
“Arjuna cerita dia ada dapat surat ugutan seminggu yang lepas. Dia ingat
ada orang saja nak bergurau, tak sangka pula betul. Polis pun masih
jalankan siasatan. dah dua hari…”
“Hah! Dua hari? You mean Isya tak sedar dah dua hari?”
“Yes. You are bleeding too much. I’m so worry. I thought I could
not…”Salman tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dadanya sebak. Tubuh
Alisya di peluk erat.
“Auch, sakitlah.” Aku mengaduh kesakitan. Terasa bahuku kebas. Pantas
Salman melepaskan pautannya. Direnung wajah Alisya lembut.
“Isya, balik villa sayang. Sampai bila nak merajuk dengan abang? balik
ye sayang. Abang takut apa-apa jadi lepas ni. Kes Isya ni masuk paper.
Takut-takut…”
“Tak ada orang kenal Isya abang. Lainlah abang.. Kita dah janji kan
dulu? Better Isya duduk sendiri buat masa ni. Itu lagi selamat.” Kataku
bersahaja.
“No. Isya ni degil kan? I don’t care. Suka tak suka Isya kena balik
juga. I will ask Haikal and Tini kemaskan barang-barang Isya. Jangan
sampai abang sendiri bertindak.” Kata Salman tegas. Dia berdiri sambil
memeluk tubuh.
Ketukan di pintu mematikan perbualan mereka. Imani segera menerpa kearah
Alisyah. Wajahnya kelihatan cemas.
“Are you ok my dear? Thanks GOD,” kata Imani sambil memelukku erat.
“Auch.. Makcik Imani .. sakit..” Kataku perlahan. Mukaku berkerut menahan
sakit. Segera Imani melepaskan pelukannya. Dia duduk di birai katil
sambil menggenggam erat jemariku.
“Ha.. baguslah Makcik Imani kat sini. Tolong nasihatkan Isya ni makcik.
Dia tak nak balik Villa. Nak juga duduk rumah atas gunung dia tu.” Kata
Salman mengadu.
“Ala Aqhar.. biarlah.. makcik kan ada, boleh tengokkan si Isya ni. Don’t
worry.” Katanya sambil mengenyitkan mata kepadaku. Aku tersenyum tanda
kemenangan.
“Ok… I give up. But untuk langkah keselamatan, please, resign. That is
my final word.” Kata Salman tegas.
“What?! Resign?.” Serentak tiga pasang mata mengalih kearah empunya
suara. Arjuna sedang berdiri tegak memandangku.

Terasa langkahku di ekori. Butik Elmira lengang tika ini. Aku berasa
tidak sedap hati. Kenapa aku rasa seperti ada yang memerhati? Peristiwa
tembakan itu terlintas difikiranku. Macam mana kalau sasaran tu bukan
pada Arjuna ? Macam mana kalau sekarang ni, pada waktu ini pun pembunuh
tu sedang memerhati gerak-gerinya? Atau abang ada hantar orang upahan
untuk ikut aku kemana saja? Aku teringat akan bangkai ayam hitam yang
aku jumpa dihalaman rumah pagi tadi. Entah-entah ada orang hantar ilmu
hitam kat aku. Tu yang banyak perasaan bukan-bukan timbul tu.
Tapi.. kenapa aku rasa bukan hanya sepasang mata yang memerhati?
Entah-entah memang ada orang yang cuba untuk bunuh aku. Bangkai ayam itu
sebagai bukti. Belum masuk kes Miranda lagi. Siapa dalang di sebalik?
Orang yang rapat dengan aku ke? Aku cuba untuk berdeduksi.
Ish apa aku fikir ni? Banyak sangat baca buku Detectif Conan ni. Mataku
liar mencari. Kelihatan susuk tubuh yang seperti aku kenali tidak jauh
dari pandanganku. Aku menarik nafas lega. Namun aku masih terasa
diperhati dari arah berlainan. Jantungku berdegup kencang.
Dhia Exora . Calm down. Don’t panic. Jangan dahsyat sangat halusinasi
tu boleh tak. Perlahan dia ku hampiri.
“Kenapa awak kat sini? Kenapa saya asyik nampak muka awak? Awak ikut
saya kan?” Tanyaku bertalu-talu. Arjuna hanya mengangkat bahu.
“Coincident.” Kata Arjuna tidak beriak.
“Kebetulan? Saya tak rasa kebetulan. Awak dah lama ikut saya kan? Sejak
saya di kedai Auni lagi. Awak cari apa di kedai Auni? cari tudung? awak
dah buat pembedahan tukar jantina ke apa nk beli tudung?” Ujarku marah.
Tu jawapan tangkap muat jela tu.
“VINCCI pula? Cari kasut? Setahu saya kat VINCCI tu jual kasut untuk
perempuan je.” Sambungku lagi. Namun masih tiada reaksi daripada Arjuna .
“So, kat butik ni awak cari apa pula? Cari baju jenis ladies untuk
lengkapkan penjelmaan….” Belum sempat aku menghabiskan kata Arjuna
menarikku keluar dari butik pakaian wanita itu. Di heretnya aku menuju
ke Taman Tasik berdekatan Budiman Mall.
Suasana di taman itu lengang. Aku melirik kearah jam tanganku. Pukul
4.30 petang. Awan hitam mula berarak. Mendung mula menutup mentari.
“Kenapa selamatkan saya? Awak kan tak suka saya.” Kata-katanya mematikan
lamunanku. Setelah 10 minit dia mundar mandir dihadapanku baru sekarang
dia bersuara.
Aku mengangkat bahu. Kenapa aku selamat kan dia? Sudah sebulan peristiwa
itu berlalu. Tapi kenapa hal ini dibangkitkan lagi?
“Awak ikut saya semata-mata nak tanya pasal benda ni ke?” Tanyaku lembut.
“Can you just answer my question?.” Kata Arjuna sedikit beremosi.
Apa kena da mamat ni?
“I do hate you. Reflex maybe. Kalau orang tu dalam kesusahan memang kita
seharusnya tolong kan?” jawabku mudah.
“Walaupun kesusahan tu melibatkan nyawa awak sendiri? Wow. Ke sebenarnya
awak sukakan saya?” Kata Arjuna . Aku terasa tersindir.
“Suka? What? Saya rasa awak yang dok angaukan saya. Sejak saya keluar
hospital sampai ke hari ini, saat ini, tika ini awak tak sudah-sudah
mengekori saya. Awak ni kenapa? Saya ada hutang kat awak ke? Saya dah
kasi surat resign kan? Suppose saya dah tak ada apa-apa hubungan lagi
dengan awak kan? Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya? Ke awak
terhutang budi dengan saya? Don’t worry, saya tak akan tuntut apa-apa
pada awak. Saya ikhlas selamatkan awak. Is it enough? Can you let me
go?” kataku sambil berpeluk tubuh.
“No. tak boleh.” Kata Arjuna tanpa riak. Aku terpinga-pinga.
Awat mamat ni? datang bulan ke apa? Apa lagi dia tak puas hati?
“Sorry, what do you say? No? Why? Kenapa awak nak sulitkan lagi benda
yang mudah? Apa awak nak dari saya sebenarnya? You hate me don’t you?
kenapa awak tak nak lepaskan saya dari hidup awak?”
“Saya memang bencikan awak sebab awak buat hidup saya kacau bilau.
Sampai hari ini saya tak boleh lupakan wajah awak yang tersenyum sambil
menahan sakit waktu awak k ena tembak hari tu. You make me curios about
you. You make me want to digging up everything about you. Your innocent
blur face makes me crazy. Your smile, your sudden laugh, your patient,
your…”
“Enough!”Pintasku tegas. Apa mamat ni merepak? Guruh mula berdentum
dikaki langit.
“Selepas peristiwa tu, saya sedar saya perlukan awak dalam hidup saya.
Dua hari awak tak sedarkan diri saya dah jadi macam orang gila. Sejak
awak sedar, saya tak boleh lepaskan awak dari pandangan saya. Lagi parah
bila abang awak suruh awak resign. Saya rasa kehilangan. Saya takut
something akan jadi pada awak. Awak saya dah lama sukakan awak. Dulu
saya menidakkan perasaan saya. Saya ego. Tapi akhirnya saya kalah dengan
perasaan saya sendiri. Saya tak mahu bertepuk sebelah tangan. Sebab tu
saya suka cari pasal dengan awak. Saya mahu awak fikirkan saya setiap
masa. Alisya Exora , izinkan saya jaga awak untuk seumur hidup saya.
Benarkan saya…”
“I said enough!” jeritku. Serentak dengan itu hujan turun membasahi
bumi. Kami berdua diam terpaku. Aku hanya membiarkan tubuhku dipukul
hujan. Arjuna segera membuka kamejanya lalu menutupi kepalaku.
“Izinkan saya jaga awak Alisya Exora .” Kata Arjuna untuk kesekian
kalinya. Kata-kata yang penuh harapan. Matanya redup merenung mataku.
Terlihat sinaran keikhlasan dimatanya.
“But I don’t like you.” perlahan aku menuturkan kata.
“I know, but you will love me like I do.” Kata Arjuna sambil tersenyum.
Aku hanya terdiam terpaku. Kenapa dalam hidup aku, aku asyik berdepan
dengan orang yang tak boleh dibawa berbincang? Ingat aku ni mak turut ke
apa? Tapi kenapa aku boleh lembut hati kasi dia peluang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience